Konco-konco ku

Tuesday, October 24, 2017

SETELAH 4 TAHUN MENGHILANG, AKHIRNYA AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI BERI ROTI KEPADA PENGUNDI

SETELAH 4 tahun menghilangkan diri dari kawasan yang dimenanginya di Lembah Pantai, akhirnya baru Nurul Izzah tersedar tentang tanggungjawabnya memberi ROTI dan BUAH kepada pengundi beliau yang disayangi.

Begitu besar pengorbanan seorang Ahli Parlimen PKR ini terhadap pengundi-pengundi beliau yang masih setia dan menyokong segala tindak tanduk beliau walaupun tidak pernah melawat mereka.

Pengundi di Lembah Pantai ternyata faham akan tugas Nurul Izzah anak kepada Anwar yang sibuk memberikan ceramah-ceramah penerangan untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada melalui jalan raya.

Pengundi Lembah Pantai juga mungkin sudah terbiasa tanpa kehadiran Ahli Parlimen mereka, mereka juga masih mampu menjalankan hidup mereka dengan sempurna.

Pengundi Lembah Pantai juga sedar tanpa Ahli Parlimen yang mereka pilih segala aduan dan kebajikan pengundi boleh diletakkan ke tepi dahulu asalkan Nurul Izzah anak perempuan Anwar ini berjaya menjadi Menteri satu hari nanti.

Inilah erti sebuah perjuangan oleh PKR. Rakyat Lembah Pantai perlu meredhai segala gerak kerja Ahli Parlimen mereka untuk menawan Putrajaya dan seterusnya membolehkan bapanya Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri.

Tahniah pengundi Lembah Pantai kerana mempunyai Ahli Parlimen yang sungguh berdedikasi.

No comments:

Post a Comment

comment please.....