Konco-konco ku

Thursday, October 18, 2012

NIK AZIZ LEBIH RELA PELUK KARPAL DARI PELUK NAJIB


[EKSKLUSIF] Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP menerima dasar Islamnya, justeru kerjasama di antara dua parti itu akan diteruskan menerusi Pakatan Rakyat tanpa sebarang halangan.

“Kalau DAP tak mahu bersama Islam, kenapa dia dengan PAS? Saya ulang lagi sekali, kalau DAP menolak dasar Islam, jadi kenapa dia bersama PAS?

“PAS ini adalah satu parti yang ada dasar, bila DAP boleh terima PAS maknanya DAP boleh terima dasar dan dalam masa itu...tiada apa-apa gangguan (daripada DAP),” kata Menteri Besar Kelantan itu.

Ditanya mengenai penentangan DAP terhadap hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh PAS, khususnya di Kelantan, Nik Aziz berkata isu itu dianggap selesai.“Masalah hudud semua sudah selesai, hudud ini adalah masalah orang Islam, hudud untuk orang Islam dan bukan untuk orang bukan Islam,” kata beliau dalam wawancara esklusif dengan Antarapos.

Pimpinan tertinggi DAP, termasuk Pengerusi Karpal Singh dan Setiausaha Agung Lim Guan Eng menegaskan parti itu tidak bersetuju dengan sebarang usaha PAS melaksanakan hudud.

Nik Aziz sebelum ini menegaskan hudud tetap diperjuangkan oleh PAS dan parti itu tidak sanggup menunggu sehingga semua pihak termasuk DAP menerimanya.

Sebelum ini, Sasterawan Negara Profesor Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad berkata perjuangan politik PAS tidak lagi menepati kehendak Islam sejak parti itu bekerjasama dengan DAP.

Dalam masa yang sama, bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menggesa PAS memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti itu jelas menolak dasar-dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

Dalam wawancara ini, Nik Aziz mempertahankan DAP dengan menegaskan sekali lagi bahawa parti itu tidak pernah mengacau perjuangan PAS.

Sebaliknya pemimpin veteran PAS itu mendakwa Umno menolak hudud.

“Kalau Umno bercakap DAP tidak mahu hudud, habis Umno jumpa PAS supaya bersama dia, tetapi dia Umno tolak hudud juga.

Umno sebelum ini menjelaskan bahawa ia tidak menolak hukum hudud, namun pelaksanaannya harus disusuli dengan penyediaan rapi yang membabitkan dakwah dan sistem syariah yang matang.-AntaraPos-

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. langau hijau mana suka benda bersih. Dia suka benda kotor jah!

    ReplyDelete

comment please.....