Konco-konco ku

Wednesday, August 22, 2012

APABILA DAP CUBA BERLAGAK JADI HERO!!

Lagi seorang pemimpin tertinggi DAP sudah bersuara dan cuba untuk menjadi hero dalam menyelesaikan kemelut persengketaan hukum hudud antara Karpal dan Ust. Nasha. Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan berkata di dalam Sinar Harian malam tadi bahawa setiap pemimpin parti perlu menghormati antara satu sama lain terutama berkenaan dengan agama di Malaysia yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan agama.

Beliau menambah, Karpal sepatutnya tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan menghalang hukum hudud dan cuba campur tangan dalam urusan agama parti komponen pakatan yang lain. Namun bagaimanapun, Karpal telah mengumumkan kepada media yang beliau tetap berkeras akan membawa Ustaz Nasharudin Mat Isa ke mahkamah kerana memfitnah beliau sebagai anti-Islam.

Seng Giaw cuba untuk menjadi orang tengah dalam meredakan krisis dalaman pakatan kerana tidak mahu pihak lawan mendapat peluang untuk merobohkan pakatan. Tapi, kita tidak pernah lupa yang Seng Giaw juga pernah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang menyebut undang-undang hudud mustahil untuk dilaksanakan jika pakatan berjaya memerintah Malaysia. Klik SINI.

Bagi menutup malu atas persengketaan antara dua parti yang terlalu jelas berbeza ideologi, Ahli Parlimen Kepong ini terpaksa menjadi penenang antara mereka dan juga wakil bagi DAP atau bukan Islam supaya sengketa ini tidak melarat hingga boleh memusnahkan pakatan. 

Sedarlah wahai umat Islam terutama yang masih di dalam PAS supaya lihat dengan mata hati yang sebenarnya DAP sedang menyusun sandiwara supaya Malaysia jatuh ke tangan mereka. Jika PAS keluar dari pakatan, maka akan hancur berkecailah harapan mereka kerana hanya PAS sahaja yang mampu memecahkan undi dari kaum Melayu dan Islam. DAP sedang mencipta satu ruang untuk mereka sendiri supaya mereka boleh didendangkan sebagai hero dalam penyelesaian isu agama. Fikirkan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....