Konco-konco ku

Monday, August 8, 2011

EKSKLUSIF: APABILA PENGUATKASAAN MURTAD DIKATAKAN EKSTRIM....by Che'Dee

Salam semua sedolor seugomo Yong seng cepak opo adoh.... Hari ini Yong dapat dua artikel yang telah dihantar kepada Yong. Atas nama Che'Dee, hamba Allah ini telah memberi Yong dua artikel yang amatlah berguna untuk menyedarkan orang Melayu khususnya yang betul-betul beriman dengan agama Islam. Bacalah sambil berfikir. Ambillah isi yang penting supaya senantiasa terpahat di hati sanubari tuan-tuan, puan-puan.

************************************

Isu pemeriksaan JAIS di gereja untuk mencegah orang Islam menjadi MURTAD  merupakan suatu tindakan yang perlu disokong, sekurang-kurangnya  walaupun sokongan itu adalah selemah-lemah iman (dengan hanya menggunakan lidah), tapi kita masih lakukan sesuatu dan bukan menempelaknya.

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim mendakwa tindakan ini sebagai tidak adil dan menganggu urusan orang bukan Islam, sementara Khalid Samad mengatakan tindakan ini terlalu EXTREAM, PR tidak buat kerja macam kerajaan BN buat dulu.  Semua hujah ini diperkatakan oleh orang Islam yang pernah minta tauliah ceramah agama Islam.

Macam mana kita hendak memperjuangkan Islam kalau perjuangan membenteras gejala MURTAD SURVIVAL ini pun kita tidak dapat beri sokongan.  Kita sepatutnya insaf dan bebesar hati dengan kesanggupan JAIS untuk bertindak balas hasil laporan orang ramai.  Saya yakin tentunya JAIS dah buat penyiasatan dan mengambil beberapa pertimbangan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan.

Sebagai Menteri Besar Khalid Ibrahim sepatutnya bertanggungjawab dengan agensi yang di bawah kawal selianya, bukannya menghentam. Dan bukannya lepas tangan dengan menyerahkan kepada kebijaksanaan DYMM Sultan Selangor untuk menyelesaikan isu ini.  Di mana kredebiliti seorang Menteri  Besar Selangor?  Sebuah negeri yang Maju dan Berkebajikan.

Apabila JAIS mengeluarkan peruntukan yang berbentuk bantuan, Menteri Besar bangga untuk mengumumkan keterlibatan kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyat, dan pujian diberi kepada JAIS.  Malangnya apabila isu yang kerajaan negeri  dibawah Pakatan Rakyat tidak mendapat manfaat lantas disalahkan JAIS sewenang-wenangnya.

Dan seperti biasa disalahkan UMNO dan BN yang EXTREAM dengan Islam, dakwa dulunya itulah tindakan Kerajaan Barisan Nasional tetapi bukan kerja Kerajaan Pakatan Rakyat.  Lantas apa tindakan yang betul daripada Kerajaan Pakatan Rakyat?  Membiarkan dan merestuai kegiatan ini?  Inilah akibatnya apabila Kerajaan yang memerintah dimana pemerintahnya orang Islam tunduk kepada EXCO bukan Islam yang bersatu.

No comments:

Post a Comment

comment please.....