Konco-konco ku

Tuesday, February 20, 2018

AMIRUDIN SHARI TIPU DUIT RAKYAT! #duitselangorstrongestmanmana

Di sebalik isu tanah Ijok di mana exco sukan Amirudin Shari cuba untuk campur tangan, ada satu isu besar yang melibatkan Amirudin.

Acara Strongestmen yang berlangsung tahun lepas,  pesertanya mendakwa sehingga kini tidak dibayar.

Dengan menggunakan tanda pagar #duitselangorstrongestmanmana peserta bertanya kepada Amir dimana wang bayaran tersebut?

Seorang netizen bernama Dato Ahmad Zaki Jinlapudin mendakwa : "Event di bawah yb Amirudin Shari. Dah lebih 2 bulan event, tapi sehingga kini duit tak dpt2. Sembang apa lagi yb?"

seorang lagi Mohamad Faizal Najib melontarkan komen berikut :

"Makan duit la.ni.. rakyat pilih mmg utk kau sebat duit ke.. ? Mana duit hadiah kami event malaysia strongestman 2017"

Saya memohon YB Amirudin Shari  supaya menjawab isu ini segera. Jika mereka tidak dibayar, jangan aniaya mereka. Sila tunaikan tanggungjawab anda!

Rujukan asal thread di post FB Amirudin :
https://www.facebook.com/amirudinbinshari/photos/a.561758947249382.1073741913.330451017046844/1606428989449034/?type=3&theater


Monday, February 19, 2018

BAYARAN BEG PLASTIK SELANGOR HANYA RETORIK AZMIN

MANIFESTO terbaru daripada TS Noh Omar agak mengejutkan. Itulah yang aku rasa apabila Noh boleh terfikir tentang salah satu usaha untuk membantu rakyat Selangor yang diwar-warkan terbeban oleh kos sara hidup yang tinggi di bandar.

Azmin yang mengeluarkan idea ini ternyata tidak mengambil kira dan menyelami denyut nadi rakyat.

Tanpa memikirkan rakyat, Azmin masih lagi meneruskan kempen konon Go Green ini walaupun sepatutnya sebagai MB beliau harus meringankan beban rakyat yang ditanggung.

Aku bersetuju dengan manifesto ini kerana rakyat Selangor ternyata tidak akan membawa beg ke pasaraya. Sebagai usaha membawa barangan, mereka terpaksa juga membeli beg plastik dengan harga 20 sen.

Gagal! Inilah kempen beg plastik yang ternyata gagal dalam sejarah pentadbiran kerajaan Selangor kini.


Saturday, February 17, 2018

Isu Stadium : Kenyataan Setengah Masak Azmin Amat Memalukan

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Selangor, Muhamad Nazri Mohd Amin menyifatkan kenyataan Menteri Besar negeri itu, Datuk Seri Azmin Ali berhubung kemelut penggunaan Stadium Shah Alam (SSA) sebagai gelanggang rasmi Liga Malaysia 2018 sebagai kenyataan amat memalukan.

Menurut beliau sebagai seorang ketua kerajaan negeri kenyataan sedemikian rupa tidak sepatutnya dikeluarkan apatah lagi kerajaan negeri di bawah kepimpinannya sering melaungkan kononnnya “peduli rakyat”

“Kita tidak terfikir langsung seorang menteri besar boleh membuat kenyataan sebegitu rupa. Apa gunanya Stadium Shah Alam yang besar dan boleh menampung kapasiti penyokong yang ramai dan lengkap dengan segala kemudahan tidak boleh digunakan oleh pasukan sendiri.

“Perbandingan yang digunapakai langsung tidak mencerminkan keadaan dan senario yang sebenarnya. Lainlah jika Selangor tidak mempunyai stadium dan sebagainya. Ini adalah berkaitan sukan nombor satu  negara. Seriuslah sikit.

“Bukan soal ada padang atau tidak.. ini soal sentimen dan keperluan rakyat dan penyokong Selangor yang ramai memerlukan stadium yang lebih besar khususnya Stadium Shah Alam

“Jelas Azmin mempolitikkan isu ini kerana sanggup mengorbankan aspirasi dan harapan rakyat serta penyokong Selangor sekaligus menyerlahkan ego dan politik beliau yang sebenarnya, ” katanya kepada UMNO-Online, di sini hari ini.

Dilaporkan Azmin secara sinis membuat perbandingan dengan pasukan bola sepak Iraq berhubung kemelut penggunaan stadium oleh pasukan negeri berkenaan.

“Iraq itu tidak ada padang bola pun, boleh (saja) main dekat padang pasir” sinis Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung kemelut penggunaan Stadium Shah Alam (SSA) sebagai gelanggang rasmi Liga Malaysia 2018.

Pun begitu ujar Azmin, Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shaari sedang meneliti perkara itu.

“YB Amir sedang teliti permohonan tersebut,” katanya.

Pasukan ‘The Red Giants’ dinafikan untuk beraksi di SSA susulan masalah dalaman antara Persatuan Bola Sepak Negeri Selangor (FAS) dengan kerajaan negeri sejak penghujung 2016.

Sejak itu, pasukan bola sepak itu tidak memiliki gelanggang rasmi dan terpaksa menumpang stadium lain.

Nazri yang juga Ketua Pemuda UMNO Selayang seterusnya berkata Azmin sepatutnya elakkan diri dari dilihat sebagai pemimpin setengah masak dengan segera mencari jalan penyelesaian terutama pasukan bolasepak Selangor yang cukup gah di negara ini dari sudut sejarahnya.

Katanya lagi apa yang penting adalah untuk seluruh rakyat Selangor dan bukannya untuk kepentingan politik mana-mana pihak sekalipun kerana bola sepak dapat menyatukan segala-galanya.

“Inilah masalahnya jika pemimpin yang tidak menjiwai orang muda. Hari ini orang muda dan seluruh rakyat Selangor dapat melihat sejauh mana kebertanggungjawaban seorang menteri besar yang seharusnya melihat soal berkenaan secara serius dan bukannya mengambil sikap acuh tak acuh,” ujarnya. -MediaUMNO


SKANDAL TANAH IJOK: SIAPA TIPU SIAPA?

Kronologi:

- Tahun 1998: Tanah itu diberi oleh kerajaan BN Selangor dahulu secara percuma kepada peneroka

- Tahun 2000L Peneroka beri tanah itu kepada pemaju syarikat swasta yang ada kaitan dengan penyokong tergar Mahathri, Khairuddin Abu Hassan dengan janiji pampasan RM180k cash dan sebuah rumah.

- Tahun 2000 hingga 2008: Projek tidak jalan lancar sehingga 2008.

- Tahun 2008 hingga 2018: Di bawah kuasa kerajaan Pakatan.

- Tahun 2009: Kerajaan Khalid Ibrahim rampas tanah itu pada tahun.

- Tahun 2013 Syarikat swasta saman kerajaan Selangor di Mahkamah Tinggi untuk dapat balik tanah tetapi kalah.

- Tahun 2014: Syarikat swasta saman kerajaan Selangor di Mahkamah Rayuan untuk dapat balik tanah tetapi kalah lagi.

- Tahun 2014: Tan Sri Khalid Ibrahim dijatuhkan dan Azmin Ali menjadi Menteri Besar baru.

- Tahun 2015: Walaupun sudah kalah dua kali dan tanah tidak lagi di atas nama mereka, syarikat swasta itu jualkan tanah itu kepada syarkiat awam untuk RM1.18 bilion.

- Tahun 2016: Sebelum perbicaraan bermula di Mahkamah Persekutuan, kerajaan Azmin Ali mengaku kalah dan serahkan tanah-tanah itu kepada syarikat swasta dengan syarat hanya boleh dijual kepada syarikat awam di atas.

- Tahun 2018: Pampasan RM180k cash dan sebuah rumah diberikan kepada peneroka2.

Jumlah pampasan yang diberi kepada peneroka-peneroka ialah RM421 juta tetapi syarikat swasta itu mendapat hasil jualan tanah peneroka sebanyak RM1.18 bilion.

- Tahun 2018: BN Strategic Comms (BNSC) menimbulkan isu ini dan bertanya mengapa Azmin Ali cepat mengaku kalah walaupun sudah pernah menang dua kali.

BNSC juga bertanya di mana baik sebanyak RM756 juta sudah pergi?

*Tanah yang dijual semua dari peneroka2 tetapi syarikat swasta dapat RM1.18 bilion dan peneroka2 dapat RM421 juta. Adil atau tidak?*

- Tahun 2018: Bekas MB Khalid Ibrahim kata pada masa itu ada banyak broker-broker dan ajen-ajen yang mahu beliau menyelesaikan masalah tanah ini untuk kepentingan syarikat swasta yang terbabit tetapi dia tolaknya kerana tidak menjaga hak peneroka2.

Khalid juga membidas Azmin berbuat demikian kerana merugikan kerajaan Selangor dan mahu semua pihak yang terlibat disiasat.

Persoalan juga ialah tanah tersebut dijual dengan harga RM12 satu kaki persegi walaupun kawasan itu kini cepat membangun semenjak lebuhraya LATAR dibuka.

Adakah harga ini terlalu rendah kerana ada juga tanah yang sama kini dijual pada harga RM40 hingga RM65 satu persegi?

Jika tanah itu dijual secara tender terbuka, apa harganya?

LSS.


Thursday, February 15, 2018

GENERASI STRAWBERI

CANDIDATE BRANDING
Biasanya posting saya berkisar tentang dunia usahawan, kepimpinan ataupun industri digital. Kali ini saya pilih angle yang sedikit berbeza tapi masih ada kaitannya. Politik adalah topik yang tidak asing sejak kebelakangan ini. Saya tidak mahu menulis tentang politik ke’partian atau menyokong mana-mana parti tetapi memilih untuk menyentuh soal calon.

Di ambang kurang dari 100 hari menuju PRU14 isu-isu national dan isu-isu tempatan hebat dibahaskan, pihak berkuasa tempatan pula (PBT) sibuk memperkasa operasi kerana tidak mahu menjadi ‘scape goat’ agenda politik kebencian.  Diwaktu ‘Ketua-Ketua Bahagian dan YB kawasan sibuk’ mencanang isu nasional dan mempolitikkan usaha pihak lawan ada sesuatu yang lebih penting dan diberikan keutamaan adalah candidate branding.

PRODUCT VS CUSTOMER NEEDS
Pemimpin perlu sedar ‘Sekali Air Bah, Sekali Pasir Berubah’. Pepatah ini perlu dihayati dan difahami kerana dari satu generasi ke satu genarasi akan berlaku perubahan didalam corak pemikiran dan cara bertindak. Kita berubah dari genarasi ke genarasi dan .......

Siapakah calon dan apa kata rakyat tentang calon? Sebelum kita memahami siapakah calon, perkara yang lebih penting untuk kita fahami adalah siapakah yang akan mengundi calon ini? Didalam dunia ushawan saya selalu beritahu ‘what is more important that product is customer needs’, kita boleh menghasilkan apa juga produk tapi isu sebenarnya adakah permintaan untuk produk tersebut? Jadi permintaan (customer) adalah lebih penting untuk difahamai. Didalam aspek politik customer ini adalah pengundi.

STRAWBERRY GENERATION
Hari ini kita bukan lagi berurusan dengan gerenasi ‘Babby Boomers’ ataupun generasi ‘X’ dan ‘Y’ sahaja tetapi kita berhadapan dengan generasi millenials atau lebih tepat lagi ‘strawberry Generation’.

Strawberry Generation ini adalah generasi yang telah disalah ertikan dan sering dikaitkan dengan 'suka melawan, spoiled, bongkak, mementingkan diri dan malas' sedangkan mereka inilah juga generasi yang 'berani bersuara, aktif didalam aktiviti khidmat sosial, aktif berniaga dan lebih berdikari’. Kita sebenarnya lebih perlu memahami mereka dan tahu cara mendekati mereka. Di Kuala Lumpur dan Selangor contohnya 60% daripada pengundi ini adalah Strawberry Genaration dan mereka ini berada di media maya persoalannya adakah kita telah mengusahakan inisiatif mendekati mereka dengan cara mereka dan bukannya cara kita.

Salah satu faktor yang dikatakan penting kepada Strawberry Generation adalah calon dan bukannya parti. Parti sebagai brand adalah strategi yang sesuai digunakan untuk gererasi ‘X’ dan ‘Y’ tetapi bukan lagi efektif digunakan untuk generasi Strawberry. Generasi strawberry tidak memandang ‘pangkat dan darjat’ sebagai perkara yang penting tetapi lebih melihat kepada hubungan antara pemimpin dan mereka. Generasi strawberry tidak lagi memandang usaha calon membawa beras dan guna dihari kempen tetapi mereka meng’google kredibiliti pemimpin dan calon-calon secara maya dan membuat keputusan berasaskan propagandan diWhatsapp dan Facebook.

Generaasi Strawberry juga tidak suka kepada calon-calon yang melompat-lompat dari satu kawasan-ke satu kawasan, lebih-lebih lagi  calon luar yang masuk ketempat mereka yang kononnya akan membawa rahmat. Generasi Strawberry lebih menilai hubungan yang telah dijalinkan bersama mereka dan bukannya bilangan wang, menafaat dan propaganda yang akan dibawa ketempat mereka. Pembangunan ‘last minute,’ ‘strategi beras dan gula’ dan ‘calon lompat katak’ bukan pilihan generasi ini.

INGATAN BUAT PEMIMPIN
Jadi ingatan buat calon dan pemimpin, fahami Strawberry Generation kerana masa depan parti anda bergantung kepada mereka. Merekalah yang menjadi agent perubah isu dan propaganga dimedia maya dan mereka juga tidak mudah dibeli dengan wang dan propaganda semata-mata.

Kepada calon, tahniah. Kepada Strawberry Generation juga taniah kerana anda merupakan agen perubah kepada budaya politik berasaskan wang dan kepimpinan Warlord.

#COACHMEGAT

Kredit Megat Zainurul Anuar


Friday, February 2, 2018

AMANAH TAK AMANAH, AZMIN MACAM BADUT

PERGESERAN parti komponen dalam Pakatan nampaknya semakin kritikal apabila rakan sekutu dalam pakatan di Selangor mula naik angin dengan sikap Azmin Ali selaku Pengerusi PH Selangor yang berbohong tentang rundingan pembahagian kerusi antara parti.

Selepas Azmin yang menempelak PAN yang dikatakan bercakap BOHONG kerana dikatakan tiada rundingan yang dibuat antara parti PH dalam Selangor berkenaan pengagihan kerusi dalam PRU14 akan datang, walhal menurut Azmin mereka sudah EMPAT KALI bermesyuarat dalam menentukan kerusi untuk parti masing-masing.

Hari ini, Pengerusi PAN Selangor pula mengejek Azmin seperti BADUT yang bercakap tanpa fakta dan menipu dalam segala hal. Malah Pengerusi PAN Selangor menganggap Azmin tidak layak menjadi ketua PH Selangor dan Menteri Besar Selangor kerana tiada permuafakatan antara parti PH di Selangor.

Malah, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua juga mengakui bahawa Azmin tidak pernah berunding berkenaan pembahagian kerusi DUN atau PARLIMEN di Selangor. Keputusan yang dibuat oleh pimpinan PH pusat adalah keputusan Azmin Ali sendiri tanpa merujuk kepada parti komponen lain.

Panas semakin panas. Nampaknya Azmin Ali semakin tidak disukai oleh lawan malah kawan dalam parti sendiri.

Mungkin ini adalah penggal terakhir Azmin menjadi wakil rakyat dan mungkin tahun ini adalah tahun terakhir Azmin bergelumang dalam politik selepas segala skandal dan pembohongan beliau didedahkan sendiri oleh rakan-rakan dalam PH.


Sunday, January 28, 2018

KONVENSYEN PH NEGERI SEMBILAN KECOH

Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan hari ini kecoh selepas kira-kira 40 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berpuas hati dengan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Protes itu dibuat di penghujung ucapan Presiden PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada konvensyen sehari itu.

Sebelum Dr Wan Azizah berucap, Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan daripada 36 DUN di Negeri Sembilan, 12 kerusi diperuntukkan kepada PKR, DAP (11), Parti Amanah Negara (tujuh) dan PPBM (enam).

Ketua PPBM Bahagian Jempol Amiruddin Aman, mengetuai protes itu dengan menyifatkan pembahagian kerusi sebagai tidak adil, dan mendakwa kawasan yang diperuntukkan kepada parti itu semuanya kawasan hitam.

“Pembahagian kerusi tak seimbang. Kami sasar 12 kerusi dan kalau dapat 10 pun okay…tapi yang dapat enam yang hitam,” katanya kepada pemberita selepas konvensyen itu.

PPBM diperuntukkan kerusi DUN Palong, Seri Menanti, Chembong, Pertang, Gemencheh dan Bagan Pinang yang disifatkan sebagai kawasan hitam untuk parti itu.

Amiruddin turut mendakwa bahawa agihan kerusi tidak dibincangkan dengan PPBM negeri sebaliknya diputuskan oleh kepimpinan pusat.

“Kami tak bising soal pembahagian kerusi parlimen sebab adil dua kerusi untuk setiap parti. Sekarang pusat yang tentukan dan mereka tidak tahu pasal Negeri Sembilan, kami yang tahu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang turun daripada pentas untuk menenangkan anggota parti itu merayu anggota parti itu menerima keputusan agihan kerusi itu dengan dada yang lapang.

“Saya merayu kepada tuan-tuan untuk kita fahami keputusan yang telah diambil dan fahami juga apa kesan daripada tindakan kita kepada negeri-negeri lain.

​​​​​​​”Di Negeri Sembilan kita dah umumkan dan PPBM dapat kerusi yang terbaik dan ini pun perlukan pemahaman dan kompromi daripada parti-parti yang lain,” katanya.

Dr Wan Azizah dalam sidang media pada konvensyen itu berkata beliau sebelum ini diberikan laporan bahawa Negeri Sembilan boleh ditawan oleh PH pada PRU14.

“Tapi dengan (kekecohan) ini saya pun tak tahulah (sama ada boleh menang atau sebaliknya)…saya pun tak sangka,” katanya.

Ekoran kekecohan itu, konvensyen yang sepatutnya berakhir pada pukul 3 petang, ditamatkan serta-merta. –


Friday, January 26, 2018

#SKANDALTEROWONGDAP : Kewujudan Syarikat Fesyen bukti ada penipuan berlaku #tolakph #kn

Isu projek mega pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama kini sedang hangat diperkatakan oleh rakyat.

Projek terowong dasar laut yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu kini menjadi tumpuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan berhubung proses tender dan pelantikan syarikat-syarikat untuk menjalankan kajian ke atas kelayakan projek berkenaan.

Terbaru, hangat pula diperkatakan apabila wujud sebuah syarikat yang mahir dan terkenal dalam bidang fesyen dikatakan turut terbabit dalam projek berkenaan dan menjadi pakar pembinaan terowong dasar laut. Jenama Voir bukanlah satu jenama asing lagi dikalangan rakyat Malaysia terutamanya kepada peminat fesyen.

Sebelum ini, Pengerusi Vior Holdings Bhd, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli (yang juga orang kuat Konsortium Zenith BUCG) dalam satu kenyataan ada menyatakan bahawa syarikat fesyen berkenaan akan menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan dan logistik.

Namun persoalannya sekarang, sejauh manakah pengalaman syarikat fesyen terkenal tersebut dalam bidang pembinaan? Baru sahaja mengumumkan mahu menjalankan perniagaan pembinaan, terus dapat projek mega bernilai RM6.34 bilion? Ini menimbulkan keraguan dan pelik.

Untuk makluman, syarikat fesyen ini memiliki 13.21% pegangan saham di dalam konsortium Special Purpose Vehicle (SPV) untuk membina terowong dasar laut yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malah, Timbalan Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam , Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong yang mahir dalam bidang kejuruteraan juga turut berasa hairan, bagaimana syarikat fesyen boleh terlibat dalam bidang pembinaan.

Sebelum ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah mendakwa dua syarikat pembinaan dari China akan menjadi pemegang saham dalam SPV. Namun selepas MCA membuat semakan, syarikat fesyen pula yang memegang saham sebanyak 39%. Selebihnya atas penama lain. Bahkan, dua syarikat dari China yang dikatakan sebelum ini tiada dalam senarai.

Kesimpulannya, kewujudan syarikat fesyen dalam projek ini membuktikan ada penipuan berlaku. –Utaranews.com

KEMPEN UNDI ROSAK! PUAK BUNGA MENGGELABAH BERUK!

Nampaknya gerakan tersusun anak muda atas pagar yang dikatakan terlalu marah terhadap bekas diktator tua kuyyup akal bana gila dunia semata-mata nak jadi Perdana Menteri semula telah mengakibatkan ada gerakan anak muda yang dipanggil ala-ala bawah tanah, yang anti Mahathir mewujudkan #ProtesUndi #UndiRosak pada pilihanraya akan datang ini.

Dikatakan punca-punca politaik yang membuat perkara yang tidak munasabah malah mengahalalkan cara, sudah tidak diterima orang dikalangan anak muda ala-ala rebel.

Pertanyaan juga, mereka ini anak muda yang minoriti atau majoriti?

Tetapi gerakan mereka ini sudah merisaukan puak Mahafiraun, jadi kesimpulannya gerakan gerila mereka walau nampak biasa, sedikit sebanyak nampak berjayanya.

Apa kata anda?

#ProjekUndiRosak 

1. Sebelum ini kaum cina giat menjalankan kempen #UndiRosak #BoikotGE kerana protes terhadap beberapa keputusan & tindakan pembangkang dalam beberapa isu. 

2. Tindakan mereka ini telah menarik perhatian media & dilaporkan secara berleluasa.

3. Akhirnya kempen kaum cina itu berjangkit kepada orang melayu.

4. Dan mereka secara individu meluahkan perasaan geram & marah dan mahu memboikot dan merosakkan kertas undi kali ini.

5. Terdapat juga troll tentang kempen ini. Siap dengan poster kot. .

6. Sebelum neh KHK ada buat satu poster troll dan ianya viral - ada yang ramai tak setuju dan ada yang setuju juga dengan mesej yang ditunjukkan oleh admin KHK.

7. Bagaimanapun kempen ini bukan picisan apabila ZF Zamir turut menulis satu artikel yang mendorong ke arah rosakkan undi.

8. Terdahulu Lim Hong Siang merayu agar jangan rosakkan undi di Kolum #Malaysiakini & Mariam pula berpendapat jika kumpulan ini tidak mahu mengundi dan #Protes maka janganla merungut selepas ini.

9. Bagaimanapun semalam Ambiga memasuki senarai dengan menyeru agar jangan rosakkan & boikot undi.

10. Ini dipercayai ada kaitan dengan trend dan sentiment yang semakin melebar apabila lebih ramai melayu menyatakan hasrat tidak akan MENGUNDI atau ROSAKKAN KERTAS UNDI. Bagi mereka kini PH & BN bukan lagi satu alternative. 

11. Dan ini adalah antara yang ditemui mengulas tentang #MisiUndiRosak & #MisiBoikotPRU14.

#Begitu takutnya puak PH tentang undi rosak oleh anak muda atas pagar yang menolak Mahathir sebagai PM seterusnya. Lihatlah kebangkitan anak muda menolak PH yang didominasi oleh DAP.

Tuesday, January 23, 2018

NAJIB CURI DUIT 1MDB BUAT HANTAR JEMAAH HAJI - MAHATHIR

Mahathir mendakwa duit yang diguna jemaah haji 1MBD pergi haji adalah duit curi. Mahathir kata duit 1MDB adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji. Mahathir buat tuduhan terbaru itu ketika berceramah atas pentas DAP di Pendang pada hari Sabtu lepas.

Entah kenapa Mahathir yang kini menjadi pengerusi Pakatan Harapan (PH) tidak senang duduk apabila mendengar mengenai 1MDB hinggakan jemaah haji yang langsung tiada kena-mengena dalam isu itu dikatakan tidak  mendapat haji mabrur.

Disebabkan marah sangat dengan Perdana Menteri, beliau sanggup memberi perumpamaan ‘menyembelih babi’ yang haram bagi umat Islam disamakan de­ngan ibadah haji yang ditanggung 1MDB. Teruk sangat perumpaan yang Mahathir beri ini.

Ini bukan pertama kali Mahathir menghina ibadah jemaah haji 1MDB. Pada 30 Disember 2016, di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Mahathir turut buat tuduhan yang sama. Cakap jemaah haji yang ditaja oleh 1MDB sebagai haji tidak mabrur. Mufti pun tegur Mahathir selepas itu. Kemudian ulang lagi tuduhan yang sama terhadap jemaah haji 1MDB pada hari Sabtu lepas.

Apakah Mahathir boleh mengeluarkan fatwa sedemikian rupa? Kenapa beliau begitu anti sangat hinggakan boleh mengeluarkan hukum sedemikian rupa? Jika diikutkan dosa dan pahala, kenapa beliau tidak membenarkan isterinya, Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali memakai tudung?

Ia bukan fitnah sebaliknya Siti Hasmah sendiri yang mendedahkan kepada portal pembangkang, Malaysiakini pada November tahun lepas mengenai suaminya yang tidak membenarkannya memakai tudung selepas balik dari Mekah.

Bukan Mahathir tidak tahu bahawa Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Bagaimanapun pula dengan gambar cucunya, Othman Mirzan yang memeluk anjing baru-baru ini sehingga menjadi viral?

Tetapi apa yang menjadi kemarahan orang ramai ialah bagaimana beliau boleh menjatuhkan hukum bahawa jemaah haji yang menunaikan ibadah berkenaan atas tajaan 1MDB tidak mendapat haji mabrur dan menggunakan duit curi.

Sudah beberapa kali Mahathir ditegur oleh mufti kerana pandai-pandai mengeluarkan fatwa seperti itu, tetapi beliau tidak menghiraukannya malah dalam ceramah di Kampung Bukit Jambul, Kedah pada hari Sabtul lepas, Mahathir sekali lagi membangkitkan isu berkenaan.

Ia menyebabkan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sekali lagi menegur calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu.

“Kita tidak boleh komen kerana itu terletak pada keadilan Allah SWT. Mabrurnya ibadah seseorang itu adalah dalam pertimbangan Allah. Macam mana Dr. Mahathir boleh keluarkan hukum begitu.

Baca lagi di Keris 7 Lok

Friday, January 19, 2018

KERAJAAN NEGERI BATAL FASTAQIM PAS SELANGOR

BERITA yang agak mengejutkan yang aku terima.

Program Fastaqim Selangor yang dijadualkan 21 Jan 2018 akan bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor rupanya tidak mendapat kelulusan daripada Menteri Besar Selangor.

Azmin Ali dikhabarkan tidak meluluskan program yang bakal dibuat oleh Pas Selangor kerana sikap dendam Azmin terhadap Pas yang dikatakan Pas akan meletakkan calon mereka di kerusi MB sendiri pada PRU14 akan datang.

Azmin terasa tergugat dengan Pas dan tidak berpuashati kerana Pas akan menentang beliau di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa.

Inilah sikap sebenar pemimpin PKR yang tidak gentleman langsung dalam berpolitik.

Sedangkan baru memerintah negeri sudah begini caranya membalas dendam, adakah kita mahu biarkan Azmin terus berkuasa bersama DAP pada penggal akan datang.

Sedar lah....


Tuesday, January 16, 2018

HARGA IKAN KEMBUNG RM3 SEKILO, INI SEBAB TUN M NAK JADI PM

IKAN KEMBUNG, jika dahulu harga ikan ini boleh mencecah RM20 sekilogram kini harganya turun mendadak akibat lambakan ikan kembung pada musim tengkujuh baru-baru ini sehingga mencecah RM3 sahaja sekilogram.

Aku percaya bahawa mereka tetap akan salahkan Najib pasal tak kawal harga ikan supaya kekal harga RM20/kg dengan alasan kesian kepada nelayan-nelayan yang turun ke laut mengharungi badai di lautan biru untuk mencari rezeki. Malah mereka-mereka ini juga tidak akan sesekali berterima kasih kepada Najib lebih-lebih lagi meminta maaf atas fitnah yang dilemparkan.

Kalau mereka faham prinsip ekonomi senang cerita. Tapi ini yang bercakap adalah pembangkang yang bodoh nak mampos tahap Tun Madey. Kerja nak cari salah orang tanpa selidik terlebih dahulu.

***********************************************

ALOR SETAR: Harga ikan kembung yang melonjak mencecah RM20 sekilogram pada awal bulan ini, kini turun mendadak sehingga RM3 sekilogram berikutan lambakan bekalan di pasaran sejak kira-kira seminggu lalu.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kedah (NEKAD), Abdul Hamid Bahari, berkata perubahan monsun timur laut menyebabkan tangkapan ikan dan hasil laut bertambah dan nelayan memperoleh hasil tangkapan yang sangat banyak.

Beliau berkata, boleh dikatakan hampir semua 10,000 nelayan di negeri ini membabitkan 2,000 bot nelayan kelas A, B, C dan C2 turun ke laut untuk menangkap ikan dan mampu mendaratkan sekurang-kurangnya 100 tan ikan setiap hari.

"Berikutan tangkapan yang banyak itu, harga ikan menurun antara RM3 hingga RM10 (mengikut saiz) sekilogram.

"Permintaan untuk musim perayaan Tahun Baharu Cina juga meningkat menyebabkan kita sudah membuat persediaan termasuk menyimpan 50 tan ikan beku di stor penyimpanan ikan beku di sini, selain udang, sotong, ketam dan ikan," katanya ketika ditemui di Wisma Nelayan Kampung Gelunchor, dekat Kuala Kedah, di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata, walaupun hasil tangkapan melonjak, beliau turut menasihatkan nelayan mengambil peluang ketika lambakan ikan supaya menyimpan bekalan disebabkan faktor cuaca tidak menentu dan perubahan angin.

Sementara itu, tinjauan di pelantar ikan Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah mendapati ikan kembung dijual pada harga murah iaitu RM10 untuk tiga kilogram.

Nelayan, Norazlan Mohd Aslan, 38, berkata kebanyakan nelayan di pelantar menggunakan bot Zon A hanya turun ke laut sehingga enam hingga 10 batu nautika seawal jam 6 pagi hingga 11 pagi setiap hari dan membawa pulang antara 200 kilogram hingga 1,000 kilogram ikan kembung sehari sejak seminggu lalu disebabkan ikan semakin banyak.

"Sebelum ini memang harga ikan mahal kerana kami hanya mampu memperoleh bekalan ikan antara 20 kilogram hingga 30 kilogram sehari disebabkan laut bergelora dan cuaca tidak menentu," katanya.

Peniaga ikan, Melati Ladun, 36, berkata harga ikan di situ tidak sama setiap hari kerana bergantung kepada hasil tangkapan.

"Ada kala ikan dijual pada harga RM3 hingga RM4 sekilogram lebih kecil dan jika hasil tangkapan banyak atau berlaku lambakan ikan, harganya akan turun.

"Sejak harga ikan murah, kami pulang lebih awal kerana ramai pelanggan membeli di sini pada awal pagi menyebabkan hasil jualan habis lebih awal," katanya. - BH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...