Konco-konco ku

Thursday, February 9, 2012

KES ELLY: PAS DIAM MEMBISU

SHAH ALAM, 9 FEB : PAS hari ini menjarakkan diri daripada kontrovesi membabitkan Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong susulan penangkapan bekas teman lelakinya di Indonesia minggu lalu kerana didakwa memiliki dokumen palsu.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan susulan yang diperlukan dan tidak mahukan perkara itu dijadikan isu politik.

"Kita serah pada pihak berkuasa buat apa yang patut. Sepatutnya pihak berkuasa harus adil dan telus. Biar ia adil dan telus, dan kita tidak mahu ia dijadikan isu politik," katanya.

Penangkapan Hilmi Hazimin Malek di Batam di jangka membuka semula kemelut politik yang dihadapi oleh Elizabeth, PKR dan Pas.

Beliau dikehendaki di Malaysia berhubung penyebaran foto separuh bogel Elizabeth Wong tetapi melarikan diri ke Indonesia sebelum disoal siasat polis.

Pada hari ini,  Khalid tidak mengulas isu-isu moral bersabit dengan kes itu yang dibangkitkan di beberapa blog sejak beberapa hari ini.

Antara lain, mereka sekali lagi mempersoalkan pendirian PAS dan Parti Keadilan Rakyat  berhubung dengan dakwaan Elizabeth menjalin hubungan intim dengan suspek itu yang dikatakan juga ahli PKR tetapi terus berdiam diri mengenai hubungan itu dan masih memegang jawatan kanan dalam kerajaan negeri.

Dakwaan bahawa Helmi melarikah diri ke Indonesia dengan dibiayai oleh individu tertentu dalam PKR juga mencetuskan persoalan-persoalan mengenai kewibawaan  parti itu sendiri.

PKR mempertahankan Elizabeth malah menolak tawaran Exco itu meletak jawatan tiga tahun lalu. Elizabeth juga dilaporkan mendapatkan sokongan Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Khalid berkata beliau sangsi polis akan menjalankan siasatan yang berwibawa jika Helmi dibawa pulang daripada Indonesia.

"Kita nampak polis pun sama pilih kasih.  Kenapa bila pihak lain (ditangkap) dia tidak laporkan besar-besar pula," katanya. - AntaraPOS

3 comments:

  1. bila pulak Polis heboh sangat perkara ni . Polis pun baru dapat tahu dan pengesahan dari indonesia hari ni . kalau rasa sangsi ngan Polis jangan mintak bantuan polis buat sendiri x habis2 menyalahkan orang lain.

    ReplyDelete
  2. komen khalid hanya buat persepsi negatif pihak polis sahaja supaya penyokong totok PR angguk menurut jer!!! skrip past & copy memanjang...

    boringgggggggggg........

    ReplyDelete
  3. laaaa..kenapa nik aziz tak bagi kenyataan??? bila masa pulak polis buat penghebahan??? dah sangka dah depa kata umno yg buat..mana fatwa baru? mana muslimah pas dan zuraida kenapa tak berpeluk lagi dengan elly??? nanti dia nangis kan sapa pun x kan x nak pujuk? oooo tunggu bless fron FATHER YEA....

    ReplyDelete

comment please.....