Konco-konco ku

Sunday, August 28, 2011

AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA....TAHNIAH DR.KHIR

Diam-diam ubi berisi Dr. Khir ni. Walaupun beliau sekarang ini dihujani dengan beribu dugaan dan cobaan, namun jangan disangka Dr. Khir ini senyap begitu sahaja. Kepimpinan dan ketokohan beliau memang tiada golok gantinya. Baru-baru ini Dr. Mohammad Khir bin Toyo, ADUN Sungai Panjang telah diberi kepercayaan untuk menerima perlantikan presiden bagi Asian Youth Council (AYC) / Majlis Belia Asia. Bukanlah calang-calang pemimpin yang dilantik untuk mengepalai organisasi ini pada peringkat Asia.

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut berbangga dengan perlantikan ini kerana Malaysia telah membuka mata dunia akan kepimpinan contoh yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. Lupakan sejenak semua fitnah-fitnah yang telah dilemparkan oleh pihak pembangkang. Biarlah mereka menerima pembalasan yang setimpal. Dalam posting Dr. Khir baru-baru ini juga beliau telah menyatakan kemaafan kepada sesiapa sahaja yang telah berbuat jahat kepada beliau. Ia ditujukan juga kepada si pembuat fitnah ADUN Sekinchan yang terus menerus ingin menjatuhkan karier politik Dr. Khir.

Lihatlah dari sisi positif beliau. Lihatlah penglibatan sosial dan kemasyarakatan beliau. Walau menjadi Menteri Besar tidak lama, namun di kawasan Sungai Panjang sendiri masih ramai yang menyokong dan menghormati beliau. Bahagian-bahagian lain perlulah menguatkan jentera mereka kerana Dr. Khir tidak menjadi Menteri Besar bukan kerana beliau tidak layak namun kerana kekalahan di Dewan Undangan Negeri lain di Selangor. Ambillah iktibar dari kekalahan pada PRU12. Temuilah rakyat, sebarkan maklumat, dengarlah luahan hati akar umbi yang inginkan sebuah negeri berkebajikan yang mementingkan rakyat.

No comments:

Post a Comment

comment please.....