Konco-konco ku

Friday, June 7, 2013

TAHNIAH!! EXCO SELANGOR, SALLEHEN MUKYI SUDAH MULA BEKERJA UNTUK RAKYAT!!

SETELAH lebih kurang seminggu dilantik menjadi Exco Negeri Selangor dengan memegang portfolio Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Ust. Sallehen Mukhyi yang juga ADUN Sabak telah memulakan kerja pertamanya kepada rakyat. Sungguh senang rupanya kerja Exco Negeri ni.

Buat DEMONSTRASI harga padi oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. 

Ya! Itu adalah antara kerja-kerja sebagai Exco Negeri yang dipilih. Selepas ini turun ke jalanan menuntut itu dan ini. Berhimpun berarak di jalan-jalan seluruh Malaysia dengan harapan kerajaan persekutuan yang sedia ada akan terguling dengan kononnya suara rakyat, kebangkitan rakyat. Itulah antara kerja ADUN pakatan di Selangor. Tanpa fikir bagaimana cara nak selesaikan masalah tanpa menyalahkan orang lain.

Aku pun anak petani. Bapa aku pun petani yang hanya mempunyai tanah bendang/sawah hanya sekangkang kera. Pendapat semusim? Kurang dari 10tan. 

Petani di sekitar daerah Sabak Bernam, bermula dari Sekinchan hinggalah ke Sabak memang ramai. Namum sejak dari dulu lagi kerajaan tak pernah pinggirkan hak mereka dengan memberi segala bentuk bantuan yang diperlukan. Bukan tak pernah rasa harga padi RM1280. Harga yang lebih dari itu juga para petani di kawasan ini pernah rasa. Tetapi masa tu semua dok senyap jela. Tak ada nak berdemo harga padi naik tinggi sangat.

Kalau nak dibandingkan dengan bantuan kerajaan negeri untuk petani jauh beza. Bantuan pertanian kerajaan negeri hanya kepada kroni mereka sahaja melalui Pengerusi JKKKN yang dilantik setiap kampung. Jika bukan ahli atau penyokong pakatan, jangan harap nak dapat. Kerajaan persekutuan sudah memberi bantuan RACUN, BAJA, INSENTIF PADI, INSENTIF BAJAK, KAPUR, BENIH PADI dan bermacam-macam lagi melalui Pertubuhan Peladang Kawasan pada setiap kawasan yang mempunyai pertanian. Jadi apa masalah berkenaan harga padi yang dibisingkan? Setiap bantuan yang diterima oleh para petani tak bising ke?

Pernah ke tengok logo ni? Para petani mesti pernah sebab kat pejabat PELADANG ini lah mereka-mereka ini dengan muka tak tahu malu pergi mengambil baja dan racun percuma hasil subsidi dari kerajaan. Di tempat ini jugalah para petani yang lupa mendapat insentif bajak dan penaburan kapur. Masihkah kalian ingat?

Apa lagi petani mahu? Kalau setakat nak bising pasal harga padi kat BERNAS, banyak lagi syarikat pengeluar beras di Sekinchan tu. Kilang beras JATI berada di Sekinchan, harga yang ditawarkan pun agak tinggi berbanding BERNAS. Jadi tak salah rasanya kalau para petani pakatan ni jual kat JATI. Tak siapa nak marah pun asalkan dengan kehendak petani itu sendiri. Kilang beras persendirian milik penduduk tempatan juga bersepah di Pekan Sekinchan tu. Itu semua kroni Ng Suee Lim, jadi tolonglah petani dengan memberi harga tinggi untuk setiap jualan padi mereka. Apa susah sangat.

ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi selaku exco permodenan pertanian sepatutnya mencari satu fomula bagaimana nak menolong petani. Bukannya diajak berdemo. Kenapa perlu ikut Ng Suee Lim tu yang hanya pandai bercakap, kerja langsung tak ada. Bukan aku tak kenal USTAZ SALLEHIN MUKHYI ni.. Kenal sangat, tetapi kenapa apabila jadi wakil rakyat nampak macam BANGANG!! Cari penyelesaian bukan asyik nak tuding jari kat orang lain.

Kata Khalid Gagap wang simpanan kerajaan negeri Selangor ada berbillion-billion, gunakanlah untuk rakyat terutama para petani yang kononnya hak mereka dinafikan oleh kerajaan pusat. Kalau harga padi kurang, gunalah duit kerajaan negeri yang banyak tu untuk beri insentif padi pula kepada mereka, biar para petani ni muntah kanan kiri dapat insentif setiap tahun. Tak perlu nak tuding jari, sebab Selangor ni dah diperintah oleh pakatan jadi sekarang adalah masa buat kerja setelah rakyat negeri tetap mempertahankan kerajaan pakatan di Selangor. Buat kerja bukan sibuk nak berdemo.

9 comments:

  1. Dah perintah negeri, buatlah kerja untuk majukan rakyat. Mengapa nak salahkan orang lain? Kalau dah exco macam ni alamat menderita lah rakyat. Saya cadangkan kerjaan persekutuan tarik balik subsidi pada petani di selangor. Sebab kerajaan selangor dah kaya dan boleh bagi subsidi. Kalau Undi tak mahu,maknanya subsidi pun tak mahu la.

    ReplyDelete
  2. low class punya ADUN !!!!!...rakyat sabak dah lantik ko jadi wakil mereka, sepatutnya buat la kerja yg sepatutnya di buat oelh seorang ADUN...ni kerja melalak lalak di tepi jalan ni bukan kerja rasmi ADUN....nampak sangat ADUN Sabak ni jenis low class mentaliti....duk harap kopiah masam,juban serebeh dan janggut serabai jer....tak tahu langsung nak buat kerja...hmmmm ...malang sungguh warga sabak dapat ADUN mcm ni....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Islam mengajar umatnya bersatupadu namun kita muslim berpecah belah sedangkan bangsa lain boleh bersatupadu

    Kalau nak beli atau jual barang terpakai dan baharu sila ke produkmuslim.info

    Kalau tak beli atau jual pun sila daftar sebab ada cabutan bertuah sebulan sekali

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. tahniahlah kerana ramai2 pakat pakat undi ustadz ni,dan pakatan rapuh memerintah selangor,ingat 2018 undi pakatan tambi anuvar lagi ye

    ReplyDelete
  5. majoriti rakyat Selangor secara jelas menyatakan melalui undi, bahawa mereka menolak BN kerana berpendapat bahawa kerajaan PR adalah jauh lebih baik.Umpama muka tak tahu malu masih menagih kasih dari orang yang telah dicampak keluar...he,he,he

    ReplyDelete
  6. subsidi macam bagai dari pusat..dapat ADUN dan EXCO ajak rakyat berdemo minta pd pihak yg ditolak ketepi utk selesai masalah.....apakata subsidi tarik balik macamana kerajaan negeri tanggung pulak.....yg terkurang sahaja kerajaan pusat tambah.....wang peruntukkan kpd agensi pusat diguna pula untuk para petani dan peladang baru nak ceburi bidang pertanian.....harapkan kerajaan negeri selesaikan maslahah petani tak boleh ni kan pula wujudkan petani baru!!.....

    nak kata penduduk yg ada tanah terbiar atau tanaman kontan yg tak produktif lagi..apakata pertubuhan peladang membugarkan tanah ini dgn cara pertanian moden dan tanaman baru yg boleh menghasilkan pendapatn tetap!!

    Sebagi contoh....walau tanah hanya seekar boleh menghasilkan tanaman sayuran atau buahan......

    ReplyDelete
  7. bodo korang seme ni....subsidi dtg dari sapa...
    mak bapak korang ke..? seme rakyat bayar cukai per...pastu baja subsidi bg yg low class..mana petani nk maju kedepan....
    abs tu plak beli padi harga murah...lps tu jual kt beras kt rakyat mahal....
    klau makak korang jd pesawah yg bijak mesti ler marah...
    tak gitu ngok..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok kalau ikut sistem kominis ya???? yg ko cakap ni sistem kapitalis...

      Delete
  8. Imam Shafie = Siapa mengaku dirinya pandai, dialah yg b***h!

    Bila kau b***hkan orang lain, kau memb***hkan diri sendiri...

    Awak/anak nak periksa SPM, salahkan jadual bas, salahkan lampu tak menyala, salahkan guru malas, salahkan gurubesar garang, salahkan hujan turun, salahkan matahari panas.... apa akan jadi???

    Bersatu=bermutu, Bermuafakat=berkat, InsyaAllah.

    ReplyDelete

comment please.....