Konco-konco ku

Thursday, October 31, 2013

GEMPAR!! KADAR TOL DALAM KAWASAN SHAH ALAM BAKAL NAIK!!!

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menguatkuasakan syarat baru bagi pemegang konsesi lebuh raya supaya membayar lesen perniagaan bagi pondok tol di bawah seliaan kawasan perbandaran tersebut bermula 1 Januari depan.

Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan Datuk Bandar MBSA Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, ia akan membolehkan MBSA mengutip sekurang-kurangnya RM218,000 setahun dalam bentuk kutipan bayaran bagi lesen pondok tol.

Beliau juga menyebut, langkah itu melibatkan sepuluh plaza tol dan 218 pondok kutipan bayaran tol.

“Sepuluh lokasi plaza tol berkenaan ialah konsesi Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (Guthrie),” katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau menjelaskan, kadar itu meliputi bayaran lesen RM1,000 untuk setiap pondok bagi tempoh setahun, RM150 untuk iklan bercahaya tidak melebihi 8 meter persegi dan RM15 untuk setiap meter persegi tambahan.

Tambahnya, kadar lesen untuk iklan tidak bercahaya dengan keluasan tidak melebihi 8 meter persegi ialah RM200 dan RM20 untuk setiap tambahan meter persegi.

Beliau dilaporkan berkata demikian dalam mesyuarat bulanan MBSA kali kesepuluh tahun ini.

P/S: Kerajaan negeri Selangor di bawah DAP dah habis duit bawak pergi PRK Sungai Limau ke?? Tak kisah la kalau naik pun.. Rakyat Selangor sendiri yang pilih...

3 comments:

  1. Nah..ambik kau..pilihan sendiri...tanggung la sendiri

    ReplyDelete
  2. Apa kata Penasihat Kewangan Negeri yang bergaji RM 1 tu? Dah kosong beno ke kantong kewangan Negeri???

    Semaklah dulu perjanjian perlaksanaan tol.... awak ade ke kuasa ke atas tanah yang telah jadi Lebuhraya tu....jangan komen dan hebahkan ikut sesuka hati....

    ReplyDelete

comment please.....