Konco-konco ku

Wednesday, September 4, 2013

SAIFUDDIN NASUTION ADIK SAHLAN AKHIRNYA MASUK KERJA JUGA DI SUK!!!

SETELAH merajuk hampir 2 bulan akhirnya Setiausaha Agong PKR ini masuk juga ke dalam pejabatnya yang mana beliau adalah Ketua Staff di Pejabat Menteri Besar Selangor. Semalam, 3 September 2013 merupakan detik bersejarah apabila Saifudin membuang egonya mendengar arahan MB Selangor, Khalid Gagap.

Ini berikutan tuntutannya supaya Faekah Husin yang juga Setiausaha Politik MB Selangor diberhentikan kerana tidak suka berada dan melaporkan kepada anak dara tua tersebut. Setelah Faekah melepaskan jawatannya, maka Saifuddin bersetuju untuk melaporkan diri pada semalam selepas lewat lapor diri yang sepatutnya bermula 1 Julai yang lalu.

Macam-macam hal rupanya adik Sahlan, Pengarah Strategik PM ni. Sebijik macam abangnya, tak boleh nak kurang sikit, tak boleh nak susah sikit, selagi boleh bodek bos selagi tu la nak juga apa yang dihajatkan. Dunia.. Dunia..

No comments:

Post a Comment

comment please.....