Konco-konco ku

Wednesday, April 25, 2012

WOW! SUKI DENGAN MONICA PUN JOIN HIMPUNAN BELIA 2012?? BIAR BETUL!!!

Segmen Fast & Furious yang menampilkan perlumbaan kereta drag pada Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajaya dijangka menerima penyertaan dua kali ganda berbanding tahun lepas. Program yang paling menarik perhatian belia dalam segmen itu ialah ‘Kementerian Belia dan Sukan (KBS) National Drag Racing Championship 2012’ yang bakal berlangsung di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19, Putrajaya.

Untuk makluman, pada tahun lepas, hampir 100 peserta menyertai lima kategori kejohanan tersebut. Pada tahun ini penganjur menjangka lebih 200 peserta akan memohon untuk turut serta. Namun, penyertaan adalah terhad dan belia yang ingin menyertainya perlu segera mendaftar semasa program itu nanti. Hadiah keseluruhan yang disediakan turut meningkat kepada RM26,000 berbanding RM10,000 pada tahun lepas.

1 comment:

comment please.....