Konco-konco ku

Sunday, February 8, 2015

PAK SAMAD MINTA HADI & PAS KELUAR DARIPADA PAKATAN!!

PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus berkeras enggan hadir pada mesyuarat Majlis Pimpinan pakatan Rakyat (MPPR) esok.

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata, jika Hadi sudah tidak mahu memberi komitmen pada gabungan itu, PAS wajar 'angkat kaki' dan membiarkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), menggantikan parti itu dalam pakatan. 

Tidak mustahil PAS akan ada anak gantinya. PasMa boleh menyelamatkan dengan bergabung bersama PKR dan DAP. PAS sendiri akan pecah dua.

“Pasma boleh besar. Ia bukan dikira ramai orangnya tetapi mutu orang yang tahu apa yang diinginkan Malaysia dan orang yang mahu asas gabungan ini tumbuh dengan sihat,” katanya kepada sebuah portal berita.

PasMa sebelum ini berkali-kali memberitahu NGO tidak bercadang untuk menjadi sebuah parti politik. Namun sokongan demi sokongan terhadapnya akhir-akhir ini tidak menjamin PasMa kekal sebagai NGO.

PAS terus melancar perang kepada DAP dan terbaru Hadi bertindak membidas Guan Eng sebagai 'tidak berhak memaksa beliau hadir ke mesyuarat Pakatan Rakyat, pada Ahad.

"Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya hadir ke, tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

“Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tidak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” katanya.

Tindakan Hadi itu mengundang kritikan daripada A. Samad.

“Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur,” katanya.

“Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.

“Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab.” - IsuTerkini

6 comments:

  1. Makin menjadi2 org tua ni...
    Ingat nak mati je..x pyhlah sibuk2

    ReplyDelete
  2. dah lah rambut dan jambang berjela jela macam sami kafir masih nak masuk campur pas...orang lain seniman juga tapi taklah menyimpang dari ajaran islam.pi la duduk bertapaa dalam gua sorang2 sebab hang dah macam kafir laknat dah aku tengok!!

    ReplyDelete
  3. orang tua mulut busuk.

    ReplyDelete
  4. Sokongan demi sokongan pd pasma??? Biar betul...ngo bihun sup jer...nk tggu muktamar jer nih...buang ahli2 lajnah pkr sekali...dr tim presiden...ajk2 dan beberapa kerat lg yg lbh syg anuwar dr parti islam

    ReplyDelete
  5. Ideologi mirip sosiolisme. Nak tanya pendapat sasterawan tentang perlaksanaan hudud PAS.

    ReplyDelete
  6. Ini sekor tua kutok nak mampus dah!

    ReplyDelete

comment please.....