Konco-konco ku

Wednesday, October 17, 2012

MUSA HASSAN TERPAKSA TOLAK PELAWAAN MENJADI AHLI PAS


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dengan keras khabar angin yang mengatakan beliau akan menyertai PAS.

Sinar Harian melaporkan Musa berkata keputusannya menarik balik kes saman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tiada kaitan dengan khabar angn bahawa beliau akan menyertai PAS.

"(Khabar angin) tidak ada kaitan dengan kes semalam,” kata beliau.Ketika ditanya dakwaan yang tersebar laman siber bahawa beliau akan menyertai PAS, Musa yang bersara sebagai Ketua Polis Negara akhir 2010 berkata: 

"Itu tidak benar."

"Kalau cerita-cerita yang keluar di Internet tu, tahu sahajalah kebenarannya.

"Lagipun sama ada PAS ataupun UMNO, tidak ada sesiapa pun yang datang berjumpa saya untuk menawarkan keahlian,” kata beliau lagi.

Semalam, Musa menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, berhubung siasatan insiden 'mata lebam' pada 1998.

Heboh puak-puak PAS bercerita yang Musa Hassan telah dibeli oleh pakatan degan nilai jutaan ringgit supaya menggugurkan kes tersebut. Kini kekuatan pakatan telah kembali.

TUNGGU MASA........

1 comment:

  1. pembetulan jawa bernam yg bangang.bukan anwar mohon tarik kes,tetapi musa hassan tarik kes,takut la nk bicara,silap2 kalah bicara.kalau rasa btl apa salah teruskan

    ReplyDelete

comment please.....