Konco-konco ku

Monday, March 19, 2012

NAJIB HANYA OMONG KOSONG, PAKATAN TIN KOSONG.


PETALING JAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sentiasa berniat untuk mengotakan janjinya bahawa di bawah pentadbirannya, rakyat akan mendapat layanan yang adil daripada kerajaan.

"Apabila saya memegang jawatan hampir tiga tahun lalu, saya berjanji kepada negara bahawa anda akan dilayan secara adil daripada kerajaan dan saya berniat untuk menunaikan janji itu," katanya semasa melancarkan sambutan ulang tahun ke-30 Pusat Sri Murugan (SMC) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Vivekananda di sini.

Najib menjelaskan bahawa pelan transformasinya dan inisiatif yang lain adalah bagi kesejahteraan hidup rakyat dan bukan mengenai pilihan raya umum yang akan datang.

Sambil menyatakan keikhlasan kerajaan dalam membantu rakyat termasuk masyarakat India, Najib berkata, beliau tidak akan berjanji sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan.

"Saya bukan ahli politik jenis itu," kata Najib sambil menegaskan bahawa beliau komited dan tidak akan bertolak ansur demi masa depan Malaysia.

Perdana Menteri berkata beliau dan kerajaan akan melakukan usaha yang lebih lagi untuk faedah rakyat jika mereka diberikan mandat untuk lima tahun lagi.

Najib meminta semua rakyat untuk bersama-sama dengan beliau bagi membina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.

Beliau memberitahu orang ramai yang hadir di majlis itu bahawa sejak tahun 2009, kerajaan memperuntukkan RM440 juta untuk membina Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan menaik taraf hampir 400 sekolah sedemikian di seluruh negara.

Najib, yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1MDB kemudian menyampaikan geran akademik 1MDB kepada 75 pelajar SMC yang melanjutkan pengajian mereka di universiti-universiti tempatan.

Pelajar berkenaan, masing-masing menerima RM15,000, telah menuntut sekurang-kurangnya setahun di institusi pengajian tinggi awam tempatan atau swasta dan mendapat minimum CGPA (Purata Nilai Gred Kumulatif) 3.00 daripada 4.00.

1MDB dan SMC bekerjasama bagi membantu pelajar yang memerlukan berdasarkan merit dan keperluan. Kerjasama itu bermula pada 2010 dengan 50 pelajar, diikuti 50 pelajar lagi pada 2011. - Bernama

No comments:

Post a Comment

comment please.....