Konco-konco ku

Sunday, December 21, 2014

ROSYAM NOR BENGANG!! KEDAI HAMLEYS DI ONE UTAMA RASIS!!

PANAS sejak beberapa hari lepas apabila dalam laman twitter milik pengarah, penerbit, pelakon dan pelagak ngeri terkenal Datuk Rosyam Nor @IamRosyam memuatnaik satu status yang menggemparkan semua pihak dan semua rakyat Malaysia.

Dikatakan, anak perempuannya yang memakai tudung menjadi mangsa discriminasi pihak kedai Hamleys yang menjual permainan kanak-kanak. Anak kepada Rosyam boleh bekerja di kedai tersebut tetapi dengan syarat kena buka tudung time bekerja.

Memang KURANG AJAR!! Namun tak hairan apabila Rosyam bercakap sendiri sedemikian. Umpama sudah menjadi barah di Malaysia apabila discriminasi terhadap wanita Islam berhijab tidak diterima kerja oleh mana-mana majikan Cina.

Aku pun bercakap berdasarkan perkara yang pernah terjadi kat adik perempuan aku sendiri yang mencari kerja sementara selepas tamat belajar.

Adik aku ni pernah jugak cari keje di Empire Shopping Center, Subang. Hampir semua kedai yang beliau masuk untuk minta kerja secara walk-in menolak hanya kerana my sis BERTUDUNG!

Ya! ini bukan fitnah atau hear-say dari orang lain. Inilah REALITI di Malaysia!

Sedangkan orang Melayu yang baru menghantar resume untuk minta kerja pun ditolak mentah-mentah, ini kan pula orang Melayu yang minta kerja secara walk-in. Lebih-lebih lagi apabila bertudung.

Bukan sekali atau dua perkara ini berlaku malah acapkali.

Tak percaya? Cuba try walk-in sendiri di pasaraya-pasaraya besar.....

Tuesday, December 16, 2014

DAP HARUS KELUAR PAKATAN JIKA TOLAK HUDUD PAS!!

RETAK menanti belah apabila parti dalam pakatan secara berterusan bercakaran antara satu sama lain.

Jika sebelum ini PKR terus menghentam Pas kerana tidak setuju atas pencalonan Wan Jijah sebagai MB Selangor.

Kali ini Pas sekali lagi menjadi mangsa buli apabila DAP memyarankan agar Pas keluar dari pakatan jika masih mahu meneruskan perlaksanaan hudud selepas mereka memerintah Malaysia.

Baru-baru ini pula, Pas secara tegas memberi amaran kepada DAP supaya meninggalkan pakatan jika tidak setuju dengan hudud yang ingin dilaksanakan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Nik Amar mengeluarkan kenyataan itu atas sikap DAP yang dilihat semakin biadap terhadap rakan sekutu mereka sendiri.

Kita tunggu dan lihat sahajalah permainan dan drama pakatan.

Kita lihat samada Pas berani bertindak atau hanya flip flop seperti biasa apabila disergah oleh DAP.


Posted via Blogaway

LESEN MEMANCING! MENTERI PUN TERKEJUT!

TERKEJUT! Itulah luahan kata Menteri Pertanian apabila diajukan dengan pertanyaan yang disifatkan tidak masuk akal yang sedang hebat dan viral di media sosial.

Mengikut surat yang diedarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), setiap pemancing akan dikenakan lesen memancing sebanyak RM10 seorang untuk setahun.

Para pemancing tegar sudah pasti marah dengan berita ini sebab secara tiba-tiba Pegawai LKIM mengenakan bayaran lesen untuk memancing sedangkan sebelum ini tidak pernah dibuat.

Inilah yang aku katakan dulu, pegawai kerajaan seperti inilah yang merosak dasar yang dibuat oleh kerajaan. Pegawai macam ni lah sebenarnya yang merosakkan reputasi kerajaan Malaysia.

Namun kini segalanya sudah jelas. Menteri Pertanian, DS Ismail Sabri pun dah keluarkan kenyataan di laman media sosialnya. Beliau sendiri pun tidak dimaklumkan oleh Pengarah LKIM sendiri.

Jadi, cukuplah mengviralkan perkara yang tak jelas. Menteri pun minta lesen memancing ini dibatalkan dengan serta merta.


Posted via Blogaway

Sunday, December 14, 2014

DAP TERUS UGUT PAS TOLAK HUDUD JIKA BERJAYA MEMERINTAH MALAYSIA!!

SEDIA maklum yang sejak dari dulu lagi malah bagaikan penyakit keturunan apabila DAP secara konsisten dalam pendiriannya untuk menolak hudud yang dibentangkan oleh Pas.

Perkara ini bukannya baru malah sejak zaman Kit Siang lagi hudud ditolak. Malah sejak Pas belum menjadi ANJING DAP lagi memang parti anti-Islam ini menolak segala hukum atau undang-undang yang diutarakan oleh Pas.

Tapi sayang, Pas masih lagi sudi menjadi ANJING kepada DAP atas dasar Tahaluf Siyasi yang dibina semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Melayu Islam di Malaysia.

Baru-baru ini sekali lagi Guan Eng secara lantang menolak HUDUD yang bakal dibentangkan oleh Pas Kelantan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri akan datang.

Bersama dengan amaran dan ugutan kepada Pas, Pas WAJIB tolak hudud jika mahu melihat parti DAP, PKR dan Pas memerintah Malaysia.

Guan Eng juga berkata Pas harus akur dengan arahan DAP kerana Pas hanyalah sebagai penumpang dalam gabungan parti pembangkang dan tidak punyai suara majoriti jika hendak dibandingkan dengan DAP dan PKR.

Itu pun pemimpin Pas masih belum sedar dengan penghinaan yang diberikan oleh DAP. Malah pemimpin Pas masih lagi senyum dan berjalan bersama dengan DAP walaupun Hadi Awang dihina sebegitu teruk!

Entah tak tau nak kata apa lagi. Tapi yang pasti Pas nampak sangat menjadi ANJING suruhan DAP jika mereka tak bersuara untuk meneruskan pembentangan HUDUD di Kelantan.

Wednesday, December 10, 2014

EXCO DAP SELANGOR BAWA SAMSENG DATANG MERU!!

MARAH betul Adun Pas Meru, Rani apabila rakyat dalam kawasan Meru marah-marah pada Adun ini kerana dikatakan ada seorang Exco Selangor yang datang dan masuk dalam kawasan Meru tidak memberitahu yang beliau nak datang.

Malah Exco yang juga Adun DAP Kota Alam Shah turut membawa segerombolan samseng bersama beliau bagi menyelesaikan masalah perobohan kuil di Meru.

V. Ganabathirau yang juga Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin & Pekerja Ladang menuduh Abdul Rani mengarahkan agar kuil yang berusia 100 tahun itu dirobohkan oleh kerana tidak mendapat kelulusan daripada PBT.

Maka, kerana itulah Exco DAP ini turun tanpa memberitahu kepada Rani bagi menyelesaikan sendiri masalah tersebut.

Nampaknya semakin hebat pergaduhan antara pakatan dalam Selangor. Secara konsisten DAP terus menggasak Pas untuk melihatkan yang Pas adalah sebuah parti yang lemah dan tidak punya kuasa dalam kerajaan negeri Selangor.

Oleh itu pelbagai strategi telah dipasang oleh DAP khususnya bagi memperlihatkan yang Pas hanya layak menjadi anjing dan tidak punya apa-apa kepentingan bersama dalam pakatan di Selangor.

Tuesday, December 9, 2014

TAHNIAH ZAHID HAMIDI!! BERANI BATALKAN PASSPORT BLOGGER LUCAH!!

SETELAH menunggu begitu lama untuk melihat Kementerian Dalam Negeri bertindak atas perbuatan penghinaan oleh Alvin Tan, akhirnya menterinya DS Dr. Zahid Hamidi berani menyahut cabaran rakyat Malaysia yang sudah muak dengan penghinaan Alvin.

Rasa sudah lama tak menulis pasal Zahid bukan tak ada cerita tapi sebab beberapa perkara yang dilihat Zahid Hamidi bagaikan takut dengan pembangkang.

Persetankan dengan semua kata-kata pembangkang. Apa yang penting rakyat didahulukan sepertimana slogan yang diungkapkan oleh Perdana Menteri.

Jangan sebabkan sorang dua rakyat Malaysia yang mencabar perundangan kerajaan Malaysia, KDN takut nak ambil tindakan.

Beribu malah berjuta-juta lagi Rakyat Malaysia yang mahukan perlaksanaan akta yang telah digubal digunapakai.

Akta Hasutan tidak akan ditarik balik, maka aku menyerulah kepada Ahli Parlimen Bagan Datoh ini supaya berani bertindak. Kuatkuasakan undang-undang sedia ada.

Cukup-cukuplah dengan AMARAN sejak dari dulu lagi.....

Kalau setakat beri amaran walau seribu kali sekalipun namun tiada tindakan umpama menyiram air ke daun keladi.

Air tak tumpah, daun tak layu......

BUDIMAN, SHUKOR CALON GANTIAN TOK SAM?? - MyKMU

Mengenali secara sepintas lalu Ahli Dewan Undangan Sungai Burong, Dato Shamsudin Lias, perletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor semalam bukanlah satu kejutan besar.

Bekas Pegawai Daerah yang bertanggungjawab membantu Barisan Nasional merampas DUN Sungai Burong dari tangan Pas pada 2004, Shamsuddin terkenal dengan kelembutan dan kemesraan tetapi tegas sikapnya.

Justeru apabila beliau mengumumkan menolak jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Negeri Selangor kerana merasakan ditipu oleh Kerajaan Negeri persoalan perletakan jawatan sudah boleh dijangka. Apabila Speaker Dun Selangor, Hanna Yeoh mencabar beliau melepaskan jawatan tersebut, maka beliau tiada masalah melepaskannya.

Bagi Shamsudin, tindakan kerajaan negeri mengubah peruntukan dengan mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC, namun mengekalkan majoriti besar ADUN Kerajaan Negeri dalam jawatankuasa tersebut adalah tidak masuk akal dan cuba menjadikan beliau sebagai boneka mengesahkan apa sahaja perbelanjaan kerajaan negeri.

PAC Negeri bakal mengandungi 2 ADUN BN dan 5 ADUN Pakatan tidak akan memberi apa-apa erti dengan perlantikan beliau sebagai Pnegerusi.

Namun persoalan lebih menarik ialah siapakah bakal Ketua Pembangkang yang baharu akan dicadangkan oleh Barisan Nasional menggantikan Shamsudin Lias?

Empat nama yang disebut-sebut sebagai calon Ketua Pembangkang yang baharu ialah ADUN Jeram, Amiruddin Sutero, ADUN Kuang (Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor), Shukor Idrus, ADUN Sungai Panjang Budiman Mohd Zuhdi dan ADUN Hulu Bernam, Rosni Sohar.

Apakah BN Selangor bakal membuat kejutan memilih wanita sebagai Ketua Pembangkang yang baharu sebagai satu langkah menawan semula Selangor atau memberi peluang kepada muka baharu, Budiman Mohd Zuhdi.

Rosni terkenal sebagai seorang penggerak jentera yang cekap dalam Wanita UMNO Malaysia, manakala Budiman pula semakin dikenali dengan kekuatan pidato dan kemampuan intelektual.

budimanBudiman merupakan wakil rakyat yang menempelak calon Menteri Besar Selangor, Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang DUN yang lalu kerana berucap tidak mengikut peraturan Dewan.

Bagaimanapun, Budiman dan Rosni merupakan wakil rakyat penggal pertama yang belum biasa dengan sepak terajang politik Pakatan yang telah berpengalaman.

Jika ini diambil kira Shukor Idrus atau Amirudin harus dilantik sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu dengan Budiman atau Rosni dilantik sebagai Timbalan secara tidak rasmi bagi memberi pengalaman dan pengetahuan yang lebih.

Namun BN akan membuat kejutan lebih besar jika mengosongkan jawatan Ketua Pembangkang tersebut selagi peruntukan mewajibkan Ketua Pembangkang menjadi Pengerusi PAC secara otomatik tidak dimansuhkan atau ditukar korum PAC kepada 5 BN dan 2 PR. - MyKMU

Monday, December 8, 2014

AL-FATIHAH! PERGINYA SEORANG PENJIWA MELAYU!!


TRIBUTE BUAT ALLAHYARHAM DATO FUAD HASAN

Fuad bin Hassan Azahari
Anak seorang ahlul quran, guru segala qari
Tertanam nur alquran  dalam empunya diri
Di zaman muda bangkit dia membela  pertiwi
Ketika remaja lainnya mabuk tari menari

Ketika teman sebaya berkereta dan berjas lawa
Dia melempar ijazah membuka sekolah swasta
Menolong anak Melayu tercicir tidak terbela
Meski terpaksa bersarapan jam dua
Di warung sekolah yang di dirinya, Yayasan Anda

Fuad Hasan mungkin tidak terkenal 
Sepertinya Anwar ibrahim teman seperjuangan asal
Namun sumbangannya jangan dipersoal
Kerna kita sendiri pun belum tentu dapat kekal
Dapat Terus berjuang sepertinya sampai ajal

Warga PKPIM mustahil tidak tahu,
Fuad Hasanlah penghulu mereka sewaktu waktu
Ke hulu ke hilir membuang waktu
Tanpa meminta  upah, tiada diberi wang saku
Tetap tegar berjuang tidak sekadar guru
Membela generasi pelajar agar maju
Mengerah anak muda bangkit bersatu
Memurni peribadi umat, hidup harus berilmu

Pendokong ABIM mustahil lupa,
Fuad Hasanlah sekretaris mereka 
Mengilik fail merata rata
Menyiap laporan membentang kertas kerja
Menghantar ABIM ke persada dunia
Bekerja dia dan terus dia bekerja 
Tak tahu mana yang ABIM mana Yayasan Anda
Semua kerja di pulun belaka 
Kerna cintanya mendakwah Agama
Memertabat  bangsa mengharumkan negara

Warga MBM tentu masih ingat
Betapa Fuad Hasan menumpahkan keringat
Mengemudi gerakan belia agar bersemangat
Berpidato berhujjah berdialog hangat
Memprotes kezaliman di seantero tempat
Dengan hasrat dan cita cita tersemat
Martabat insan harus diangkat
Misi keadilan harusnya misi keramat
Generasi muda mesti  di angkat darjat
Jangan dibiar pemimpin belia kepala berulat
Kerna nantinya  umat akan tersesat
Minda terjajah hidup melarat.

Fuad Hasan adalah pejuang masyarakat
Di gelanggang  politik terus berkhidmat 
Tak kiralah wadah apa yang dia minat
Bukankah tampak dia terus berbuat
Membawa kebaikan mendatangkan manfaat
Usahlah diungkit caranya yang kita tak minat
Kerna kita pun bukanlah sempurna amat

Fuad Hasan sejak dulu memang Perkasa
Nampak macam sombong, tapi sangat berbahasa
Tiada lain dalam dirinya selain menumpah jasa
Pada agamanya , negaranya dan bangsa bangsa
Kerrna itulah ...
Dia disayangi Tuhan Yang Maha Esa
Memanggilnya pulang tepat masa
Ketika dia menjadi khalifah qabilah BerJASA

ALFATIHAH

Friday, December 5, 2014

#RCISABAH : ANWAR CUBA JADI HERO, TAPI TAK BERANI BERDEPAN!!

KECOH bab isu Suruhanjaya Siasatan Di-Raja berkenaan dengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah.

Kecoh jugaklah pembangkang mainkan peranan menghasut rakyat Sabah agar kerajaan persekutuan sedia ada memberikan kerakyatan kepada warga negara jiran Sabah. Dengan alasan itulah maka terciptanya ayat prejudis bahawa rakyat Sabah yang mengundi BN adalah bukan warganegara.

Itu apa yang diucapkan dalam ceramah-ceramah oleh penghasut tegar pakatan.

Namun satu kemusykilan apabila semenjak Anwar masih dalam kerajaan, malah pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri malahan pernah menjadi Perdana Menteri sementara.

Persoalannya kenapa tidak ada tindakan dari Anwar SEMASA menjadi Perdana Menteri?

Tutup cerita bab pertama dari aku....

Akan datang aku sambung lagi....

Thursday, December 4, 2014

PENYELARAS DUN PAS SOKONG DAP JADI TIMBALAN SPEAKER!!

TIDAK berapa terkejut apabila ada juga ahli Pas yang menyokong DAP. Apa nak dihairankan apabila Presiden Pas sendiri mengaku yang dalam Pas ada BROKER & BARUA.

Selepas reda sedikit isu perebutan kerusi Menteri Besar antara Pas dan PKR.

Kini timbul pula isu yang turut melibatkan Pas.. DAP menuntut kerusi Timbalan Speaker daripada Azmin yang sepatutnya diberikan kepada Pas namun tidak dipersetujui oleh DAP.

Jadi, tidak hairanlah apabila seorang pemimpin Pas yang juga Penyelaras DUN Sg. Air Tawar yang dahulunya kecewa kerana tidak dapat menjadi calon PRU13 mengeluarkan sokongannya terhadap DAP.

"APA SALAHNYA DAP MINTA TIMBALAN SPEAKER"

Itulah yang diperkatakan oleh bekas cikgu yang dibuang ini kerana terlalu taksub dengan politik hingga dibawa ke sekolah.....

Inilah yang Hadi Awang katakan... BARUA & BROKER DAP dalam PAS!!!

Wednesday, December 3, 2014

DAP JANGAN JADI GILA KUASA REBUT HAK PAS!!

PEREBUTAN kerusi Timbalan Speaker antara Pas dan DAP semakin meruncing apabila Suee Lim selaku calon yang kalah bagi merebut kedudukan tersebut dalam Sidang DUN Selangor terus bertegas mahu Pas berundur dan memberikan kerusi tersebut kepada DAP.

Sallehen Mukhyi semalam sekali lagi memberi amaran kepada DAP supaya jangan jadi GILA KUASA nak merebut hak Pas yang telah diberikan oleh Azmin selaku timbal balik penarikan satu kerusi Exco Selangor daripada Pas.

Pelik apabila DAP beriya-iya nak kan kerusi Timbalan Speaker hinggakan kalau tak dapat mahu Azmin wujudkan satu lagi kerusi Timbalan Speaker II hanya untuk DAP.

Dengan alasan yang diberikan oleh Suee Lim, DAP menyokong apa-apa sahaja keputusan PKR dalam pemilihan Menteri Besar semasa krisis MB sebelum ini.

Walhal, Pas tidak setuju dengan perlantikan Wan Azizah sehinggakan masih setia dengan Khalid walau telah dipecat dari PKR.

Drama berepisod ini akan berterusan selagi DAP tidak dapat apa yang dikehendaki.

Dan percayalah, DAP akan terus istiqamah dalam mendapatkan Malaysia dan seterusnya menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan apa cara sekalipun......


Tuesday, December 2, 2014

#MANIFESTO PR!! SEMUA JANJI PRU HANYALAH UNTUK TIPU RAKYAT SELANGOR!!!

KETAWA besar aku bila baca surat khabar hari ini. Akhirnya Azmin Ali pun mengaku yang memang pakatan Selangor dasar PENIPU RAKYAT!!

TIADA BIASISWA MENTERI BESAR!!!

Memang benar, janji PRU sebelum menang di Selangor hanyalah omong kosong pakatan Selangor yang sejak dari dulu hingga sekarang masih lagi menipu RAKYAT!!

Rupanya Biasiswa MB memang tak pernah dibincangkan dalam Jabatan Perbendaharaan negeri.

Sejak dari zaman Khalid menjadi MB 2008 lagi, memang janji nak beri biasiswa kepada rakyat Selangor tak pernah diutarakan pun dalam mesyuarat pentadbiran.

Kini segalanya sudah terbongkar dan dibongkarkan sendiri oleh Azmin bekas rakan karib Khalid.

Itu belum lagi bongkar janji manifesto yang lain macam elaun surirumah, elaun warga tua ataupun hadiah masuk universiti.

Dasar Penipu Rakyat (PR)!!!

Monday, December 1, 2014

DAP ANTI PAS!! SEBAB SEBENAR NG SUEE LIM BERTANDING TIMBALAN SPEAKER!!

AZMIN Ali pernah berjanji pada DAP jika rancangan untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim daripada kerusi MB Selangor dan Azmin berjaya menggantikan tempat Khalid, maka DAP telah dijanjikan untuk diberikan 4 kerusi Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada DAP atas usaha mereka.

Jadi, itulah sebabnya tiba-tiba DAP mencadangkan nama Adun DAP Sekinchan untuk merebut kerusi Timbalan Speaker DUN Selangor daripada Adun PAS Bangi. 

Walaupun Azmin telah berjanji untuk memberikan kerusi Timbalan Speaker kepada PAS setelah mengurangkan kerusi Exco, namun kerusi tersebut menarik minat DAP oleh kerana Azmin mungkir janji.

15 Adun DAP, 15 Adun PAS dan 13 Adun PKR.

Namun, Exco PKR pula yang lebih banyak daripada parti yang menang kerusi banyak.

Apa pun yang pasti, jika benar DAP menghormati Tahaluf Siyasi yang dibentangkan oleh PAS dalam pakatan, pasti DAP akan memberi laluan mudah tanpa pertandingan untuk kerusi Timb Speaker.

Sekarang sudah jelas yang DAP memang anti dan benci dengan PAS Selangor.

Saturday, November 29, 2014

ANWAR RASUAH ANIFAH AMMAN RM100 JUTA KELUAR PARTI!!

SEMAKIN lama, semakin banyak Allah nak tunjuk siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Katanya telus, katanya bebas rasuah, katanya berintergriti namun hakikat yang sebenarnya hanya rakan-rakan yang pernah bekerja dengan beliau sahaja tahu siapa Anwar sebenarnya.

Tidak hairan apabila ramai pemimpin PKR yang satu masa dulu bersama-sama Anwar kononnya melawan kerajaan akibat pemecatan Anwar dari kerusi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Satu lagi bukti yang Anwar lah BAPAK RASUAH!!

Hanya nak melunaskan cita-citanya sebagai Perdana Menteri, Anwar sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa!

Hanya kerana nafsu dan mabuk kuasa, Anwar sudah jauh terpesong daripada landasan Islam yang sebenar....

Mari kita cabar Anwar.....

Jika kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Luar ini adalah satu fitnah kepada Anwar, maka Anwar WAJIB saman Anifah Aman....

Jika tidak... Maka benarlah yang ANWAR BAPAK RASUAH MALAYSIA!!!!

#PAU2014 : FARHANA BAKAL BLOGGER UMNO LUAR NEGARA!!!

TERBAIKLAH ucapan adik kita sorang ni. Nur Farhana bt. Mohd Anuar. Pelajar jurusan perubatan, wakil Kelab UMNO Luar Negara dari Kelab UMNO Moscow.

Berani kehadapan menyahut cabaran dalam membahaskan usul ucapan Presiden UMNO sempena PAU2014 yang sedang berlangsung.

Gunakanlah kesempatan ini untuk berbakti. Jangan terlalu banyak menghentam jentera dalam negara kerana adik tak faham apa yang sedang dihadapi oleh barisan blogger dalam UMNO.

Jika adik bercita-cita nak jadi Young Blogger (YB) or what so on lah... Teruskan... 

Tapi yang sudah pasti lepas ni adik akan glamour habis sampai Menteri bakal mencari adik untuk dijadikan SETPOL atau Pegawai Khas....

Tak percaya? Tunggu habis belajar....

Sebabnya memang dah menjadi adat pemimpin UMNO melantik pelajar lepasan universiti luar negara untuk dijadikan orang kanan.

Mahasiswa dalam negara hanya dipandang sepi.. Jadi tak mustahil lah kalau ramai mahasiswa dalam negara yang jadi pembangkang....

Tapi rasanya tidak perlulah nak jadi 'HEROIN' dalam soal mempertahankan DS Rosmah Mansor hingga menghina blogger-blogger yang sedia ada...

Tak patut dik.... Memang betul tak patut....

Pengalaman mengajar kita... Tapi sikap pemimpin UMNO sendiri yang meminggirkan blogger pun kena dikaji... 

Malas nak cakap banyaklah, adik Farhana habiskan belajar dulu... Balik Malaysia jadi blogger.. Kalau betul-betul ikhlas nak tolong UMNO lah....

Teruskan dengan niat murni... 

Friday, November 28, 2014

LAGI GERAI MAKAN MILIK MELAYU DIROBOHKAN DI PULAU PINANG!!

MENGUCAP panjang apabila satu lagi musibah menimpa umat Melayu di Pulau Pinang. Selepas beberapa perkampungan tradisional Melayu dirobohkan, kini satu lagi sumber pendapatan orang Melayu di Pulau Pinang ditutup dengan kejam.

Sebuah gerai makan kecil yang dimiliki oleh orang Melayu telah dirobohkan oleh rejim DAP Pulau Pinang. Gerai yang telah diusahakan lebih 15 tahun di Jalan Sungai Dua berhampiran dengan USM ini dikatakan telah dirobohkan oleh askar rejim DAP Pulau Pinang.

Apalah dosa peniaga Melayu ini diperlakukan sebegitu rupa.

Benarlah kata seorang pemimpin Melayu di Pulau Pinang, DAP nampaknya semakin rakus mahu menghalau orang Melayu keluar daripada Pulau Pinang.

Bukan sahaja perkampungan Melayu dihapuskan, malah gerai yang tidak seberapa turut dimusnahkan. Asal namanya Melayu pasti Guan Eng berbulu mata melihat mereka di kawasan pulau.

Bertabahlah umat Melayu di Pulau Pinang. Aku percaya satu masa nanti semua orang Melayu terutama di dalam pakatan haram akan sedar akan perkara ini.

Ini adalah penghapusan etnik ala rejim Israel yang diamalkan untuk menenggelamkan kewujudan kaum lain.

Pertahankanlah hak kita sebagai Melayu!

Wednesday, November 26, 2014

DAP BANTAH PENAMAAN SEMULA JALAN KL MENGGUNAKAN NAMA RAJA MELAYU!!!

SEPERTI biasa, kalau dah dasar keluar dari oven RASIS sampai ke kiamat pun tak berkesudahan dengan sikap rasis dan chavaunist puak-puak penjilat komunis ini.

DAP. Sebuah parti RASIS sudah pasti tidak duduk diam dengan penamaan semula jalan-jalan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bakal ditukarkan dengan nama-nama Raja yang pernah ditabalkan sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Dengar ura-ura Ahli Parlimen DAP akan membawa perkara ini ke Dewan Rakyat untuk mempertikaikan penggunaan nama YDP Agong di sekitar KL memandangkan majoriti penduduk di KL adalah orang bukan Melayu.

Satu versi lagi apa yang disampaikan oleh seorang rakan, DAP akan membawa usul untuk turut mengenakan nama pemimpin dari kaum-kaum lain memandangkan Malaysia adalah sebuah negara untuk semua kaum, bukan untuk MELAYU sahaja.

Namun, apa-apa pun kita tunggu dan lihat benar atau tidak dakwaan orang ramai ini.

Tuesday, November 25, 2014

GEMPAR!! KEPALA BABI DIJUMPAI DI KOLAM TAKUNGAN AIR!!

SATU kepala BABI HUTAN yang telah di potong dijumpai oleh beberapa orang pemancing di dalam tasik atau lebih tepat lagi kolam takungan air yang disalurkan kepada seluruh penduduk negeri Selangor sekitar Utara Selangor.

Penemuan memeranjatkan ini didakwa di Rasa, Hulu Selangor. Tidak dapat dikenalpasti angkara siapa namun yang pasti perkara seperti ini amat memualkan bagi pengguna-pengguna air di seluruh utara Selangor.

Bukan itu sahaja, isi perut binatang menyondol ini pun ditemui di gigi air tasik ini.

Entah apa lagi musibat yang menimpa umat Islam di Selangor. Dulu kepala babi dicampak di dalam surau oleh sekumpulan puak anti-Islam. Kini, mereka menggunakan taktik baru pulak supaya air yang digunakan oleh umat Islam tercemar dengan najis mughallazah ini.

Nak harapkan kerajaan negeri pun dah bersekongkol dengan puak anti Islam ni. Sudah pasti puak ini akan mengatakan yang air ini dirawat dan sudah pasti dikatakan air ini suci lagi menyucikan.

Nasiblah jadi orang Islam di Selangor yang semakin hari semakin hilangnya rasa hormat puak kafir ini kepada orang Islam.

Namun apa boleh buat. MB sendiri pun mengangguk tanpa bantahan demi undi dari puak kafir ini.


Monday, November 24, 2014

PAU2014: ANTARA HANTU RAYA VS HANTU AIR DI PWTC!!

MENJELANG Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang telah pun bermula pada hari Sabtu yang lepas nescaya pasti ramai pemerhati-pemerhati politik tidak kira dari dalam mahupun luar parti yang sudah memberikan sedikit komentar dan nasihat kepada para perwakilan dan pemimpin yang hadir.

Perkara ini sudah menjadi lumrah pada setiap kali perhimpunan agung Umno. Jadi, tiada apa yang hendak dihairankan apabila beberapa individu dengan lantang menulis dan sedikit mengusik para perwakilan yang hadir tidak kira dari ceruk mana sekalipun.

Dengan pandangan peribadi yang diluahkan samada daripada Ridhuan Tee Abdullah, Zaharin Mat Yasin mahupun penganalisa politik universiti/swasta, aku tertarik dengan artikel sinis yang ditulis penggerak media sosial yang tidak lekang dengan ucapan panas lagi memedihkan telinga ini.

Siapa lagi kalau bukan Sanggah Tok Janggut.

Kali ini bukan hendak meminta para perwakilan supaya bermuhasabah atau minta para perwakilan serius atau so on, so on... Sanggah Tok Janggut berterusan bercakap tentang Biro Tata Negara yang dikatakan sudah jauh lari daripada matlamat asal penubuhan.

'TIDAK  ada orang lain yang lebih gembira menanti tarikh PAU tahun ini melainkan Raja Arif Raja Ali,Ketua Pengarah BTN dan mungkin telah berpasang-pasang  baju melayu ditempah mengalahkan perwakilan dan Ketua UMNO Bahagian ataupun ahli MKT kerana untuk tempoh sepanjang PAU ini Raja Arif  akan menjadi lebih UMNO daripada  seluruh pemimpin  dan ahli UMNO yang ada.... baca lagi di SINI...

GEMPAR!! NASKAH AL-QURAN DIPIJAK KUDA PULAK DALAM TOKONG CINA!!

BELUM sepi cerita bakar Al-Quran di sebuah tokong di Kedah, kini cerita naskah Al-Quran pula ditemui di sebuah tokong kecil di Taman Sentosa, Klang.

Lebih teruk lagi apabila naskah Al-Quran ini dipijak dengan kuda mini yang berada di dalam tokong sambil membawa 'Tuhan' mereka.

Hidup 1 Malaysia!

Orang Islam sudah tidak kisah kalau berlaku perkara macam ni sebab Pas dah doktrinkan otak orang Melayu untuk tunduk terus dengan orang Cina sebab kita semua sama.

Tidak terkejut pun sebab Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin pun sokong Cina Komunis.

Perkara ini disedari oleh kakitangan JUPEM yang sedang mengukur jalan di sekitara Taman Sentosa, Klang ini.



TAHNIAH!! KETUA PEMBANGKANG TERIMA KERETA RASMI! #BajetDefisit #S14

SHAH ALAM – Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh hari ini mengumumkan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsuddin Lias diberikan elaun tetap bulanan sebanyak RM3,000.

Selain itu, Shamsuddin juga diberikan sebuah kenderaan rasmi, bayaran untuk elaun pemandu dan seorang setiausaha kerja setaraf dengan penjawat awam Gred 54.

Kerajaan Selangor turut memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta bagi memberi peruntukkan sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap 12 orang wakil rakyat BN mulai tahun depan.

Semasa membentangkan belanjawan 2015 hari ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, peruntukkan itu diberi bagi tujuan Program Mesra Rakyat serta meningkatkan khidmat wakil rakyat kepada rakyat dan menjamin prinsip demokrasi.

Selain wakil rakyat BN, ADUN Pakatan turut mendapat peruntukkan yang ditambah iaitu sebanyak RM700,000 setahun. - Selangor Press

SIDANG DUN SELANGOR: NG SUEE LIM CABAR PAS REBUT KERUSI TIMBALAN SPEAKER!!

Sebelum ini kita sedia maklum bahawa jawatan Timbalan Speaker Dun Selangor akan diserahkan kpd PAS berikutan kuota exco utk Pas dikurangkan 1 kerusi. 

Hari ini dun Selangor bersidang. Tak semena-mena tiba2 shj DAP mencalonkan Adun DAP Sekichan sbg Timbalan Speaker berlawan dgn Adun PAS Bangi.

Akhirnya Adun Pas menang dgn mendapat 28 undi dan Adun Dap hanya dpt 14 undi. Apa yang berlaku hari ini menunjukkan sebenarnya tiada keikhlasan antara mereka. Musuh Pas kini bukan sahaja Umno, malah DAP pun dah bermusuh dgn mereka.

Teringat kata2 seorg pemimpin PAS. Kita rela makan babi bersama DAP drp minum teh tarik bersama Umno. Nah, sekrg pergilah makan babi bersama DAP.

AZMIN WAJIB SIASAT KENAPA PERLU PAMPASAN RM2.6 JUTA KEPADA BEKAS STAFF KHALID!!

BETAPA beruntungnya menjadi staff atau pekerja Menteri Besar Incorporated (MBI) semasa pentadbiran Khalid Ibrahim. Pampasan yang diberikan kepada bekas pekerjanya sudah memadai untuk mereka meneruskan kehidupan tanpa perlu bekerja.

Azmin pula baru-baru ini menafikan tidak memberikan sebarang pampasan kepada staff Khalid Ibrahim kerana ianya bernilai agak tinggi hingga melibatkan RM2.6 juta bagi 8 orang pegawai kanan Khalid Ibrahim.

Walaubagaimanapun, Azmin selaku MB Selangor yang baru perlu siasat perkara ini kerana senarai nama dan pampasan yang diterima dibocorkan oleh orang dalamnya sendiri.

Namun percayalah, sudah pasti Azmin akan terus menutup mulut tentang perkara ini sebab mahu dilihat PKR sebagai sebuah parti yang bersih namun hakikatnya penuh korap dan rasuah.

Alangkah elok jika 2.6 juta yang dibazirkan kepada bekas pegawai Khalid ini digunakan untuk  pembangunan di Selangor.

Masih banyak lagi bangunan usang yang perlu dibaikpulih. Masih banyak lagi infrastruktur yang mahu tumbang kerana tiada penyelenggaraan sejak dari zaman Khalid lagi.

Siasatlah.....

Friday, November 21, 2014

GEMPAR!! AL-QURAN DIBAKAR DI TOKONG CINA!!

Berkenaan Isu Bakar Al-Quran. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, seorang lelaki bersama seorang Anak kecil pergi memberitahu kepada Pengurus Supermarket Billion bahawa terdapat individu sedang membakar Al-Quran di tempat ibadat mereka.

Atas makluman itu,pengurus Supermarket pergi dan melihat sama ada laporan itu betul atau tidak.

Ternyata ianya betul, terdapat keratan Al-Quran di dalam tempat pembakaran Ibadat cina. Beliau terus menghubungi pihak polis. Antara Agensi yang hadir, Jabatan Agama Islam, Unit Forensik IPK Kedah, Unit Forensik(Bomba), Pegawai Penyiasat dari IPD Kota Setar, RKS dan lain-lain.


Bagaimana pun siasatan masih dijalankan dan belum ada sebarang makluman kepada pihak media berkaitan keputusan siasatan ini.

Suspek kes bakar tidak dapat dikenal pasti, memandangkan tiada siapa yang mengaku terlibat dengan kes ini 

Kaum Cina yang berdekatan menafikan bahawa mereka terlibat melakukan perbuatan tersebut, namun polis mengsyaki kemungkinan besar mereka yang melakukan perbuatan keji ini, sebenarnya memuja nombor ekor. - Sebastian Phiu

*Perbuatan bakar Al-Quran ini memang tak boleh dimaafkan. Walaupun niat untuk menikam nombor ekor di Tokong Cina namun tidak perlu sampai membakar Al-Quran. Hormati agama Islam, jika mahu oran Islam hormat agama kamu.



Thursday, November 20, 2014

#KempenSenyap CHEGU BARD: XAVIER PATUT DIPECAT SEPERTI KHALID!!

ISU panas yang menyerang PKR sejak semalam apabila Chegu Bard mendedahkan beberapa dokumen dan surat akuan sumpah berkenaan perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baru menggantikan Khalid yang dipecat daripada parti.

Baru satu surat yang didedahkan oleh Chegu Bard. Adun PKR Seri Andalas, Xavier Jayakumar dikatakan menarik balik sokongan beliau kepada Wan Azizah sebelum ini tanpa apa-apa paksaan.

Xavier dalam surat akuan sumpahnya juga memberitahu yang surat sokongan kepada Wan Azizah sebelum itu dibuat atas dasar paksaan oleh pihak pemimpin atasan PKR.

Jadi, jika mengikut undang-undang yang dikenakan kepada Khalid, seharusnya Xavier juga WAJIB dipecat juga daripada PKR kerana tidak menyokong pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Chegu Bard semalam juga memberitahu yang PKR tidak telus dengan undang-undang yang dibuat oleh mereka sendiri apabila mempunyai 2 hukuman berbeza yang dikenakan kepada ahli parti.

Kita tunggu apa jawapan Xavier dalam menangkis serangan terbaru dari Chegu Bard ini.

PANAS!! FAEKAH DIBAYAR RM585,000 OLEH AZMIN UNTUK TUTUP MULUT!!

SENARAI BAYARAN PAMPASAN DITERIMA KAKITANGAN KHALID IBRAHIM

1. Berikut maklumat yang kami terima berhubung bayaran pampasan terhadap 8 orang kakitangan bekas MB Selangor yang berhenti secara sukarela.

2. Sejumlah melebihi RM 2 juta wang Selangor telah dikeluarkan untuk bayaran pampasan yang tidak masuk akal.

3. Mereka semua menerima 30 % dari gaji bulanan yang dikali dengan bulan perkhidmatan.


3.1) RAHIMAH BINTI KAMARUDDIN 
PEGAWAI KOORDINASI MB SELANGOR

GAJI BULANAN RM 11, 000 X  67 BULAN . TERIMA PAMPASAN - RM 221,100


3.2) FAEKAH BINTI HUSIN 
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MBI

GAJI BULANAN RM 39,000 X 50 BULAN. TERIMA PAMPASAN - RM 585,000. 


3.3) ARFA'EZA BINTI ABD AZIZ
SETIAUSAHA AKHBAR MB

GAJI BULANAN RM 18,000 X 77 BULAN. TERIMA PAMPASAN - RM 415,800


3.4) ROHANI BINTI DATUK TALIB
KETUA PEGAWAI OPERASI MBI

GAJI BULANAN RM 24,000 X 65 BULAN. TERIMA PAMPASAN RM 475,200


3.5) MUSTAFA TALIB
SETIAUSAHA POLITIK MB

GAJI BULANAN RM 10,000 X 78 BULAN . TERIMA PAMPASAN RM 234,000


3.6) DR SULAIMAN MASRI
PEGAWAI KHAS KOMUNIKASI

GAJI BULANAN RM 8000 X 65 BULAN . TERIMA PAMPASAN RM 156,000


3.7) ABDUL HALIM MOHD YUSOF
PENGURUS PENYELIDIKAN EKONOMI

GAJI BULANAN RM 10,000 X 50 BULAN. TERIMA PAMPASAN RM 150,000


3.8) TUAN NAZURI ISMAIL
PEGAWAI AKHBAR

GAJI BULANAN RM 6000 X 55 BULAN.TERIMA PAMPASAN RM 97,200.


4. Mengikut penghantar emel kepada kami,mereka tidak layak menerima bayaran pampasan tersebut.Mereka kakitangan kontrak. Mereka yang memilih untuk berhenti kerja.Bukan diberhentikan. Sekiranya mereka layak sekali pun bayaran 30 % daripada gaji bulanan terlalu tinggi.

5. Penyelewengan telah berlaku.Mohon SPRM siasat perkara ini.

Wednesday, November 19, 2014

"AZMIN JANGAN JADI HIPOKRIT!" - CHEGU BARD

GANAS! Nampaknya selepas dibuang daripada PKR baru-baru ini, Badrul Hisham atau Chegu Bardot semakin lantang bersuara mempertikaikan gerak kerja Azmin sebagai MB baru yang menolak pentadbiran Khalid Ibrahim.

Kata Chegu Bard dalam sidang media petang tadi mengatakan yang Azmin hanya layak menjadi badut dalam kerajaan negeri kerana hanya gila glamor dengan membuat pelbagai aksi-aksi bodoh yang tidak ada bezanya dengan pentadbiran Khalid sebelum ini.

Walaupun janji Azmin adalah untuk membawa perubahan kepada Selangor namun segala keputusan yang sebelum ini dibuat oleh Khalid contohnya berkenaan isu air dan Kidex masih lagi sama tanpa sebarang perubahan.

Nampaknya Azmin sendiri tidak boleh berbuat apa-apa tentang isu yang cuba ditentangnya satu masa dulu khususnya dalam isu penswastaan air dan pembinaan lebuhraya bertol Kidex.

Nampaknya benarlah, Azmin mengkhianati Khalid hanya kerana sifat ingin balas dendam kerana Khalid pernah membuang beliau bersama konco-konconya dalam PKNS.

Selepas ini, kem PKR pula akan retak menanti belah selepas Pas semakin hilang nyawa dalam pakatan.

YB BUDIMAN DIBATALKAN JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI!!

PERTAMA kali dalam sejarah apabila seorang wakil rakyat dibatalkan jemputannya sebagai perasmi dalam sebuah majlis sekolah. Tanpa menggunakan tiket politik, jemputan yang sepatutnya diterima oleh YB Budiman sebagai perasmi dibatalkan pada saat-saat akhir kerana tekanan yang diterima oleh pihak sekolah daripada pihak atasan.

'Dukatcita dimaklumkan bahawa pihak kami terpaksa membatalkan jemputan tuan sebagai perasmi di majlis Hari Kecemerlangan Pelajar dan Khatam Al-Quran 2014 Sekolah Rendah Agama Sungai Haji Dorani disebabkan tidak mendapat kebenaran daripada Pejabat Pendidikan Islam Daerah Sabak Bernam.'

Itu antara isi kandungan surat.

Bagaikan ada tangan ghaib yang menidakkan peranan wakil rakyat untuk mendekati rakyat kawasannya sendiri.

Namun hakikat yang pasti, kerajaan negeri takut dengan kehadiran YB Budiman dalam majlis-majlis seumpama ini. Apa rasionalisasinya perbuatan khianat sebegini?

Lihat sahaja Nik Nazmi yang sepatutnya menjaga kawasan Seri Setia namun terlepas hingga ke Sungai Besar hanya semata-mata menghadiri majlis yang sama di SRA Ehyaul Falah, Sungai Besar.

Kenapa tidak diberikan sahaja amanah ini kepada pemimpin setempat?

Mana YB Salehen Mukhyi yang juga Adun Sabak? Adakah masih ada dendam tersirat Adun PKR ini kepada Adun Pas yang menyokong Khalid Ibrahim tempoh hari?

Sama-sama lah fikirkan....

TIBA GILIRAN HADI DI SERANG OLEH DAP!!

JIKA satu masa dahulu Hasan Ali yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor pernah diserang bertali arus oleh rakan-rakan dalam pakatan berkenaan rampasan arak sebelum dipecat daripada parti. Selepas itu, Nasaruddin Isa yang dihentam teruk oleh Pas sendiri dengan sokongan dan dokongan DAP dan PKR.

Kini tiba giliran Hadi Awang pula diserang oleh pembenci Islam dalam pakatan.

Hanya kerana tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR, Hadi Awang teruk dibelasah oleh DAP dan barua-barua DAP dalam Pas yang semakin membiak.

Hanya kerana tidak bersetuju dengan keputusan DAP yang dilihat merugikan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia ini, Hadi Awang difitnah dengan seteruk-teruknya.

Hanya kerana tidak bersetuju Wan Azizah dilantik menjadi MB Selangor, Hadi Awang dikutuk oleh ahli Pas sendiri hingga dua Adun Pas Selangor turut menyatakan protes dengan menyokong Wan Azizah.

Hanya kerana ceramah politik yang dibuat secara rambang, Hadi Awang diheret ke mahkamah oleh bekas calon Adun PKR Terengganu kerana tidak berpuas hati menuduhnya pengedar pil kuda.

Ya! Zaman Hadi Awang semakin kelam. Zaman yang kononnya pemerintahan ulamak sudah semakin gelap kerana di dalam Pas sendiri sudah berpecah antara golongan barua (profesional) dan golongan ulama'.

Kesian. Pas ini hanya mampu bertahan disebabkan DAP dan PKR. Jika Pas kembali menyendiri sudah pasti akan seperti dahulu.

Pasma sudah menyediakan jenteranya untuk terus bersama pakatan jika Hadi Awang menarik gear reverse daripada pakatan.

Sedarlah wahai penganut Pas. Pakatan tidak membawa Islam ke mana.

Semakin lama, semakin banyak tuntutan mereka untuk membuang hak keistimewaan orang Melayu.

Sedarlah.

Monday, November 17, 2014

AJARAN DAP!! SI KAFIR SUDAH SEMAKIN HILANG HORMAT PADA ISLAM!!

SABAN tahun, saban hari pasti ada sahaja isu-isu yang melibatkan penghinaan terhadap umat Islam di Malaysia ini. Umpamanya agama Islam di Malaysia hanyalah tertakluk sebagai agama rasmi negara dan tidak perlu dihormati apalagi difahami oleh orang lain terutama individu beragama lain.

Benar! Negara ini masih mengamalkan kebebasan bersuara dan beragama tetapi rasanya tidak perlunya hingga bebas berceramah dan bebas keluar masuk ke dalam surau dan masjid tanpa menutup aurat.

Politic is politic! 

Jangan campur adukkan antara politik dan agama! Jika Pas mahu gunakan surau atau masjid untuk berceramah politik kita tidak berapa hairan namun apabila si kafir yang tidak langsung menghormati surau dan masjid dengan berseluar pendek dan tidak menutup aurat maka ini sudah melampau.

Bawani, ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mana Pas menolak kemasukan parti tersebut ke dalam pakatan baru-baru ini telah memberikan ceramah menghina kerajaan Malaysia di dalam sebuah surau di Sintok, Kedah.

Ini ekoran daripada siri jelajah mahasiswa yang dianjurkan oleh Fahmi Zainol, Presiden Pelajar Universiti Malaya setelah di halau oleh pelajar dan pihak pengurusan Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini.

Malah, niat sekumpulan pelajar untuk menghasut pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam siri jelajah menyokong Anwar tidak juga berjaya kerana turut dihalang oleh pihak pengurusan UUM.

Oleh kerana itu jugalah mungkin kumpulan pelajar yang belum habis belajar ini membuat keputusan menggunakan sebuah surau di Sintok, Kedah yang berdekatan dengan institusi pengajian tinggi ini untuk memberikan ceramah dan ucapan penuh hasutan kepada pelajar-pelajar lain.

Siapa penghasut? Siapa pemecahbelah pelajar?

Tepuk dada, tanya hati.

Thursday, November 13, 2014

KELANTAN BANYAK KES HIV SEBAB SEBELAH GOLOK!!

KELAKAR apabila Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga AJK Pas Pusat memusingkan fakta ke atas kes HIV yang semakin berleluasa di Kelantan.

Kenyataannya baru-baru ini yang menuduh Selatan Thailand seperti Narathiwat sebagai penyebab utama kenapa kes HIV semakin meruncing di Kelantan adalah bersifat prejudis.

Bagaikan tiada alasan kukuh lain yang boleh difikirkan selain menuding jari kepada orang lain malah lebih teruk kepada negara jiran yang mana 90% penduduk Narathiwat adalah beragama Islam.

Meletakkan kesalahan kes HIV ke atas negara sempadan ini menunjukkan yang anak kepada Nik Aziz ini sudah habis idea untuk mempertahankan kerajaan negeri Pas yang kononnya serambi Mekah.

Nik Abduh bagaikan hilang punca selepas diasak oleh wartawan berkenaan kadar peningkatan membimbangkan kes HIV/AIDS di negeri Kelantan, malah menduduki tangga kedua selepas Selangor.

Tapi, memang dasar Pas memang macam tu. Tak dapat nak bagi jawapan walaupun memang salah negeri sendiri terus tuding jari kat orang lain.

Lebih buruk apabila menuduh Thailand sebagai negara penyumbang HIV di Kelantan hanya kerana bersempadan dan dipisahkan dengan sungai Golok.

Fitnah dan Pas memang tak dapat dipisahkan...

MENJELANG 50 HARI PENTADBIRAN MB SELANGOR BARU - BUDIMAN ZOHDI

PADA 12 November lalu telah lebih 50 hari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali memegang jawatan Menteri Besar (MB) Selangor setelah mengambil alih daripada penyandangnya sebelum ini, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Satu peralihan kuasa dalam pentadbiran kerajaan negeri yang boleh dianggap sebagai paksaan kerana Abdul Khalid dipaksa meletak jawatan setelah dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana tidak sehaluan dengan kepimpinan parti itu.

Mungkin sesetengah orang menganggap tempoh itu tidak memberi apa-apa signifikan. Ada yang menganggap masih terlalu awal, terlalu muda untuk melihat keberkesanan kepemimpinan Mohamed Azmin.

Namun, bagi sebilangan besar rakyat Selangor tempoh berkenaan menjadi kayu pengukur terhadap prestasi, keberkesanan dan keikhlasan Mohamed Azmin sebagai MB selain mahu melihat apakah limpahan kemakmuran yang boleh dirasai di bawah pentadbiran negeri yang baharu ini.

Dalam tempoh tidak sampai 100 hari itu apakah nikmat kemakmuran yang dibawa dan dilaksanakan oleh Mohamed Azmin kepada rakyat Selangor? Apakah program-program khusus yang telah diumumkan oleh MB berkenaan yang mampu memberikan berita gembira kepada seluruh rakyat setakat ini? Nampaknya tidak ada lagi.

Walaupun masih baharu memegang jawatan itu, tetapi sekiranya benar Mohamed Azmin ada idea dan wawasan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Selangor, dalam tempoh 50 hari ini sudah tentunya beliau sudah dapat memberi bayangan mengenai corak pembangunan yang mahu dilaksanakan yang bakal memberi manfaat besar kepada rakyat Selangor di bawah kepimpinannya.

Apabila Abdul Khalid berundur, rakyat sudah tentu mahu melihat idea yang lebih bersinar, yang lebih terang serta yang lebih mantap daripada Mohamed Azmin.

Jika tidak, apa gunanya PKR bersusah-payah menyingkirkan Abdul Khalid. Apa yang jelas dapat dilihat, MB sekarang ini hanya meneruskan pelaksanaan program sedia ada. Mohamed Azmin hanya meneruskan perancangan dan idea-idea daripada pentadbiran Abdul Khalid sebelum ini.

Ini termasuklah meneruskan perjanjian air dan pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex). Sedangkan kedua-kedua perkara itu telah dijadikan sebagai alasan oleh PKR untuk menggulingkan Abdul Khalid sebagai MB sebelum ini.

Kita tidak tahu apakah keputusan Mohamed Azmin meneruskan kedua-dua projek tersebut kerana wujudnya kesedaran MB itu terhadap masalah sebenar rakyat Selangor ataupun sekadar hipokrasi politik untuk menjatuhkan bekas MB sebelum ini.

Tidak ada siapa boleh menafikan bahawa Mohamed Azmin telah terlibat secara langsung dalam pentadbiran Selangor setelah menjadi ADUN Bukit Antarabangsa.

Beliau menang kerusi tersebut dalam dua pilihan raya umum masing-masing pada tahun 2008 dan 2013. Malah, beliau juga merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor yang sudah tentunya mempunyai saluran terus dalam menyuarakan pandangannya dalam pentadbiran negeri ini sebelum ini.

Ini bermakna, Mohamed Azmin sudah sedia maklum mengenai pentadbiran Selangor termasuklah masalah-masalah yang sebenar dihadapi oleh rakyat negeri ini. Beliau ada pengalaman, ada pengetahuan dan tahu selok-belok dan masalah dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Dengan pengalaman dan pengetahuan yang ada itu sepatutnya telah menyediakan asas yang cukup baik untuk beliau merancang projek dan program sebaik sahaja dilantik menjadi MB.

Sekarang beliau menjadi MB dan tidak ada alasan bagi beliau menunggu terlalu lama apatah lagi membuat penilaian keadaan bagi melaksanakan dasar baharu untuk rakyat negeri ini.

Walaupun MB yang baharu ini cuba menggambarkan dirinya serta mahu bekerja seperti Presiden Indonesia, Joko Widodo atau ’Jokowi’ dengan mengambil pendekatan lebih banyak turun padang, namun beliau sebenarnya tidak boleh lari atau terlepas daripada ‘dibelenggu’ dengan janji-janji pada pilihan raya umum sebelum ini.

Sebagai contoh dalam soal pendidikan, pada pilihan raya umum lalu, pakatan pembangkang memancing hati rakyat supaya menyokong mereka dengan menawarkan pendidikan percuma selain membatalkan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditanggung oleh graduan lepasan pengajian tinggi.

Adakah janji itu ditunaikan? Atau sekadar menanam tebu di bibir pada musim pilihan raya? Kenapa janji ini tidak dibangkitkan lagi oleh pakatan pembangkang yang telah memenangi beberapa negeri termasuklah di Selangor ini?

Mengapa janji ini tidak dilaksanakan di Selangor khususnya melibatkan para pelajar di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri, Universiti Selangor (Unisel) ataupun membiayai yuran setiap anak-anak Selangor yang melanjutkan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Akhirnya, persoalan itu terjawab dengan sendirinya setelah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad pada 5 November lalu mengakui sendiri bahawa bukan mudah untuk menyediakan pendidikan percuma seperti yang dijanjikan oleh parti yang diwakilinya sebelum ini. Hujah Nik Nazmi dengan pendapatan kerajaan negeri sekitar RM2 bilion maka kerajaan negeri tidak mampu memberikan pendidikan percuma berdasarkan implikasi kewangan.

Melihat daripada jawapan Nik Nazmi itu mungkin bolehlah dianggap bahawa janji pendidikan percuma pakatan pembangkang kepada rakyat Selangor sebelum ini hanyalah omong-omongan kosong sekadar mahu mendapat undi semata-mata tanpa ada asas perkiraan yang tepat. Memang tidak bertanggungjawab.

Nampak sangat para pemimpin PKR ini membuat janji tanpa menilai adakah mereka mampu menunaikannya. Mereka ini sekadar cakap lepas.

Apabila membicarakan mengenai manifesto pakatan rakyat pada pilihan raya umum yang lalu, ia mungkin boleh dikira sebagai garis panduan dasar pentadbiran pakatan pembangkang yang mana dalam konteks Selangor, maka MB sedia ada sudah tentu secara automatiknya tertakluk kepada dasar-dasar serta janji-janji yang digariskan dalam manifesto tersebut.

Begitu juga dalam soal pengangkutan awam, berdasarkan manifesto pakatan pembangkang untuk Selangor pada pilihan raya umum lalu, mereka menjanjikan untuk membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Shah Alam.

Malah, janji itu termasuklah menyediakan pengangkutan awam percuma dan mesra pengguna di kawasan Shah Alam, Subang Jaya, Klang, Petaling Jaya dan Kajang.

Hakikatnya, janji-janji itu sama nasibnya dengan pendidikan percuma, kelihatan tiada satu pun dilakukan oleh kerajaan negeri. Justeru, Mohamed Azmin dalam saat-saat kegembiraannya menduduki jawatan MB, jangan sesekali buat-buat lupa akan janji itu.

Jangan ingat rakyat Selangor ini pelupa, mereka mungkin tidak bersuara sahaja. Pentadbiran negeri tidak boleh berlandaskan pada pendekatan retorik semata-mata. Jumpa di Sidang DUN Selangor bermula 24 November 2014.

PENULIS ialah Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional Selangor

Tuesday, November 11, 2014

TAHNIAH PAS!! ATAS SOKONGAN KEPADA PONDAN!!

GEMPAR satu Malaysia apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya membuat keputusan membenarkan lelaki berpakaian wanita. Ini secara tak langsung menguatkan lagi kemunculan kaum Nabi Luth di Malaysia.

Atas pengiktirafan ini, maka bersoraklah geng-geng Anwar Ibrahim yang bakal menghuni penjara tidak lama lagi.

Benarlah katanya, jika Anwar (gay) masuk penjara maka akan muncul ribuan Anwar (gay) di Malaysia yang ingin memerintah negara.

Yang lebih menghairankan apabila satu masa dulu seorang pemimpin daripada Pas yang juga AJK Pas Pusat begitu lantang menolak golongan LGBT ini sehingga dibawa ke Muktamar Pas agar menolak golongan ini, namun hari ini orang itu jugalah yang berdiri paling hadapan meraikan kemenangan golongan ini di mahkamah.

Hebat Hanifa Maidin (Sepang) dan Khalid Samad (Shah Alam) yang bersungguh-sungguh mempertahankan golongan laknat Allah ini.

Benarlah kata Ustaz Kamaruzzaman (Pas Wilayah Persekutuan) dalam wacana di Unisel baru-baru ini bahawa Pas sudah rosak apabila ada segelintir pemimpinnya yang sudah terpesong jauh daripada landasan Islam dan matlamat Pas.

Semoga kita dijauhkan daripada bala Allah.

Tuesday, November 4, 2014

DEWAN ULAMA' PAS JAHILKAN RAKYAT HAKIM NEGARA! #Justice4Saiful #S14

KESIAN tengok penyokong-penyokong Anwar yang sedang berhimpun di Putrajaya sekarang ini. Malah ada yang tak balik rumah pun sejak 5 hari lepas sebab nak tunggu Anwar keluar dari mahkamah dan pulang dengan kemenangan.

Tapi ramai yang tak tahu, pemimpin PAS ramai yang dah meluat dengan permainan Anwar yang sanggup mempergunakan rakyat semata-mata untuk politik jubur Anwar.

Betul jugak apa yang diucapkan oleh Ustaz Mokhtar daripada Dewan Ulama' Pas Pahang.

'Islam memang hak semua tapi menetapkan hukum adalah hak ULAMA'

'Ubat memang hak semua pesakit, tapi menentukan ubat dan rawatan adalah hak PAKAR FARMASI'

'Undang-undang hak semua rakyat, tapi menjatuhkan hukum adalah hak HAKIM'

Ustaz Mokhtar mendakwa yang penyokong Anwar dok gatal hentam ulamak tetapi jangan lah sampai nampak JAHIL dan JAHAT!!

Mungkin sebab geram dengan tindakan dan kenyataan oleh orang PKR selama ini yang kerap menghentam Pas terutama dari Dewan Ulamak yang tidak menyokong perbuatan Anwar meliwat Saiful.

Malah tak kelihatan pun pemimpin Pas semasa prosiding mahkamah Anwar meliwat!

Bibit-bibit perpecahan antara parti dalam pakatan sudah semakin besar.....

Semoga Pas kembali sedar yang selama ini mereka hanya digunakan untuk kepentingan Anwar dan menutup liwat Anwar!

#Justice4Saiful

Monday, November 3, 2014

PANAS!! UPTOWN SHAH ALAM RUPANYA SENGAJA DIBAKAR!!

KES Uptown Shah Alam masih lagi terus menjadi tanda tanya. Adakah benar kebakaran di Uptown Shah Alam adalah kerana berpunca daripada litar pintas sehingga meranapkan lebih 200 gerai?

Atau adakah ada sabotaj daripada pihak yang mempunyai kepentingan atas kebakaran ini?

Rakan-rakan di Shah Alam mempunyai versi ceritanya sendiri dengan penyaksian daripada pemilik kedai di Uptown Seksyen 24 ini.

Mengikut kata mereka, Uptown Shah Alam sengaja di litar pintaskan (dibakar) kerana memberi laluan kepada pembinaan rumah kos mewah di belakang pasar tersebut.

Rumah mewah Divina PKNS @ Seksyen 24 berharga lebih RM400,000 seunit. Dengan suasana yang tenang di sebelah kolam ikan dan bersebelahan dengan hiruk pikuk pasar hingga larut malam membuatkan pemaju ataupun orang berkepentingan untuk mensunyikan kawasan elite tersebut.

Dengan jarak lebih kurang 200 meter daripada Uptown Shah Alam, adakah berbaloi kepada pembeli rumah mahal ini untuk mendapatkan suasana yang tenang seperti yang mereka harapkan?

Sudah tentu TIDAK selagi Uptown Shah Alam terus berpenghuni....

Jadi, bagi menyelesaikan masalah bising hingga ke subuh di belakang rumah mereka... pihak pemaju iaitu PKNS mungkin telah mengupah beberapa orang untuk melakukan kerja-kerja sabotaj.

Tidak mustahil lah kiranya Adun Batu Tiga, Rodziah Ismail membuat kenyataan yang sudah lama pihak kerajaan negeri hendak memindahkan Uptown tersebut kerana tanah yang mereka menjalankan aktiviti berniaga adalah tanah haram.

Jadi kesimpulan yang boleh dibuat adalah, pihak PKNS sengaja mensenyapkan belakang kawasan elite ini sebelum para pembeli berpindah ke sini.

Untuk makluman juga 80% pembeli rumah elite ini adalah kaum Cina. Malah disekelilingnya adalah rumah pangsapuri dan teres yang dihuni oleh 90% kaum Melayu sejak dulu lagi.

Gunakan otak untuk berfikir.....

PAS SABAK BERNAM KECEWA PERUNTUKAN JETI NELAYAN DIBERI KEPADA DAP SEKINCHAN

WALAUPUN lawatan Menteri Besar Selangor ke Sabak Bernam telah 2 minggu berlalu namun pahat masih lagi berbunyi. Rupanya ada yang tidak berpuashati dengan tindakan Azmin Ali atas peruntukan yang diberikan kepada Daerah Sabak Bernam.

Soksek warung kopi di sekitar Bagan Nakhoda Omar (BNO), Sabak Bernam terus bercerita pasal sikap berat sebelah Azmin terhadap orang Melayu di Sabak Bernam.

Peruntukan bagi membina dan membaikpulih jeti yang bernilai RM60juta yang sepatutnya diturunkan kepada jeti nelayan BNO di bawah kelolaan PAS Dun Sungai Air Tawar dipindahkan ke jeti nelayan Bagan Sekinchan di bawah kuasa DAP.

Ini yang membuatkan PAS Sungai Air Tawar berasa terkilan dengan keputusan Azmin sehinggakan sebahagian ahli Pas memboikot kunjungan Azmin ke Sabak Bernam.

Peruntukan RM60 juta yang sepatutnya disalurkan kepada nelayan Melayu dengan keadaan jeti yang semkin uzur dan hampir roboh dipejamkan mata sahaja oleh Azmin kerana dilihat Dun Sungai Air Tawar dan Parlimen Sabak Bernam sukar untuk dirampas daripada UMNO.

Oleh kerana itulah peruntukan sebegitu besar adalah lebih bermanfaat kepada nelayan Cina di Sekinchan kerana Ng Suee Lim menjaga orang Cina berbanding PAS yang tidak menjaga pengundi Melayu di Sungai Air Tawar.

Bajet yang diturunkan oleh Azmin termasuk membaikpulih jeti serta membina semula JETI HARAM dan akan diluluskan pembinaannya oleh kerajaan negeri.

Nampaknya Pas terus dianaktirikan oleh kerajaan negeri Selangor. Mungkin sebab sebelum ini Pas menyatakan pendirian untuk menyokong Khalid Ibrahim, jadi tidak mustahillah Azmin membalas dendam dengan tidak melayan apa-apa pun permintaan Pas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...