Konco-konco ku

Tuesday, September 24, 2013

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB KECEWA BEKAS SETPOL SANGGUP CABAR BELIAU!!

DITANYA wartawan AgendaDaily siang tadi berkenaan pertandingan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera antara penyandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Datuk Azizan Che Omar yang juga bekas Setiausaha Politik beliau, Ismail Sabri berkata beliau amat kecewa dengan tindakan bekas Ketua Pemudanya itu kerana ia boleh diibaratkan anak lawan bapak.

Itulah antara rentetan corat-coret pemilihan UMNO pada kali ini. Lawan boleh jadi kawan. Kawan boleh jadi lawan. Pada saat inilah baru kita semua dapat menilai dan melihat siapa lawan, siapa kawan. 

Adat dalam pertandingan, ada menang ada kalah. Tetapi jika yang menjadi pencabar punyai masalah besar dan berani pula hendak melawan bekas boss nya sendiri, sendiri mahu ingat lah derrr.....

Sebagai salah seorang pemimpin politik yang sudah lama bergiat dalam politik, sepatutnya beliau tiada yang berani mencabar waima di peringkat bahagian. Tetapi mungkin kerana dendam Azizan terhadap Ismail Sabri menyaksikan umpama pertandingan ini bagaikan pertandingan membalas dendam.

Mungkin Azizan lupa dengan jasa dan bakti Ismail Sabri yang pernah menyelamatkan beliau dari dikenakan tindakan oleh Majlis Peguam atas kesalahan menggelapkan wang anak guam beliau. Mungkin juga ada dendam kesumat yang masih belum terlunas dek kerana Melayu ini memang sejajarnya penuh sifat hasad dan dengki.

Jadi yang menjadi kemusykilan apa motif Azizan menentang Ismail Sabri??

3 comments:

  1. UMNO adalah Parti Yang Demokrasi.. Lawan je la..takan nak YES SIR..YES SIR... Kita Kena "BERANI BERUBAH".... relaks la bro....

    ReplyDelete
  2. Assalam Bro

    Macamana nak berubah... lawan sikit ungkit... lawan sikit tak kenang budi... kalau macam tu tak payah adakan pilihan... pegang aje jawatan samapi mati... orang lain nak pegang jawatan tunggu dia mati... baru tak bole nak ungkit... Mesti ada sebab lawan tokey ya tak... yes man zaman 60 aje bole hidup... sekarang bole blah....

    ReplyDelete
  3. Kena cabar dh goyang.berani kerana benar takut sbb salah.lawan

    ReplyDelete

comment please.....