Konco-konco ku

Tuesday, December 24, 2013

#SELANGORKU : KERAJAAN NEGERI SELANGOR AMBIL KESEMPATAN NAIK HARGA LESEN!!

KETIKA negara Malaysia dirundung dengan pelbagai kenaikan harga keperluan seperti minyak dan barangan keperluan lainnya, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran DAP dan pakatan mengambil peluang yang sedia ada dengan menaikkan lesen perniagaan sehingga 180%.

Sesuatu yang tidak masuk akal apabila kerajaan negeri melaungkan kenaikan harga barang hingga sanggup berdemo membantah dan mahu gulingkan kerajaan Malaysia namun hakikatnya negeri Selangor di bawah kuasa DAP dan pakatan bagai menangguk di air yang keruh dengan turut sama menaikkan kos sara hidup rakyat Malaysia dan Selangor khususnya.

Kalau betullah nak membela rakyat, kenapa pada masa kini tidak dikurangkan sahaja nilai lesen perniagaan di Selangor supaya para peniaga tidak menaikkan harga barang berdasarkan kenaikan lesen mereka?

Sepatutnya kerajaan DAP dan pakatan Selangor yang dikatakan membela nasib rakyat prihatin dengan implikasi kenaikan lesen perniagaan ini terhadap pengguna di Selangor. 'Check & Balance' dari kerajaan negeri DAP dan pakatan diperlukan saat ini bukannya turut sama menaikkan harga lesen.

Salah siapa sebenarnya semua ini terjadi???

No comments:

Post a Comment

comment please.....