Konco-konco ku

Saturday, May 4, 2013

TERKINI!! 120 AHLI PKR PARLIMEN BATU KELUAR PARTI KERANA PENGHINAAN TIAN CHUA!!


Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Batu menerima tamparan hebat menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Ahad ini apabila Timbalan Ketua Wanitanya, G. Sara Lili bersama 120 ahli parti itu bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Serentak dengan itu beliau menyerahkan borang keahlian parti Gerakan kepada calon BN Batu , Prof. Madya Dr Dominic sambil mendapat tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penduduk yang hadir. 

Ketika ditemui, Sara berkata, mereka kecewa dengan sikap Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Naib Presidennya, Tian Chua yang tidak pernah turun padang menyelesaikan masalah penduduk setempat.

"Tindakan keluar PKR diambil sebulat suara oleh saya ahli-ahli PKR Parlimen Batu sebagai bantahan secara terbuka kepada Tian Chua. 

Tian Chua yang juga penyandang kerusi Parlimen Batu itu tidak pernah turun padang untuk berkhidmat atau berjumpa para pengundi India di kawasan itu. Kami berjanji akan memberi sokongan padu kepada calon BN yang sentiasa menjaga nasib orang India di kawasan Parlimen Batu.

1 comment:

  1. SYABAS...KAMU SUDAH KELUAR DARI LUBUK SYAITAN!!

    ReplyDelete

comment please.....