Konco-konco ku

Tuesday, November 1, 2011

PENINJU ISRAEL: "KAMI HANYA TAJA PERTANDINGAN" - EXCO SELANGOR

SHAH ALAM, 1 NOV : Kerajaan Selangor hari ini mengakui membelanjakan RM5 juta untuk menaja sebuah  pertandingan kick boxing tetapi mendakwa ia tidak tahu menahu mengenai penglibatan seorang peserta warga Israel dalam acara antarabangsa itu.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong mengakui pihaknya berjaya dalam bidaan untuk pertandingan berbentuk program realiti yang disiarkan oleh saluran  AXN.

Namun pihaknya tetap menyalahkan Kementerian Belia dan Sukan kerana membenarkan peninju Israel Ilya Grad  masuk ke Selangor untuk menyertai pertandingan "The Challenger Muay Thai."

“Selangor langusung tidak terlibat dalam penganjuran persaingan tersebut, pemilihan ahli sukan ataupun penerbitan siri televisyen tersebut. Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan warganegara Israel memasuki Malaysia,” beliau berkata dalam satu kenyataan.

“Jika kami dimaklumkan, Kerajaan Negeri Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Imigresen supaya menolak kemasukkan warganegara Israel tersebut,” tambah beliau.

Elizabeth mendakwa  pihaknya meluluskan tajaan lumayan RM5 juta itu tanpa dibekalkan senarai peserta untuk pertandingan berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan Shabery Chik mendedahkan bahawa pertandingan itu menerima tajaan RM5 juta daripada kerajaan Selangor.

Penyertaan peninju Israel itu mencetuskan kontrovesi kerana Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dan dasar anti-Palestin yang diamalkan oleh rejim Tel Aviv.

Bulan lalu, Grad dibenarkan masuk ke Selangor bagi menyertai pertandingan itu selepas menunggu 25 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, susulan campurtangan Putrajaya untuk mengatasi kemelut itu.  - AntaraPos

************************************

p/s: Siapa yang sepatutnya bertanggungjawab atas kehadiran peninju Israel ni? Tapi kerajaan tidak dimaklumkan oleh penganjur yang ada warga Israel yang ikut serta. Sebagai penganjur dan penaja terbesar iaitu kerajaan fuckatan Selangor sepatutnya memaklumkan kepada kerajaan Malaysia dan imigresen. Tapi yang lebih menghairankan kerajaan Selangor melalui Exco-nya, Elizebeth, menaja rm5juta untuk acara ini. Melabur ke atas peninju Israel ke??

6 comments:

  1. agaknye peninju 2 masuk ikut imigresen dulu ke kerajaan negeri selangor?fikir2 kn

    ReplyDelete
  2. Kah kah kah kah... ape punye bodoh pemimpin Fuckatan ade ni. Taja sesuatu pertunjukan, pertandingan, persembahan tanpa tahu ape 'isi' yang mereka taja tu??? Mcm tu lebih baik taja pelacur yang dok terkangkang kat umah ustazah eli tu je.... taja beli spender tebal2 sket jangan sampai kene snap ketika tidur terkangkang

    Kah kah kah kah kah kah... alasan bodoh la ADUN BUKIT teLANJANg

    ReplyDelete
  3. Nurul Hafiza Basiruddin said...
    agaknye peninju 2 masuk ikut imigresen dulu ke kerajaan negeri selangor?fikir2 kn

    November 1, 2011 3:17 AM

    ---------------------------------------
    Peninju tu masuk imigresen sebab tunjuk pas utk jadi peserta tinju di Selangor la... dijemput oleh kerajaan Selangor, bukannya kerajaan Malaysia suruh masuk.....

    ReplyDelete
  4. Mohon sdr linkkan blog saya ke dalam blog sdr. Saya telah linkkan blog sdr ke dalam blog saya yg baru dibina. T.kasih.
    Blog baru saya http://ppayung.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Pakatan tak pernah mengaku kesilapan mereka. Itu lah sahaja cara nak lepas tanggung jawab.

    Tetapi alasan yang diberi adalah tahap BODOH & BAHLOL.

    Taja RM5 juta tapi tak tau apa yang di taja. Gasak duit banyak ini OK pula.Bahlul-bahlul Pakatan tak marah pun. Lupa, semua ini kelulusan dari Punahsihat Ekonomi gaji RM1.

    ReplyDelete
  6. Budak2 bernama Nurul Hafiza Basiruddin tu duduk kat Ayer Tawar, Perak tempat Ngeh Koo Ham haram jadah, patut la tak boleh nak pikir dengan betul lagi....

    ReplyDelete

comment please.....