Konco-konco ku

Monday, June 20, 2011

PROGRAM STUDY SKILLS UPSR PARLIMEN SG. BESAR

Pendekatan kepada rakyat yang berbeza di Parlimen Sungai Besar merupakan kunci utama kepercayaan penduduk di sini untuk terus bersama pimpinan Barisan Nasional. Baru-baru ini bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Utama Sungai Besar telah berlangsungnya program study skill untuk murid yang akan menduduki UPSR tahun ini. Sekolah Seri Utama merupakan sekolah yang ke 6 dalam siri jelajah. 

Kemahiran belajar secara berkesan dan motivasi kepada murid-murid dan ibu bapa adalah program yang baik untuk memacu pelajar di Parlimen Sungai Besar supaya menjadi insan yang berguna kelak. Ketepikan dahulu soal politik. Untuk melihat anak bangsa berjaya kita haruslah bersatu padu dalam matlamat untuk melihat bangsa kita tidak dipijak sewenang-wenangnya. Pendidikan adalah penting untuk semua.

Terima kasih kepada Ahli Parlimen Sungai Besar, YB Noriah Kasnon yang memberi dana untuk program ini yang telah masuk tahun yang kedua dengan matlamat untuk melihat kemajuan anak kampung. Jasa YB tidak akan dilupakan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....