Konco-konco ku

Wednesday, August 28, 2013

PANAS!! BARU ADA KUASA SEDIKIT, BILIK GERAKAN BN HENDAK DIROBOHKAN!!

SALINAN surat yang meminta Majlis Daerah Sabak Bernam supaya merobohkan bilik gerakan BN yang selama bertahun-tahun telah menjadi pusat mesyuarat dan pusat aktiviti penduduk sekitar Parit 13, Sungai Panjang. Ini lah perangai sebenar pemimpin pakatan yang selama ini mereka agong-agongkan.

Baru menang dan punya sedikit kuasa, sudah menggunakan kuasa veto untuk memusnahkan semua harta milik BN yang selama ini mereka berbulu tengok. Inilah jadinya apabila Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, dan Pembangunan Desa yang juga ADUN Sabak yang baru menang mula berlagak dan riak dengan kuasa yang baru sekejap diberikan oleh Allah.

Tak sampai 100 hari lagi dia menduduki kerusi ADUN Sabak, semua benda nak dikacau. Semua benda nak buat pembaharuan kononnya.

Dengan alasan untuk membina 2 pintu lot kedai di atas tanah yang sekarang ini terbina bilik gerakan BN, beliau menggunakan kuasanya sebagai exco kerajaan negeri supaya YDP MDSB menurut perintah nya jika tidak mahu ditukarkan ke daerah lain.

Perkara ini sudah disahkan dan pada bila-bila masa sahaja kerja-kerja meroboh akan dilakukan.

Apa yang boleh kita buat?? Diam jela... Selangor bukan milik BN lagi.....

1 comment:

  1. Ape nak buat.. lebih baik tumpukan pau dari tengok benda macam nie.. jawatan lebih penting dari segalanya...

    ReplyDelete

comment please.....