Konco-konco ku

Monday, October 2, 2017

Rafizi Digesa Perjelas Dakwaan Guna Wang Derma RM1.5 Juta Untuk Bayar Gaji Dua Syarikat Miliknya #RafiziBayarRafizi #s14

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail mendesak Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli agar segera memberikan penjelasan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang derma serbanyak RM 1.5 juta yang bukan digunakan untuk membayar saman Perbadanan Fidlot Nasiona (NFC), sebaliknya wang derma tersebut digunakan untuk pembayaran urusan perniagaan dan gaji pekerja untuk dua syarikat yang dimiliki oleh beliau.

Menurut Zein, tindakan Rafizi yang mengutip derma daripada orang ramai dengan alasan untuk membayar denda saman NFC berikutan mahkamah mendapati beliau bersalah memfitnah NFC, dan kemudiannya menggunakan wang tersebut untuk tujuan lain adalah satu tindakan yang tidak bermoral dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang ahli parlimen.

“Saya minta agar Rafizi Ramli segera menjawab isu penyelewengan wang derma sebanyak RM 1.5 juta yang beliau perolehi dari orang ramai atas alasan untuk membayar saman NFC. Ini merupakan satu dakwaan yang serius di mana dakwaan tersebut memperlihatkan bahaw Rafizi telah menggunakan wang hasil derma itu untuk kegunaan dua syarikat yang dimiliki beliau sendiri.

“Jika benarlah dakwaan tersebut, maka boleh saya katakan ini merupakan satu penipuan yang dilakukan oleh ahli parlimen pandan. Nampaknya, Rafizi bukan sahaja bijak menipu dengan fitnah dan tohmahannya, tetapi juga bijak menipu rakyat dengan meminta derma kononnya untuk membayar saman tersebut, sebaliknya secara diam-diam menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadinya.

“Sekiranya perkara ini benar, maka penipuan Rafizi hari  ini bukan sekadar penipuan lisan seperti fitnah dan sebagainya yang selama ini dilontarkan kepada pihak kerajaan, UMNO dan juga Datuk Seri Najib, malah beliau maju setapak ke hadapan dengan penipuan yang melibatkan jutaan wang ringgit rakyat yang terpedaya dengan alasan beliau untuk membayar saman tersebut,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Mengulas lebih lanjut tentang perkara ini, Zein yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Subang berkata, sekiranya Rafizi terus berdiam diri tanpa memberikan sebarang penjelasan yang kukuh berhubung isu ini, maka sudah terang lagi bersuluh beliau hanya mempergunakan  dan mengambil kesempatan di atas sentimen simpati rakyat kepada dirinya.

“Sekiranya Rafizi berdiam diri, maka jelaslah bahawa beliau secara terang-terang menipu rakyat dengan mempergunakan wang derma itu untuk kepentingan dan keuntungan peribadinya. Jika benar wang itu untuk membayar saman, mengapa pula beliau menerima notis kebankrapan sepertimana yang telah viral di media sosial baru-baru ini.

“Saya yakin rakyat di Selangor, khususnya pengundi di parlimen Pandan tertunggu-tunggu apa penjelasan daripada Rafizi berhubung wang derma tersebut. Kita mahu lihat, apa lagi yang Rafizi cuba putar belit dalam isu ini memandangkan beberapa dokumen telah didedahkan sebagai bukti di mana beliau telah menggunakan wang derma sebanyak RM 1.5 juta itu untuk membayar gaji pekerja dua syarikatnya, termasuk gajinya sendiri,” tegasnya.

Baru-baru ini, pegawai khas Datin Rosmah, Dato Rizal Mansor membuat pendedahan dengan mendakwa Ahli Parlimen Pandan itu telah menggunakan wang derma sebanyak RM 1.5 juta tersebut untuk membayar urusan perniagaan dan gaji kakitangan dua syarikat, di mana kedua-dua syarikat tersebut adalah miliknya.

Menurut Datuk Rizal Mansor melalui status facebooknya, syarikat milik Rafizi, Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP sehingga bulan Julai dan hanya membuat bayaran kepada KEIP sebanyak dua kali dalam bulan Ogos pada iaitu pembayaran pertama sebanyak RM 160’349.95 dan pembayaran kedua pula  RM 156,132.10, iaitu bulan yang sama selepas beliau menerima derma orang ramai sebanyak RM 1.5 juta.-MediaUMNO

No comments:

Post a Comment

comment please.....