Konco-konco ku

Thursday, March 22, 2012

ANWAR MENGAGUNGKAN SI PENGHINA RASULULLAH!


KEHADIRAN Anwar Ibrahim di India Today Conclave 2012 (ITC 2012)  mudah untuk di fahami kerana objektif penganjuran forum India Today Conclave itu sendiri yang memperjuangkan kebebasan bersuara agak serasi dengan aliran pemikiran Anwar yang diketahui umum agak liberal.

Kebetulan ataupun sememangnya sudah tersurat sejak azali, Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie kemudiannya berkongsi majlis tersebut yang berlangsung di New Delhi, India pada 16 & 17 Mac 2012.

Salman Rushdie dikenali umum selepas buku karangannya The Satanic Verses secara terbuka menghina sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w yang mengundang kemarahan dan bantahan di seluruh dunia Islam.

Pada pertengahan Februari lepas, Najeeb A Kashagari seorang wartawan warga Arab Saudi telah ditangkap di KLIA, kerajaan Barisan Nasional (BN) kemudiannya mengambil langkah segera menghantar pulang semula ke negaranya untuk menghadapi pendakwaan menghina keperibadian Rasulullah s.a.w.

Najeeb, juga dikenali sebagai Hamza Kashgari dalam twitternya dilaporkan memperlekehkan keperibadian Rasulullah s.a.w melalui beberapa penyataan yang jelas menghina dan merendahkan martabat Baginda.

Dalam isu Najeeb A Kashagari dan Salman Rushdie, kedua-duanya memiliki aliran pemikiran yang hampir sama, agak liberal dan begitu kritikal terhadap keperibadian Rasulullah s.a.w.

Sedar atau tidak, dalam isu membabitkan kedua-dua individu tersebut, baik Anwar mahupun PKR seakan memandang sepi penghinaan yang pernah dilakukan oleh individu terbabit.

Anwar tidak kekok bersama-sama Salman Rushdie menjayakan majlis yang berorientasikan pemikiran liberal dan terbuka, manakala pemimpin PKR yang lain lebih mengutamakan hak asasi Najeeb A Kashgari berbanding penghinaan yang dilemparkan terhadap Rasulullah s.a.w.

Titik temu di antara Salman, Kashgari, Anwar dan pemimpin PKR yang lain ialah semangat liberalisme yang tersemat di hati masing-masing.

Corak pemikiran mereka bebas dan liberal. Pendek kata mereka semua serasi bersama.

No comments:

Post a Comment

comment please.....