Konco-konco ku

Sunday, March 25, 2012

66 TAHUN BERSAMA RAKYAT!! NAJIB TERUS BANTU RAKYAT!!


Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sambutan besar-besaran ulang tahun UMNO ke-66 pada 11 Mei depan akan bermula pada 1 Mei dan acara kemuncaknya akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil selama tiga hari.

"Majlis Tertinggi UMNO telah bersetuju dengan konsep sambutannya yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Antara pengisiannya adalah bacaan yassin dan tahlil, Anugerah Melayu Terbilang, larian bendera UMNO, Karnival Hari UMNO, Forum Perdana, futsal, job fair, konvoi dan lain-lain lagi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

"Panel pemilihan tokoh bagi Anugerah Melayu terbilang dianggotai oleh Tan Sri Samsudin Osman, Hajah Napsiah Abdullah, Tan Sri Abdul Aziz Rahman, Tan Sri Hajah Zaleha Ismail, Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir," katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa jumlah keahlian terkini yang berakhir pada tarikh 19 Mac 2012 adalah berjumlah 3,340,508 bagi Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap iaitu ahli biasa seramai 1,095,112, Wanita 1,247,056, Pemuda 617,328 dan Puteri 381,012.

Beliau juga memaklumkan Datuk Warno Dogol akan memangku jawatan ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam. - MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

comment please.....