Konco-konco ku

Saturday, June 16, 2012

KHALID TERUS GAGAP PABILA KERAP DISERGAH NOH OMAR!!!


Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada rakyat Selangor kerana mengkhianati kepercayaan diberikan oleh rakyat.

Noh berkata, dosa Abdul Khalid paling besar ialah mempolitikkan institusi pendidikan di negeri ini sehingga menjejaskan perkembangan modal insan yang sebelum ini menjadi agenda utama kerajaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, rakyat Selangor menerima tempias politik Kerajaan Negeri apabila merancang merobohkan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang dibina untuk beri peluang pelajar dari kampung bersekolah di sekolah berprestij di bandar.

“Malang bagi pelajar luar bandar di negeri ini kerana asrama yang dibina untuk mereka pada pemerintahan BN akan dirobohkan oleh Kerajaan Negeri PKR yang lebih mengutamakan projek
komersial,” katanya pada kenyataan media, semalam.

Noh berkata, Kerajaan Negeri juga menyekat peluang pelajar belajar ke peringkat tertinggi apabila mereka membatalkan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah
menyebabkannya dipindahkan ke Jasin, Melaka.

“Ini kerana sikap prejudis Kerajaan Negeri apabila kampus tersebut dibina atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) didakwa kroni Umno. Bukankah tindakan ini bersifat politik?

"Justeru saya mendesak Abdul Khalid meminta maaf kepada seluruh rakyat Selangor,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani turut kesal kerana kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri juga menyebabkan Universiti Selangor (Unisel) mengalami masalah kewangan untuk meneruskan operasi.

“Abdul Khalid perlu bersikap telus dengan mendedahkan kedudukan kewangan Unisel kerana saya difahamkam universiti ini mengalami kerugian. Ini satu pengkhianatan paling besar
dan Abdul Khalid perlu bertanggungjawab,” katanya.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu turut mencabar Kerajaan Negeri mengambil tindakan undang-undang terhadap kroni mereka yang terlibat dalam penyelewengan dan salah guna kuasa kerana
sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap individu yang terlibat penyelewengan.

“Kerajaan Selangor mengamalkan kronisme, hingga kini tiada langsung tindakan diambil terhadap mereka termasuklah pihak pengurusan Yayasan Selangor, yang didakwa membelanjakan wang yayasan dengan boros.

“Saya cabar Abdul Khalid agar ambil tindakan terhadap kroninya itu termasuk memecat mereka yang bersalah dalam yayasan itu.," katanya.

No comments:

Post a Comment

comment please.....