Konco-konco ku

Wednesday, July 3, 2013

SELANGOR PINDA AKTA!! LARANG JUAL ARAK MURAH, ARAK MAHAL OK!!

SEMALAM dalam sidang DUN Selangor, Adun Seri Andalas, Xavier Jayakumar mencadangkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya meminda hukum arak. Kerajaan negeri diminta untuk mengharamkan penjualan arak murah dan PBT atau Polis diberi kuasa menahan individu yang meminum minuman keras di tempat awam.

Agak kelakar dengan akhbar Sinar yang keluar hari ini. Semalam pun Facebook Jawa Bernam telah menaikkan isu ini dan mendapat respon yang agak hangat dikalangan pengguna facebook sama ada dari pihak pro-BN atau pakatan.

Ya! HARAM kan arak murah, HALAL kan arak mahal seperti jenama yang punyai kilang besar di Selangor!

Xavier kalau berani cadangkan lah kepada kerajaan negeri supaya menutup terus kilang-kilang arak yang semakin berleluasa di negeri Selangor tanpa mengambil kira arak MURAH atau pun arak MAHAL.

No comments:

Post a Comment

comment please.....