Konco-konco ku

Thursday, March 27, 2014

SELANGOR BAKAL TERIMA MENTERI BESAR SELANGOR BARU!!

SPEKULASI pertukaran Menteri Besar Selangor terus mendapat minat rakyat Selangor apabila perkara itu dibangkitkan semula selepas Jijah memenangi kerusi Dun Kajang pada 23 Mac yang lalu. Ini berikutan cakap-cakap belakang yang didengari sendiri daripada beberapa orang pemimpin kanan Majlis Pimpinan Negeri seperti Azmin dan Zuraida yang mahukan Khalid diturunkan daripada kerusi Menteri Besar.

Jijah sebelum ini menegaskan yang beliau tidak akan menduduki kerusi MB bagi menggantikan Khalid namun cakap politik siapa yang boleh pakai. Seperti juga ayat Anwar sebelum meletakkan calon di Kajang, beliau berkata beliau tidak akan bertanding tapi masih juga meneruskan bertanding di Kajang sebelum dijatuhkan hukuman liwat oleh mahkamah.

Selepas berakhirnya PRK Kajang minggu lalu, Azmin dan Zuraida adalah orang yang beriya-iya mahu memastikan karier politik Khalid ditamatkan lalu digantikan dengan Presiden PKR itu. Khalid juga sudah memberi amaran kepada pemimpin pakatan supaya tidak masuk campur dalam urusan negeri kerana Azmin dan Zuraida tidak mempunyai tempat di SUK.

Dikatakan juga satu usul khas akan dibawa dalam sidang Dun Selangor bulan hadapan antaranya adalah Azmin atau mana-mana kem Azmin akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap Khalid supaya sidang Dun Selangor bersepakat agar Khalid tersingkir dari kerusi MB.

Dendam lama Azmin tidak akan terlangsai selagi Khalid memerintah negeri Selangor. Dengan sokongan yang diterima daripada Zuraida (Ampang) dan Abdullah Sani (Kuala Langat) malah dibantu oleh Rafizi (Pandan), kumpulan Azmin akan terus mendesak Khalid supaya meninggalkan kerusi MB dengan cara terhormat.

Maklumat yang diperolehi lagi, PKR Selangor telah berpecah teruk dengan terbahagi kepada 3 kumpulan. Kumpulan Khalid, kumpulan Azmin, dan kumpulan Rafizi yang masing-masing punyai peranan bagi memutuskan siapa yang layak duduk di kerusi MB.

Sama-samalah kita nantikan apa yang terjadi pada Sidang Dun Selangor bulan April ini.

2 comments:

  1. Biarlah rakyat Selangor menjadi MB bukannya orang luar. Orang luar itu jadilah MB di tempatnya. Sarawak dan Sabah tidak mungkin ada Ketua Menteri yang bukan berasal dari negerinya....

    ReplyDelete
  2. Selangor for Selangorian as Sabah for Sabahan and Sarawak for Sarawakian. MB Selangor adalah Khali bukannya nyonya kipas.....

    ReplyDelete

comment please.....