Konco-konco ku

Monday, November 7, 2011

JOM BERUBAH! FROM ZERO TO HERO.

Jom Berubah @facebook
Jom Berubah @web
Jom Berubah @blogspot

Statistik pada tahun 2007 menunjukkan golongan belia yang berumur dari 15-40 tahun adalah berjumlah 11.5 juta orang dari jumlah keseluruhan penduduk negara. Ini menghampiri 45% dari jumlah penduduk negara ini. Ternyata belia merupakan entiti yang perlu diberi perhatian dan tenaga belia menjadi sumber penting dalam pembangunan negara.

Malangnya bukan semua belia bernasib baik dan mempunyi taraf kehidupan yang selesa dan ramai yang masih lagi mencari-cari arah dan panduan untuk berjaya didalam hidup. Kursus-kursus dan program keusahawanan, motivasi dan peningkatan diri mengenakan kadar bayaran yang agak tinggi dan tidak ramai belia yang mampu untuk menghadirkan diri bagi menyertai kursus-kursus ini.

Menyedari hakikat tersebut, sekelompok anak muda, aktivis belia dan belia professional mula berbincang untuk mencari jalan keluar maka terhasillah program 'JOM BERUBAH'.

Setelah dua buah tempat telah dilawati. Nampaknya program Jom Berubah telah mendapat perhatian di hati anak-anak muda belia. Dengan pengisian yang penuh manfaat dan perkongsian pengalaman dari pemimpin-pemimpin belia yang sudi berkongsi idea dan pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh mereka. Bukan calang-calang yang menjadi motivator untuk anak-anak muda.

No comments:

Post a Comment

comment please.....