Konco-konco ku

Tuesday, April 11, 2017

AZMIN SONGLAP RM8.5 JUTA DUIT RAKYAT KONON BANTU PETANI?

JUMAAT yang lepas, Azmin turun ke Sungai Besar untuk memberi bantuan wang tunai kepada beberapa orang petani yang hadir berjumlah RM8.5juta.

Dengan setiap seorang TUAN TANAH mendapat RM960 untuk setiap lot, maka Azmin berjaya memperbodohkan orang ramai untuk melenyapkan RM8.5juta peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan negeri konon untuk membantu para petani.

Namun perkara yang sebenarnya adalah, hanya sekitar 1,500 orang sahaja yang hadir dalam program tersebut dan bantuan wang diberikan kepada kroni mereka sahaja.

Lebih memelikkan apabila yang menerima bantuan ini adalah dari kalangan petani kaya yang mempunyai berkeping-keping sawah padi sedangkan yang betul-betul memerlukan tidak dijemput pun.

Bayangkan yang dipanggil hadir majlis adalah pesawah-pesawah kaya yang memiliki sehingga 20 lot sawah. 

Kira siapa yang lebih banyak dapat berbanding pesawah yang hanya mengerjakan satu lot sawah sahaja?

Dan, untuk makluman semua, mereka yang dipanggil dan menerima bantuan itu juga bukanlah pengusaha sawah di Sungai Besar. Mereka ini adalah tuan tanah yang telah menyewakan sawah mereka kepada penyewa dengan menerima duit sewa mereka selama lebih kurang 5 ke 10 musim tuaian.

Adakah adil bagi pengusaha yang tidak mempunyai sawah sedangkan mereka ini yang menanggung kerugian dan terpaksa mengeluarkan modal sendiri untuk membeli anak benih baru walhal si tuan tanah seronok menerima bantuan yang diberikan oleh Azmin.

Mohon Azmin ikhlas dan telus dalam memberi bantuan.

Jangan terlepas pandang. Kalau nak bagi bantuan kena tengok betul-betul siapa yang susah. Bukan ikut sedap nak bagi kat siapa.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...