Konco-konco ku

Friday, November 20, 2009

ANUGERAH JUARA LAGU 24

Jumaat, 20 Nov 2009 - Tahniah kepada artis2 yang berjaya melangkah ke stage akhir ajl24 malam ini. Memang tidak disangka peserta-peserta yang masuk final pada malam ini merupakan anak-anak muda yang baru hendak menapak naik ke persada seni tanah air. Tahniah sekali lagi. Cukup berbangga dengan pencapaian pemuda harapan bangsa ini yang berjaya mengetepikan saingan dari penyanyi-penyanyi senior yang lebih pengalaman. Yang sebenarnya aku cukup respect pada artis-artis underground ini seperti Bunkface,Estranged,Yuna,Hujan, korang memang berbakat besar walaupun bermula dari bawah. Tidak dilupa juga diucapkan tahniah kepada artis muda kita yang memang hebat seperti Black,Hafiz,Akim,Tomok,Shila,dan Aizat yang menggondol dua lagu sekali gus. Tahniah la korang sekali lagi. Jumpa di final ajl24 k. ~dob~

No comments:

Post a Comment

comment please.....