Konco-konco ku

Sunday, January 8, 2012

GEMPAR!! JAWABERNAM AKAN SOKONG HASSAN ALI SELAGI BUKAN AHLI PAS

" Alhamdulillah, Segala Puji Bagi ALLAH S.W.T"
Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta.

Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang diambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa.

Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil.

Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.

YB Dato' Dr. Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia
8 Januari 2012
*************************************

Dalam sibuk akan kemeriahan yang bakal berlangsung esok di parking kereta Mahkamah Jalan Duta, sebentar tadi muncul pula berita yang amat mengejutkan walaupun JawaBernam telah menjangka lama. Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Hasan Ali telah dipecat serta merta sebagai ahli PAS. Maka tamatlah episod perjuangan murni Dr. Hasan Ali dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam di Malaysia. Sedia maklum PAS kini bukanlah parti Islam lagi kerana telah jauh terpesong dari landasan sebenar 50tahun dulu. Islam liberal yang dipraktikkan oleh golongan ilmuwan Islam dalam PAS telah menolak Hasan Ali dan menganggap beliau sebagai liabiliti dalam pakatan bersama DAP dan PKR.

Baru mendapat berita bahawa tidak kurang 10,000 ahli PAS di dalam kawasan Shah Alam dan Klang telah senada memberi sokongan penuh kepada Dr. Hasan Ali dan seterusnya isytihar keluar PAS dan ingin bersama Dr. Hasan Ali. Pakatan semakin goyah. Agak sedih apabila Dr. Hasan Ali diperlakukan sedemikian rupa. Habis madu sepah dibuang-buang. Mungkin Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akan mengikut jejak langkah Dr. Hasan Ali selepas ini.

Kita doakan semoga YB Dato' Dr. Hasan Ali akan teruskan perjuangan menegakkan Islam walau dalam apa medium sekalipun. Percayalah, penyokong dan pendokong Islam masih ramai lagi di Malaysia. InsyaAllah!

1 comment:

  1. Dato Hassan Ali,jgn sedih kerana ramai lg penyokong anda jika anda dipecat ..kami berdiri d blkg org2 yg menegakan ugama, benci pada pengkhianat ugama bangsa dn negara..join UMNO Dato, jgn ragu dgn pemerintah kerana Allah juga berpesan supaya taat pada pemerintah..Dato lagi arif kan

    ReplyDelete

comment please.....