Konco-konco ku

Saturday, September 3, 2011

MARI KITA KENALI PENGKAJI SEJARAH BUKIT KEPONG

Ismail Johari dilahirkan di Tanjong Karang, Selangor (Jiran sebelah kampung Yong) pada 13 Mac 1947. Beliau mendapat pendidikan di beberapa buah sekolah rendah sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur hingga tahun 1966.

Beliau pernah berkhidmat sebagai kerani di Bank Negara dan pegawai polis selama hampir 20 tahun mulai November 1969. Semasa dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia, beliau menyambung pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dalam bidang Komunikasi Massa dan di peringkat sarjana dalam bidang Pentadbiran Sistem Keadilan Jenayah di Amerika Syarikat.

Dalam perkhidmatan polis, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk di Cawangan Perhubungan Awam Polis, Cawangan Siasatan Jenayah, Cawangan Khas, Interpol, Cawangan Penyelidikan dan Perancangan. Seterusnya, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Maktab Polis Diraja Malaysia di Kuala Kubu Baru.

Sewaktu bertugas di Cawangan Perhubungan Awam Polis Diraja Malaysia, beliau telah dipertanggungjawabkan mengumpul data dalam pengkajian semula sejarah Bukit Kepong. Hasilnya, beliau telah menulis skrip filem Bukit Kepong. Dari situ, lahirlah sebuah filem berfaktakan sejarah yang mencoretkan detik keberanian 18 anggota polis, keluarga mereka, dan keberanian penduduk Bukit Kepong melawan hampir 200 orang pengganas komunis selama hampir empat jam pada subuh 23 Februari 1950.

Pada Disember 1988, Ismail Johari melepaskan jawatan dalam perkhidmatan polis untuk berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia sehingga Mei 1993. Kini, beliau telah bersara daripada perkhidmatan kerajaan dan menjalankan perniagaan sendiri sebagai Konsultan Keselamatan Swasta.

MAT SABU WAJIB BACA BALIK INI >> BUKIT KEPONG

JawaBernam mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!

1 comment:

comment please.....