Konco-konco ku

Thursday, July 21, 2011

MELAYU BOLEH BERSATU!!! MAHATHIR & NIK AZIZ TOLONGLAH MELAYU...

Di dalam kancah politik masa kini dan akan datang yang terus menerus menyaksikan bangsa Melayu terus ditindas dan dipertahankan oleh orang Melayu sendiri mahupun bangsa lain. Melayu itu bukan bangsa yang lemah yang inginkan belas kasihan. Melayu itu akan terus kuat dengan perpaduan orang Melayu itu sendiri. Yong yakin bahawa orang Melayu akan kembali bersatu jika berlaku sesuatu yang boleh menggugat kedudukan mereka dan memerlukan mereka bersatu tetapi bukan disebabkan berlaku konflik dengan kaum lain.

Orang Melayu hari ini dilihat sperti tidak bersatu kerana masing-masing mempunyai pandangan dan pendapat sendiri. Namun begitu, jika ada isu yang akan menggugat kedudukan mereka, maka penyatuan orang Melayu akan berlaku. Apabila penyatuan seperti itu berlaku, barulah orang Melayu akan balik mendekati pemimpin mereka untuk sama-sama berjuang. Sekarang ini mereka nampak macam tidak menghiraukan pemimpin mereka. Sehingga ada yang tidak mempercayai perjuangan pemimpin sendiri dan memaki hamun di belakang walau di depan berkata baik hingga memuji.

"Jangan sanggup gadaikan hak orang Melayu. Jangan kita bagi seinci pun hak orang Melayu. Kita tidak minta hak orang lain. Hak kita tetap hak kita. Nasib anak cucu kita akan jadi seperti orang Melayu Singapura yang tidak mempunyai apa-apa kuasa politik. Hak orang Melayu mesti kekal sebagai hak orang Melayu." - Tun Mahathir Mohamad, ketika berucap dihadapan lebih dari 10,000 orang di Pasir Mas, Kelantan, ketika menjadi tetamu kepada PERKASA pada 25 September, 2010.


Tun Mahathir yang digelar 'mamak mahafiraun', Nik Aziz yang digelar 'ularmak nyanyuk'. Kedua-dua orang pemimpin Melayu yang paling kuat dengan pendirian masing-masing dengan berlandaskan ideology parti masing-masing. Walaupun mereka berlainan parti dan pandangan namun Yong amat menghormati mereka berdua kerana mereka berdualah bangsa Melayu boleh bertahan hingga sekarang. Tun Mahathir melalui UMNO, Nik Aziz melalui PAS, dua orang pemimpin agung ini telah menggegarkan dunia sehingga dunia mengenali negara kecil Malaysia dengan kelantangan suara Tun Mahathir dan istiqamah Nik Aziz untuk menegakkan dan mengembangkan Islam. 

Ketepikan dahulu soal ideology politik masing-masing kerana dua parti Melayu ini adalah parti terkuat sebelum PAS menjadi orang suruhan DAP laknatullah. Fikirkan wahai bangsa Melayu. Dimanakah kekuatan kita sebagai bangsa Melayu jika kita terus bertelagah dan bergaduh sesama kita. Musuh kita telah lama dikenal pasti, namun kerana harta dan kuasa Melayu terlupa akan agenda tersembunyi yang telah disusun rapi oleh DAP untuk menakluk Tanah Melayu.

~WaKd0b~

4 comments:

  1. saya sokong 100%.sejarah dunia membuktikan orang Islam dihina kerana silap mereka sendiri tidak fokus kpd musuh sebenar iaitu sengketa sesama mereka lalu musuh ambil kesempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo dr peperangan bsenjata org yahudi akan kalah krana kita prang dgn jihat.. Hya cra prang minda shaja yg blh mrka ubh skit dmi sdikit... Kita kena lbh peka.. Melayu dan islam dah sinonim... Ikut Islam dunia n akhirat utk kita..

      Delete
  2. betol kan?? Melayu ini tak bodoh, cuma diperbodohkan oleh bangsa lain yang perasan pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nie la kta kena saiko dngan bngsa lain.. Tu buat org kita pun dok bgaduh sesama sndir.. Kalau MELAYU brsama kita akan dsanjung.. Bkn dpebdohkan olh angsa lain... TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

      Delete

comment please.....