Konco-konco ku

Tuesday, December 13, 2011

PERPADUAN UMMAH HASSAN ALI. UMNO-PAS BAKAL DIREALISASIKAN.

Ura-ura mengatakan yang Hassan Ali bakal dipecat dari kempimpinan tertinggi PAS tidak membawa kemurungan langsung kepada diri beliau kerana individu ini berjuang bukanlah atas tiket PAS atau Pakatan Haram namun atas niat menyatupadukan umat Islam di Malaysia sekaligus membawa maksud yang besar iaitu menggabungkan dua parti Melayu-Islam terbesar di Malaysia iaitu UMNO-PAS. Perpaduan ummah, itulah cita-cita murni Datuk Dr. Hassan Ali yang sejak dari dahulu. Pada PRU13 akan datang beliau tidak kisah bertanding atas tiket PAS mahupun UMNO kerana yang penting beliau dapat teruskan perjuangan suci menyatupadukan umat Islam di Malaysia.

Inilah yang amat ditakuti oleh pemimpin tertinggi Pakatan Haram atas cita-citanya yang mendokong Islam sebagai satu agenda politik beliau. Sudah tentu Hassan Ali akan terus dicantas keras oleh rakan dalam parti kerana ini sedikit sebanyak menggugat dan mengeruhkan perpaduan yang dibina oleh DAP-PKR-PAS dalam Pakatan Haram. Jika benarlah Hassan Ali akan bertanding atas tiket UMNO, pemimpin PAS tidak akan terkejut kerana mereka telah menganggap yang beliau adalah beban serta ejen UMNO dalam Pakatan yang semakin hari semakin menjadi kudis kepada Pakatan Haram.


No comments:

Post a Comment

comment please.....