Konco-konco ku

Sunday, February 26, 2012

KISAH BADROL AMIN TANGKAP KHALWAT. PAKATAN ROSAK AKHLAK!

SHAH ALAM - Pemimpin kanan PKR, Dr Badrul Amin Baharon menafikan laporan media bahawa beliau telah ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) di Kuantan awal pagi semalam, sebaliknya menegaskan beliau hanya mahu membantu seorang wanita yang berhadapan dengan masalah keluarga.

Badrul Amin berkata, beliau akan hadir di pejabat Jaip esok untuk diambil kenyataan oleh agensi itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Badrul Amin berkata, beliau beranggapan bahawa kejadian terbaru ini satu tindakan terancang untuk "memerangkap dan mengaibkan saya."

Badrul Amin berkata, wanita berkenaan telah menghubunginya kelmarin dengan nada cemas dan menyatakan hasrat untuk melarikan diri dari rumah kerana bimbangkan keselamatan diri.

Bagaimanapun, menurut Badrul Amin, beliau telah menasihatkan agar wanita berkenaan tidak berbuat demikian.

"Saya dengan tegas menasihatkan beliau untuk tidak berbuat demikian.

"Walau bagaimanapun pada jam 2 pagi 25 Februari (semalam), beliau telah menghubungi saya memaklumkan bahawa dia sudah tiba di lokasi Temurapat Pemimpin PKR (di sebuah hotel di Kuantan)," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Badrul Amin juga berkata, beliau telah mengenali pasangan suami isteri terbabit sejak lebih setahun lalu semasa wanita itu bersama keluarganya mengikuti rombongan umrahnya.

"Pasangan suami isteri ini sering berhubung dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai masalah keluarga yang mereka hadapi termasuk kes keganasan rumah tangga.

"Dalam usaha membantu pasangan ini, saya dan isteri pernah menziarahi keluarga ini di Rompin," katanya lagi.
-sinarhairan
******************************
KATA JAWABERNAM:
Badrul Amin yang sedang panas dengan penangkapan beliau dan skandalnya di hotel Swiss semalam menggemparkan Malaysia. Bekas calon PKR Lahad Datu dan Sabak Bernam ini merupakan seorang Ustaz dari Universiti Islam Antarabangsa. Tak kan seorang yang dikatakan ustaz tak tahu hukum berdua-duaan di dalam bilik hotel? Konspirasi UMNO lagi?

Maklumat yang diperolehi dari blog PapaGomo dan Pisau.net, Ketua Cabang PKR Sabak Bernam yang kalah dua kali dengan calon BN ini telah ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan seorang wanita bukan muhrim dalam sebuah bilik hotel di Pantai Balok, Kuantan awal pagi semalam.

Ostad...ostad...janganlah kerana berketuakan si peliwat kome pun nak melempias nafsu sekali. Malu keluarga la.. Nasib baik dia ni bukan jawa kalau tak memang dah kena rejam lama dah. PAS wajib tegakkan hukum hudud!!!!!!

No comments:

Post a Comment

comment please.....