Konco-konco ku

Monday, March 16, 2015

PANAS!! PAS BATU TOLAK KEPIMPINAN HADI AWANG SEBAGAI PRESIDEN!!

Kecewa dan kesal terhadap sikap kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PAS Batu hari ini mengistiharkan untuk bermufarakah dari kepimpinan pusat parti serta meletakkan jawatan mereka.

Perkara ini adalah kerana sikap Presiden PAS, Hadi Awang yang mengenepikan kerjasama dalam Pakatan Rakyat terutama kepada DAP.

"Sebagai parti Islam yang telah lama dalam arena politik tanahair, kami mengisytiharkan bahawa kami bermufarakah daripada kepimpin PAS yang sekarang dan kepimpinan PAS kawasan Batu sehingga PAS kembali bersatu bersama DAP & PKR," kata Ishak Surin, YDP PAS Kawasan Batu.

PAS Batu juga mengambil ketetapan bahawa tidak akan mengadakan mesyuarat PAS samada di peringkat cawangan mahupun bahagian sehingga Hadi Awang tunduk kepada DAP.


2 comments:

  1. Dlm berjama'ah boleh pulak mufarakah mufarakah ? Kalau dah mufarakah tu, kira dah tak ikut jama'ah la.
    Dgn org kapir boleh le pulak agree to disagree, sama sama Islam, konon satu jama'ah boleh mcm tu pulak ?

    ReplyDelete
  2. Keluar PAS dan masuk DAP kan senang... nak bising2 buat apa... dlm DAP lagi senang perjuang kan ISLAM....

    ReplyDelete

comment please.....