Konco-konco ku

Thursday, June 16, 2011

BERSIH 2.0: PEMUDA SG.BESAR DAN PEMUDA SABAK BERNAM BUAT LAPORAN POLIS

Khamis, 16 Jun 2011 - Pemuda Berani, Mesra Daerah Sabak Bernam, Pergerakan Pemuda Sungai Besar dan Pergerakan Pemuda Sabak Bernam yang diketuai oleh Saudara Budiman bin Haji Zohdi telah membuat laporan polis di IPD Sabak Bernam, Sungai Besar pada pukul 12 tengah hari tadi berhubung penganjuran demonstrasi Bersih 2 yang akan berlangsung 9 Julai ini.

Memetik kata-kata amaran oleh Ketua Pemuda Sungai Besar, Saudara Budiman, penganjuran demonstrasi untuk meluahkan ketidak telusan SPR dalam pilihanraya adalah salah satu pengkhianatan kepada negara yang mana rakyatnya mahukan Malaysia aman tanpa sebarang perbalahan. Idea Bersih ini tidak menggambarkan kerajaan berkebajikan yang digembar gemburkan oleh pihak pembangkang yang mana boleh dilihat niat ini lebih menjurus kepada kebencian rakyat kepada kerajaan. Banyak keburukan dari kebaikan jika perhimpunan ini diteruskan di Kuala Lumpur tempat warga Kuala Lumpur mencari rezeki.

Ketua Gerakan Belia 4B Daerah Sabak Bernam ini menambah pelampau-pelampau yang turut serta dalam perhimpunan ini merupakan golongan yang tidak mengutamakan rakyat Malaysia yang mengganggu periuk nasi orang lain. Selain memberi kesan buruk kepada perspektif pelancong-pelancong dari negara luar yang datang ke Malaysia dan mendambakan keamanan dan keharmonian rakyat berbilang bangsa di Malaysia.

Turut hadir memberi sokongan adalah Pergerakan Pemuda Sabak Bernam, Belia 4B Sabak Bernam, Persatuan Penjaja Daerah Sabak Bernam dan beberapa badan NGO lain.

No comments:

Post a Comment

comment please.....