Konco-konco ku

Wednesday, October 13, 2010

Penyokong Kelantan Mati



KUALA LUMPUR: Seorang penyokong pasukan Kelantan mati dipercayai akibat sesak nafas ketika bersesak keluar dari Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan, malam tadi. 


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin, berkata mangsa yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dari Bachok dan bekerja sebagai pegawai keselamatan, telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk pemeriksaan lanjut.


Beliau berkata mangsa yang duduk di Aras 5 stadium berkenaan, ditemui pasukan paramedik ketika mula mengalami sesak nafas, bagaimanapun mengatakan dia okay ketika ditanya mengenai keadaannya.

"Menurut rakannya, si mati pada mulanya mengalami sesak nafas ketika perlawanan berlangsung, namun, ketika ditanya sama ada okay atau tidak, dia kata okay. 


"Namun keadaan mangsa semakin teruk ketika mahu keluar dari stadium selepas tamat perlawanan dan dia rebah ketika menghampiri gerai menjual cenderamata sebelum meninggal dunia," katanya kepada Bernama. 

Ketika itu, berlaku sedikit kekecohan di luar stadium sejurus tamat perlawanan selepas penyokong kedua-dua pasukan melakukan provokasi terhadap lawan masing-masing, namun berjaya disuraikan oleh Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). 


Noor Azam berkata setakat ini, polis belum menerima sebarang laporan mengenai angkara vandalism terhadap kereta. 
Sementara itu, beliau berkata seorang penyokong Selangor cedera di kepala dipercayai dibaling dengan objek. 

Katanya, mangsa kini dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah. 

Pada perlawanan suku akhir pertama itu, tuan rumah terikat tanpa jaringan dengan Kelantan, dan perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad ke 1V di Kota Bharu, Sabtu ini. - BERNAMA 

*********************************************************************

Memang tiada sivik orang Malaysia ni. Tak kira lah penyokong Kelantan mahupun Selangor. Apa yang berlaku malam semalam di Stadium Shah Alam adalah salah satu rentetan keganasan penyokong Kelantan. Memang Yong tak berapa suka kalau Kelantan bertandang di Selangor mahupun negeri-negeri lain kerana mereka-mereka inilah yang memulakan pergaduhan dan meniupkan api kemarahan penyokong pihak lawan. Yong berkesempatan ke Stadium malam semalam. Hampir penuh Stadium Shah Alam dengan ribuan penyokong kedua-dua pasukan yang memakai warna merah. Perlawanan malam tadi juga merupakan perlawanan musuh tradisi antara Red Giant dan Red Warrior. Bukan Yong nak salahkan orang Kelantan lah tetapi dengan kehadiran penyokong-penyokong yang samseng membuatkan Yong panas dengan Kelantan. Sibuk tengok mereka bergaduh, kerusi, botol air, mercun berterbangan sampai tidak dapat menumpukan perhatian kepada perlawanan apabila seorang pemain kedua-dua pasukan dibuang padang ekoran pergaduhan juga. Memang samseng. Mereka ini tidak pakai otak agaknya apabila harta benda awam dimusnahkan dan rosak kereta serta motosikal penyokong dikerjakan mereka selepas tamat perlawanan. Inilah agaknya yang akan berlaku apabila PAS dan Keadilan bergaduh. Yong tunggu yang itu. Ok lah Yong harap Selangor menang di Kelantan Jumaat ini. Se,La,Ngor.

~WaKd0b~

No comments:

Post a Comment

comment please.....