Konco-konco ku

Tuesday, May 10, 2011

UNDI PAS HILANG SONGKOK, UNDI DAP HILANG KEDAI, UNDI PKR HILANG KAMPUNG


TAHNIAH KEPADA PENDUDUK KAMPUNG KERANDANG YANG KAMPUNG MEREKA DIMUSNAHKAN PAGI TADI!!! SOKONGLAH LAGI PKR!!!!


Selama berpuluh tahun Kampung Kerandang wujud sekalipun di atas tanah TOL secara aman damai dan tidak tergugat langsung. Kemenangan PKR yang kemudian menguasai pentadbiran Selangor pula dianggap sebagai satu rahmat yang membole
hkan Kampung Kerandang diberikan geran, apatah lagi cakap berdegar-degar para pemimpin PKR yang mengutuk kerajaan terdahulu kerana tidak memberikan geran kepada kampung berkenaan.

Pagi tadi, Kampung Kerandang, Sungai Tegi hanya tinggal nama. Sebabnya, kampung berkenaan akan dibersihkan dan segala prasarana di kampung tersebut akan dimusnahkan oleh jentera-jentera yang dibawa oleh Kerajaan PKR Selangor.

Pagi t adi juga, Dewan Orang Ramai Kampung Kerandang yang menjadi MARKAS UTAMA PKR sewaktu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor, bertukar wajah menjadi kubu 300 orang penduduk Kampung Kerandang yang cuba mempertahankan kampung mereka daripada dimusnahkan oleh kerajaan Khalid Gagap!!!

Ketika Selangor ditadbir oleh UMNO-BN, Kampung Kerandang terselamat daripada dirobohkan walaupun berstatus TOL. Namun penduduk kampung yang lebih mempercayai Anwar Ibrahim, kemudiannya terlalu BERSYUKUR SEBAB PAKATAN RAKYAT MENANG...

Hasilnya, mereka kehilangan kampung dan rumah... sama seperti PENDUDUK KAMPUNG BUAH PALA yang hanya mampu mengenang perkampungan mereka di dalam ingatan saja!!!

Cuba anda baca apa yang berlaku di Kampung Kerandang yang menaikkan bendera PKR pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor tahun lepas dan janji-janji manis para pemimpin PKR kepada penduduk kampung sambil mengutuk pentadbiran Khir Toyo walaupun yang membatalkan TOL tanah di kampung tersebut adalah pentadbiran Khalid Ibrahim! 

BACA DI BAWAH INI:


Nasib yang sama akan terus menimpa perkampungan TOL Melayu di seluruh Selangor yang sebelum ini menjadi penganut setia Pakatan Rakyat!!!

TAHNIAH LAAA... APA NAK BUAT, NAK TUMPANG BAGI SIMPATI PUN, PENDUDUK KAMPUNG SENDIRI YANG MINTA SANGAT KAMPUNG MEREKA DIMUSNAHKAN OLEH DAP-PKR!!!

Masa UMNO perintah, bukan main lagi... UMNO kejam, UMNO zalim, UMNO tidak berhati perut, UMNO itu, UMNO ini... sekarang PKR-DAP alias Pakatan Rakyat yang perintah, rasailah nikmat kasihan belas dan pembelaan daripada Pakatan Rakyat Selangor yang diketuai oleh Teresa Kok dan Elizabeth Wong!!!!

10 comments:

  1. CANTEKKKKK... dlm lagu A.Ramlee.."JGN MENANGIS..JGN BERSEDIH, SUDAH SURATAN KEHENDAK TAKDIR..".. sementara kata2 NYONYA MANSUR.."JGN NKO NAK MENANGIS DEPAN AKU.. MUKA TAK TAHU MALU!!"

    Amacam org kg keradang.. rasa coklat jawa atau rasa asam jawa???

    Org jawa johor dah kata jangan jadi pak kaduk nanti menang sorak kampung tergadai..he..

    pak kaduk, pak pandir dan mat jenin tuk org penang..he.. sama je.. lalalalalalalala..

    ReplyDelete
  2. hahahaha...plawok..plawok...plawok....

    ReplyDelete
  3. Kahkahkahkahkahkahkahkahkah.....PADAN MUKA SOKONG PAKATAN RAKYAT...terimalah hadiah yang amat besar dari KERAJAAN PAKATAN RAKYAT.

    ReplyDelete
  4. Bila kampung Melayu cepat saja ambil tindakan. Tapi kuil haram di Seksyen 19 Shah Alam yang sepatutnya pindah ke Seksyen 22 pada tahun 2008 dibatalkan. Bila penduduk Sek 19 bantah mereka cari tapak baru tempat dekat kawasan Melayu juga. Bila penduduk Islam 23 bantah mereka tuduh UMNO. Selepas janji pindah ketapak baru pada Nov 2010. Sampai hari kuil yang dijanjikan pindah dari kawasan majoriti penduduk Islam masih belum dipindahkan lagi. Pelbagai janji dibuat oleh pemimpin Islam PR untuk selesaikan masalah penduduk tapi belum ada perubahan setakat ini. Kenapa pemimpin Islam berani merobohkan rumah dikawasan penduduk Islam sahaja?. Logikkah setiap masalah yang berlaku yang dipersalahkan UMNO.

    ReplyDelete
  5. UNDI UMNO SERUPA JEMPUT PENYAMUN DAN PENYANGAK CURI HARTA RAKYAT...KEH...KEH...KEH....


    Pemimpin UMNO berjuang untuk Harta, Kontrak dan AP - Tun Mahathir
    Pagi tadi Astro Awani melaporkan.. Tun Mahathir telah berkata “Orang Melayu melihat pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri. Mereka nampak pemimpin Umno mengejar harta, kontrak dan AP (permit yang diluluskan, bukan lagi untuk bangsa, agama dan negara,”.

    Aku mencari didalam kebanyakkan portal on-line baik dari Malaysiakini, The Malaysian Insider, Harakahdaily, Keadilan daily mahupun Agendadaily tapi tak berjumpa..

    Akhirnya aku terjumpa juga di dalam Free Malaysia Today.. korang baca kat bawah..


    Jika Mahathir sendiri yang pernah menerajui UMNO selama lebih dari 20 tahun telah berkata pemimpin Umno hari ini berjuang untuk kepentingan sendiri bukannya untuk kepentingan bangsa, agama dan Negara secara tidak langsung Tun juga mengatakan bahawa pencacai-pencacai UMNO telah ditipu oleh pemimpin mereka..

    Mereka telah diperbodohkan oleh pemimpin mereka kerana sifat taksub yang melampau hinggakan mereka menjadi buta untuk melihat hakikat sebenar pemimpin yang mereka sanjung itu..

    ReplyDelete
  6. abis tu yg terjadi kat kg kerandang dan kg buah pala tu...kerajaan apa yg tipu rakyat ???

    ReplyDelete
  7. kalau nasi dah jadi bubur masih boleh di makan ..ni nasi dah basi..buang je lah ...tapi nak buang bila nak di adakan PRU 13...dengar guruh di langit ..air setempayan di curahkan..padan kat hang la LABU!!!!

    ReplyDelete
  8. Kan Melayu mudah lupa?
    Ini pasal pemimpin2 parti politik semuanya sama sahaja. Pantang ada peluangm mereka akan sapu bersih!
    Rakyat mestilah bijak memilih yg mana lebih menjaga jebajikan mereka.
    Silalah buat pilihan yg bijak di PRU13 nanti!

    ReplyDelete
  9. jangan lupa...byk jasa UMNO kat bangsa Melayu dan agama Islam...tu je Yong nak cakap...hidup ni kena kenang jasa...

    ReplyDelete
  10. kerana sakit hati dan sikap tak puashati,segala pendedahan hanya bagai angin lalu....kalau dah kena batang hidung baru tau....masa tu nak meraung pun dah tak guna....

    ReplyDelete

comment please.....