Konco-konco ku

Thursday, November 15, 2012

TERKINI!! LEE KUAN YEW MAUT DIGILIS LORI!!!


SEREMBAN: Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum badannya digilis sebuah lori dalam satu kejadian di jalan besar Taman Bukit Galena, di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa, Lee Kuan Yew, 48, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. 
Jurucakap polis berkata ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha dalam perjalanan dari Taman Bukit Gelena menuju ke rumahnya di Taman Mutiara Galla. 

Katanya ketika tiba di satu selekoh mangsa dipercayai melanggar satu lubang di jalan berkenaan menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan. 

"Sebuah lori yang berada di belakang mangsa tidak sempat menggelak lalu melanggar mangsa yang terbaring di atas jalan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan maut di tempat kejadian," katanya di sini, hari ini. 

Katanya, pemandu lori berkenaan yang berusia 40-an kemudian telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu. 

Sementara itu Pegawai Turus Trafik negeri, ASP Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk bedah siasat. - Bernama 

p/s: Tokojut den ni haaa.... Baru ingat nak buat kenduri doa selamat Lee Kuan Yew mati... Rupanya orang lain.. hahaha....

2 comments:

  1. Oohhhh....! ingat yang mari Pulau Singa...

    ReplyDelete
  2. Tak lama lagi lee pulau singa tu pun mati juga.Mati kutu....pakatam bungkuss...

    ReplyDelete

comment please.....