Konco-konco ku

Monday, October 22, 2012

150 ORANG LAGI PENDUDUK SELANGOR BERANG DENGAN KHALID GAGAP!!

Seramai 150 penduduk pangsapuri Mawar di Taman Bunga Raya berkumpul mengadakan demontrasi secara aman menuntut 20 meter padu air percuma daripada kerajaan negeri Selangor petang semalam.

Penduduk menyuarakan rasa tidak berpuashati terhadap kerajaan negeri yang dikatakan gagal menunaikan janji mereka sejak 2008 lalu. Ahli Parlimen Hulu Selangor,P Kamalanathan hadir bersama mendengar rintihan rakyat yang semakin tertekan dengan tindakan kerajaan negeri PR.

Selain itu,Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan turut turun padang menjelaskan isu air yang berlaku ketika ini.P.Kamalanathan berkata,rakyat negeri ini semakin sedar akan ketidakjujuran kerajaan negeri membantu mereka setelah memerintah negeri empat tahun.

Katanya,beliau akan menjalankan kerjasama dengan GPRS membantu menjelaskan isu air yang diputar belitkan kerajaan negeri.

Sohaimi berkata,tindakan penduduk mengadakan perhimpunan itu adalah usaha terbaik bagi mendapat penjelasan terkini isu yang berlaku. 

No comments:

Post a Comment

comment please.....