Konco-konco ku

Monday, February 9, 2015

PAS SEMAKIN RAPUH!! PENYOKONG PAS MAKI PEMIMPIN PASMA!!

KU sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari. Itulah antara perumpamaan yang sewajarnya diberikan kepada Pas yang kini sedang hebat dilanda perpecahan antara ahlinya.

Semenjak kemunculan Pasma yang mahu menggantikan Pas dalam pakatan, penyokong golongan liberal dalam Pas mula menggerakkan jentera mereka untuk menyingkirkan Presiden, Hadi Awang daripada Pas kerana dianggap sudah tidak relevan dalam situasi sekarang.

Perbincangan antara Hatta Ramli dan beberapa ahli Pasma dalam satu group Whatsapp didedahkan sehingga satu ugutan untuk membunuh Hadi Awang terkeluar.

Namun itu semua tidak mustahil apabila melihatkan situasi yang berlaku sekarang yang mana Pas tidak sebulu dengan Dap yang mahu melaksanakan pilihanraya PBT.

Malah, Dap juga tidak senang dengan cadangan Pas untuk membentangkan hukum hudud di parlimen akan datang.

Oleh kerana percakaran dalam pakatan, tahaluf siyasi yang dicanang sebelum ini nampaknya semakin berat untuk diteruskan.

Apa-apa pun kita bakal menyaksikan Pas bakal keluar daripada pakatan.

2 comments:

  1. Dalam PAS pun ada golongan liberal ingat PKR yang memang 100% liberal, dalam UMNO pun serupa golongan liberal sudah berani bersuara bila isu Islam timbul, Orang Islam nak harap siapa yang boleh bela mereka?

    ReplyDelete
  2. geng liberal dalam umno dah keluar tubuh parti PKR! Umno + Pas sahaja yg dapat kalahkan geng2 liberal dan khawarij ini (PKR + PASMA)

    ReplyDelete

comment please.....