Konco-konco ku

Thursday, August 30, 2012

MUHDALENA 'MENGAMUK' DI MAHKAMAH GUNA TOPENG POWER RANGERS!!


Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.


Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.

Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh 12 September depan untuk pengurusan kes berkenaan.

2 comments:

  1. Jangan susah2. Gi jumpa MB Selangor minta peruntukan bantuan guaman.

    ReplyDelete
  2. Ramai umat Islam yang tidak dapat sembuh daripada daripada penyakit taksub yang melampau.

    ReplyDelete

comment please.....