Konco-konco ku

Friday, September 30, 2011

CALON-CALON YB SUDAH DIKENALPASTI - EDISI SUNGAI BESAR

Salam 1 Malaysia kepada readers yang disayangi sekalian tidak kira di mana anda berada. Malam ini Yong tak nak mengutarakan isu yang berat seperti kes khir toyo, anwar ibrahim atau hudud. Yong nak bagitahu kat semua readers dan rakyat Malaysia yang masih tidak sedar akan genderang pilihanraya yang semakin lama semakin kuat gendangnya. Pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang telah mengerahkan ahli-ahlinya untuk melancarkan jentera masing-masing supaya kemenangan di PRU13 menjadi milik mereka.

Ini bukanlah rekaan Yong atau rakan-rakan blogger yang lain. Semakin hari semakin kuat pihak kerajaan dan pembangkang bekerja keras mengumpulkan pengundi masing-masing melalui pelbagai saluran. Kalau tidak akhir tahun ini, mungkin awal tahun depan PRU13 akan berlaku. Maka secara automatiknya terdengarlah cakap-cakap dari akar umbi akan calon-calon yang bakal di tampilkan dan kemungkinan muka-muka baru akan muncul sebagai Yang Berhormat.

Mari kita kecilkan skop kepada calon-calon di Selangor yang sekarang di jajah oleh Pakatan Rakyat. Kebanyakan calon yang Yong dengar mungkin ramai darinya muka-muka baru dan bersih dari sebarang kontroversi politik. Maka akan berlakulah satu tranformasi politik yang dijangka kebanyakan calon adalah dari golongan cendikiawan dan golongan muda.

Di Parlimen Sungai Besar terutamanya, mungkin DUN Sungai Panjang akan bertukar muka dan DUN Sekinchan akan kemukana calon baru dari UMNO dan tidak dari MCA lagi yang tidak pernah menang menentang DAP Wak Celeng. Kita tunggu dan lihat sahajalah nanti.

AKAN BERSAMBUNG.........

No comments:

Post a Comment

comment please.....