Konco-konco ku

Friday, September 21, 2012

NOH OMAR AKAN BERPARANG DENGAN KHALID TAK LAMA LAGI!!


Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibraim awal bulan ini mengesahkan bahawa Universiti Selangor (UNISEL) mengambil keputusan untuk tidak menyelesaikan hutang yang didakwa bernilai hampir RM15 juta dengan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) iaitu pihak yang membina dan menyelenggara asrama kampus induk universiti berkenaan di Bestari Jaya berikutan bangunan tersebut tidak mempunyai sijil layak menduduki (CF). Menteri Besar Selangor, turut mengakui bahawa keseluruhan bangunan pusat pengajian tinggi itu juga tidak memiliki CF.

Selain itu Abdul Khalid berkata perjanjian antara Unisel dan JNSB yang ditandatangani pada 2003 dan 2004 selama 30 tahun itu dilihat berat sebelah serta merugikan universiti milik kerajaan negeri berkenaan. Hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, DS Noh Omar telah mengeluarkan bukti bahawa UNISEL sememangnya telah mendapat Sijil Layak Menduduki semenjak 03 September 2007. Sekarang, mana Menteri Besar Selangor ini hendak letak muka apabila cuba membohongi Rakyat Selangor? Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki dari Majlis Daerah Kuala Selangor di lampirkan di bawah dan video temuramah dengan DS Noh Omar boleh diikuti di blognya, di sini.

No comments:

Post a Comment

comment please.....