Konco-konco ku

Tuesday, September 8, 2015

#DEIG : LEMBAGA ZAKAT SELANGOR NAFI DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP BAYAR ZAKAT??

LEMBAGA Zakat Selangor (LZS) menafikan yang syarikat milik Soffan kroni kepada Azmin Ali tidak mempunyai rekod pembayaran zakat kerana syarikat tersebut baru ditubuhkan dan belum cukup haul untuk membayar zakat.

Jadinya, kenapa dalam mock cheque yang dipegang oleh Sultan Selangor tertera logo DEIG yang memberi zakat kepada LZS berjumlah RM2,500,000.00 dalam satu majlis pada bulan Ramadhan lalu?

Ini yang menjadi persoalan kepada Azmin agar menjawab dengan jujur. Sebenar-benarnya berapa lamakah usia DEIG tersebut?

Kenapa tidak diumumkan kepada rakyat Selangor yang semakin gelisah dengan gerakan menyamun harta rakyat Selangor??

Azmin yang sebelum ini menafikan yang beliau membisu bila diajukan tentang syarikat Sdn Bhd DEIG yang di uruskan oleh kroninya Soffan masih terus membisu untuk menjawab soalan yang kerap dilontarkan oleh YB Budiman, Setiausaha ADUN BN Selangor.

Mohon Azmin menjawab!!!

1 comment:

  1. Dah pecah buyong..
    Lepas ni nak pecah apa lagi..
    Semua ni blaku mungkin atas sebab dan pmintaan penasihat ekonooomiii selgr yang bergaji rm1.00.00.00
    Dia yang rancang semuanya..MB yang laksanakan. Jadi tak heran la duit rakyat nak dikebasnya..
    Rakyat selangor mgkin kata..
    'Oh ya kah,tak apa asalkan kerjaan PR..kerjaan BN tak boleh.".
    Orang lain tak boleh..
    Dia boleh..

    ReplyDelete

comment please.....