Konco-konco ku

Sunday, January 28, 2018

KONVENSYEN PH NEGERI SEMBILAN KECOH

Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan hari ini kecoh selepas kira-kira 40 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak berpuas hati dengan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Protes itu dibuat di penghujung ucapan Presiden PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada konvensyen sehari itu.

Sebelum Dr Wan Azizah berucap, Ketua Setiausaha Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan daripada 36 DUN di Negeri Sembilan, 12 kerusi diperuntukkan kepada PKR, DAP (11), Parti Amanah Negara (tujuh) dan PPBM (enam).

Ketua PPBM Bahagian Jempol Amiruddin Aman, mengetuai protes itu dengan menyifatkan pembahagian kerusi sebagai tidak adil, dan mendakwa kawasan yang diperuntukkan kepada parti itu semuanya kawasan hitam.

“Pembahagian kerusi tak seimbang. Kami sasar 12 kerusi dan kalau dapat 10 pun okay…tapi yang dapat enam yang hitam,” katanya kepada pemberita selepas konvensyen itu.

PPBM diperuntukkan kerusi DUN Palong, Seri Menanti, Chembong, Pertang, Gemencheh dan Bagan Pinang yang disifatkan sebagai kawasan hitam untuk parti itu.

Amiruddin turut mendakwa bahawa agihan kerusi tidak dibincangkan dengan PPBM negeri sebaliknya diputuskan oleh kepimpinan pusat.

“Kami tak bising soal pembahagian kerusi parlimen sebab adil dua kerusi untuk setiap parti. Sekarang pusat yang tentukan dan mereka tidak tahu pasal Negeri Sembilan, kami yang tahu,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang turun daripada pentas untuk menenangkan anggota parti itu merayu anggota parti itu menerima keputusan agihan kerusi itu dengan dada yang lapang.

“Saya merayu kepada tuan-tuan untuk kita fahami keputusan yang telah diambil dan fahami juga apa kesan daripada tindakan kita kepada negeri-negeri lain.

​​​​​​​”Di Negeri Sembilan kita dah umumkan dan PPBM dapat kerusi yang terbaik dan ini pun perlukan pemahaman dan kompromi daripada parti-parti yang lain,” katanya.

Dr Wan Azizah dalam sidang media pada konvensyen itu berkata beliau sebelum ini diberikan laporan bahawa Negeri Sembilan boleh ditawan oleh PH pada PRU14.

“Tapi dengan (kekecohan) ini saya pun tak tahulah (sama ada boleh menang atau sebaliknya)…saya pun tak sangka,” katanya.

Ekoran kekecohan itu, konvensyen yang sepatutnya berakhir pada pukul 3 petang, ditamatkan serta-merta. –


Friday, January 26, 2018

#SKANDALTEROWONGDAP : Kewujudan Syarikat Fesyen bukti ada penipuan berlaku #tolakph #kn

Isu projek mega pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama kini sedang hangat diperkatakan oleh rakyat.

Projek terowong dasar laut yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu kini menjadi tumpuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan berhubung proses tender dan pelantikan syarikat-syarikat untuk menjalankan kajian ke atas kelayakan projek berkenaan.

Terbaru, hangat pula diperkatakan apabila wujud sebuah syarikat yang mahir dan terkenal dalam bidang fesyen dikatakan turut terbabit dalam projek berkenaan dan menjadi pakar pembinaan terowong dasar laut. Jenama Voir bukanlah satu jenama asing lagi dikalangan rakyat Malaysia terutamanya kepada peminat fesyen.

Sebelum ini, Pengerusi Vior Holdings Bhd, Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli (yang juga orang kuat Konsortium Zenith BUCG) dalam satu kenyataan ada menyatakan bahawa syarikat fesyen berkenaan akan menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan dan logistik.

Namun persoalannya sekarang, sejauh manakah pengalaman syarikat fesyen terkenal tersebut dalam bidang pembinaan? Baru sahaja mengumumkan mahu menjalankan perniagaan pembinaan, terus dapat projek mega bernilai RM6.34 bilion? Ini menimbulkan keraguan dan pelik.

Untuk makluman, syarikat fesyen ini memiliki 13.21% pegangan saham di dalam konsortium Special Purpose Vehicle (SPV) untuk membina terowong dasar laut yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Malah, Timbalan Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam , Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong yang mahir dalam bidang kejuruteraan juga turut berasa hairan, bagaimana syarikat fesyen boleh terlibat dalam bidang pembinaan.

Sebelum ini, Kerajaan DAP Pulau Pinang pernah mendakwa dua syarikat pembinaan dari China akan menjadi pemegang saham dalam SPV. Namun selepas MCA membuat semakan, syarikat fesyen pula yang memegang saham sebanyak 39%. Selebihnya atas penama lain. Bahkan, dua syarikat dari China yang dikatakan sebelum ini tiada dalam senarai.

Kesimpulannya, kewujudan syarikat fesyen dalam projek ini membuktikan ada penipuan berlaku. –Utaranews.com

KEMPEN UNDI ROSAK! PUAK BUNGA MENGGELABAH BERUK!

Nampaknya gerakan tersusun anak muda atas pagar yang dikatakan terlalu marah terhadap bekas diktator tua kuyyup akal bana gila dunia semata-mata nak jadi Perdana Menteri semula telah mengakibatkan ada gerakan anak muda yang dipanggil ala-ala bawah tanah, yang anti Mahathir mewujudkan #ProtesUndi #UndiRosak pada pilihanraya akan datang ini.

Dikatakan punca-punca politaik yang membuat perkara yang tidak munasabah malah mengahalalkan cara, sudah tidak diterima orang dikalangan anak muda ala-ala rebel.

Pertanyaan juga, mereka ini anak muda yang minoriti atau majoriti?

Tetapi gerakan mereka ini sudah merisaukan puak Mahafiraun, jadi kesimpulannya gerakan gerila mereka walau nampak biasa, sedikit sebanyak nampak berjayanya.

Apa kata anda?

#ProjekUndiRosak 

1. Sebelum ini kaum cina giat menjalankan kempen #UndiRosak #BoikotGE kerana protes terhadap beberapa keputusan & tindakan pembangkang dalam beberapa isu. 

2. Tindakan mereka ini telah menarik perhatian media & dilaporkan secara berleluasa.

3. Akhirnya kempen kaum cina itu berjangkit kepada orang melayu.

4. Dan mereka secara individu meluahkan perasaan geram & marah dan mahu memboikot dan merosakkan kertas undi kali ini.

5. Terdapat juga troll tentang kempen ini. Siap dengan poster kot. .

6. Sebelum neh KHK ada buat satu poster troll dan ianya viral - ada yang ramai tak setuju dan ada yang setuju juga dengan mesej yang ditunjukkan oleh admin KHK.

7. Bagaimanapun kempen ini bukan picisan apabila ZF Zamir turut menulis satu artikel yang mendorong ke arah rosakkan undi.

8. Terdahulu Lim Hong Siang merayu agar jangan rosakkan undi di Kolum #Malaysiakini & Mariam pula berpendapat jika kumpulan ini tidak mahu mengundi dan #Protes maka janganla merungut selepas ini.

9. Bagaimanapun semalam Ambiga memasuki senarai dengan menyeru agar jangan rosakkan & boikot undi.

10. Ini dipercayai ada kaitan dengan trend dan sentiment yang semakin melebar apabila lebih ramai melayu menyatakan hasrat tidak akan MENGUNDI atau ROSAKKAN KERTAS UNDI. Bagi mereka kini PH & BN bukan lagi satu alternative. 

11. Dan ini adalah antara yang ditemui mengulas tentang #MisiUndiRosak & #MisiBoikotPRU14.

#Begitu takutnya puak PH tentang undi rosak oleh anak muda atas pagar yang menolak Mahathir sebagai PM seterusnya. Lihatlah kebangkitan anak muda menolak PH yang didominasi oleh DAP.

Tuesday, January 23, 2018

NAJIB CURI DUIT 1MDB BUAT HANTAR JEMAAH HAJI - MAHATHIR

Mahathir mendakwa duit yang diguna jemaah haji 1MBD pergi haji adalah duit curi. Mahathir kata duit 1MDB adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji. Mahathir buat tuduhan terbaru itu ketika berceramah atas pentas DAP di Pendang pada hari Sabtu lepas.

Entah kenapa Mahathir yang kini menjadi pengerusi Pakatan Harapan (PH) tidak senang duduk apabila mendengar mengenai 1MDB hinggakan jemaah haji yang langsung tiada kena-mengena dalam isu itu dikatakan tidak  mendapat haji mabrur.

Disebabkan marah sangat dengan Perdana Menteri, beliau sanggup memberi perumpamaan ‘menyembelih babi’ yang haram bagi umat Islam disamakan de­ngan ibadah haji yang ditanggung 1MDB. Teruk sangat perumpaan yang Mahathir beri ini.

Ini bukan pertama kali Mahathir menghina ibadah jemaah haji 1MDB. Pada 30 Disember 2016, di Taman Wira Mergong, Alor Setar, Mahathir turut buat tuduhan yang sama. Cakap jemaah haji yang ditaja oleh 1MDB sebagai haji tidak mabrur. Mufti pun tegur Mahathir selepas itu. Kemudian ulang lagi tuduhan yang sama terhadap jemaah haji 1MDB pada hari Sabtu lepas.

Apakah Mahathir boleh mengeluarkan fatwa sedemikian rupa? Kenapa beliau begitu anti sangat hinggakan boleh mengeluarkan hukum sedemikian rupa? Jika diikutkan dosa dan pahala, kenapa beliau tidak membenarkan isterinya, Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali memakai tudung?

Ia bukan fitnah sebaliknya Siti Hasmah sendiri yang mendedahkan kepada portal pembangkang, Malaysiakini pada November tahun lepas mengenai suaminya yang tidak membenarkannya memakai tudung selepas balik dari Mekah.

Bukan Mahathir tidak tahu bahawa Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Bagaimanapun pula dengan gambar cucunya, Othman Mirzan yang memeluk anjing baru-baru ini sehingga menjadi viral?

Tetapi apa yang menjadi kemarahan orang ramai ialah bagaimana beliau boleh menjatuhkan hukum bahawa jemaah haji yang menunaikan ibadah berkenaan atas tajaan 1MDB tidak mendapat haji mabrur dan menggunakan duit curi.

Sudah beberapa kali Mahathir ditegur oleh mufti kerana pandai-pandai mengeluarkan fatwa seperti itu, tetapi beliau tidak menghiraukannya malah dalam ceramah di Kampung Bukit Jambul, Kedah pada hari Sabtul lepas, Mahathir sekali lagi membangkitkan isu berkenaan.

Ia menyebabkan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad sekali lagi menegur calon Perdana Menteri Pakatan Harapan itu.

“Kita tidak boleh komen kerana itu terletak pada keadilan Allah SWT. Mabrurnya ibadah seseorang itu adalah dalam pertimbangan Allah. Macam mana Dr. Mahathir boleh keluarkan hukum begitu.

Baca lagi di Keris 7 Lok

Friday, January 19, 2018

KERAJAAN NEGERI BATAL FASTAQIM PAS SELANGOR

BERITA yang agak mengejutkan yang aku terima.

Program Fastaqim Selangor yang dijadualkan 21 Jan 2018 akan bertempat di Stadium Tertutup Kuala Selangor rupanya tidak mendapat kelulusan daripada Menteri Besar Selangor.

Azmin Ali dikhabarkan tidak meluluskan program yang bakal dibuat oleh Pas Selangor kerana sikap dendam Azmin terhadap Pas yang dikatakan Pas akan meletakkan calon mereka di kerusi MB sendiri pada PRU14 akan datang.

Azmin terasa tergugat dengan Pas dan tidak berpuashati kerana Pas akan menentang beliau di Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa.

Inilah sikap sebenar pemimpin PKR yang tidak gentleman langsung dalam berpolitik.

Sedangkan baru memerintah negeri sudah begini caranya membalas dendam, adakah kita mahu biarkan Azmin terus berkuasa bersama DAP pada penggal akan datang.

Sedar lah....


Tuesday, January 16, 2018

HARGA IKAN KEMBUNG RM3 SEKILO, INI SEBAB TUN M NAK JADI PM

IKAN KEMBUNG, jika dahulu harga ikan ini boleh mencecah RM20 sekilogram kini harganya turun mendadak akibat lambakan ikan kembung pada musim tengkujuh baru-baru ini sehingga mencecah RM3 sahaja sekilogram.

Aku percaya bahawa mereka tetap akan salahkan Najib pasal tak kawal harga ikan supaya kekal harga RM20/kg dengan alasan kesian kepada nelayan-nelayan yang turun ke laut mengharungi badai di lautan biru untuk mencari rezeki. Malah mereka-mereka ini juga tidak akan sesekali berterima kasih kepada Najib lebih-lebih lagi meminta maaf atas fitnah yang dilemparkan.

Kalau mereka faham prinsip ekonomi senang cerita. Tapi ini yang bercakap adalah pembangkang yang bodoh nak mampos tahap Tun Madey. Kerja nak cari salah orang tanpa selidik terlebih dahulu.

***********************************************

ALOR SETAR: Harga ikan kembung yang melonjak mencecah RM20 sekilogram pada awal bulan ini, kini turun mendadak sehingga RM3 sekilogram berikutan lambakan bekalan di pasaran sejak kira-kira seminggu lalu.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kedah (NEKAD), Abdul Hamid Bahari, berkata perubahan monsun timur laut menyebabkan tangkapan ikan dan hasil laut bertambah dan nelayan memperoleh hasil tangkapan yang sangat banyak.

Beliau berkata, boleh dikatakan hampir semua 10,000 nelayan di negeri ini membabitkan 2,000 bot nelayan kelas A, B, C dan C2 turun ke laut untuk menangkap ikan dan mampu mendaratkan sekurang-kurangnya 100 tan ikan setiap hari.

"Berikutan tangkapan yang banyak itu, harga ikan menurun antara RM3 hingga RM10 (mengikut saiz) sekilogram.

"Permintaan untuk musim perayaan Tahun Baharu Cina juga meningkat menyebabkan kita sudah membuat persediaan termasuk menyimpan 50 tan ikan beku di stor penyimpanan ikan beku di sini, selain udang, sotong, ketam dan ikan," katanya ketika ditemui di Wisma Nelayan Kampung Gelunchor, dekat Kuala Kedah, di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata, walaupun hasil tangkapan melonjak, beliau turut menasihatkan nelayan mengambil peluang ketika lambakan ikan supaya menyimpan bekalan disebabkan faktor cuaca tidak menentu dan perubahan angin.

Sementara itu, tinjauan di pelantar ikan Kampung Seberang Kota di Kuala Kedah mendapati ikan kembung dijual pada harga murah iaitu RM10 untuk tiga kilogram.

Nelayan, Norazlan Mohd Aslan, 38, berkata kebanyakan nelayan di pelantar menggunakan bot Zon A hanya turun ke laut sehingga enam hingga 10 batu nautika seawal jam 6 pagi hingga 11 pagi setiap hari dan membawa pulang antara 200 kilogram hingga 1,000 kilogram ikan kembung sehari sejak seminggu lalu disebabkan ikan semakin banyak.

"Sebelum ini memang harga ikan mahal kerana kami hanya mampu memperoleh bekalan ikan antara 20 kilogram hingga 30 kilogram sehari disebabkan laut bergelora dan cuaca tidak menentu," katanya.

Peniaga ikan, Melati Ladun, 36, berkata harga ikan di situ tidak sama setiap hari kerana bergantung kepada hasil tangkapan.

"Ada kala ikan dijual pada harga RM3 hingga RM4 sekilogram lebih kecil dan jika hasil tangkapan banyak atau berlaku lambakan ikan, harganya akan turun.

"Sejak harga ikan murah, kami pulang lebih awal kerana ramai pelanggan membeli di sini pada awal pagi menyebabkan hasil jualan habis lebih awal," katanya. - BH

Monday, January 15, 2018

PENGUATKUASA DI BAWAH KERAJAAN SELANGOR SEMAKIN MELAMPAU

KEJADIAN berlaku dikatakan di Pasar Basah Pasir Penambang, Kuala Selangor. Beberapa orang penguatkuasa Majlis Daerah Kuala Selangor telah menterbalikkan jualan kerang dan ikan yang diletakkan di tengah laluan jalan.

Mungkin kerana berang dengan tindakan peniaga yang menghalang laluan utama, maka penguatkuasa berkenaan menterbalikkan barang niaga berupa kerang dan ikan ke lantai.

Inilah hasil didikan Azmin Ali, Menteri Besar Selangor. Sungguh kurang ajar dan tidak bertimbang rasa. 

Salahkah kiranya memberi amaran dan tegur secara berhemah terlebih dahulu. Penguatkuasa pun bukan selalu datang ke Pasar Basah tersebut namun kerana bad mood barangkali terus sahaja menumpahkan hasil laut ke lantai.

Ajaran biadap dan kurang ajar hasil telunjuk Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor.

Sunday, January 14, 2018

MAHFUZ OMAR HINA SULTAN PAHANG TINDAKAN BIADAP - SHAHAR

Tindakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang memperlekeh, menghina serta menjadikan KDYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ditularkan sedang gering sebagai bahan jenakanya ketika memberi ceramah politik melambangkan kebiadapan dan kecetekkan akal pemimpin pembangkang yang jelas tidak menghormati institusi beraja di negara ini.

Perbuatan kurang ajar Mahfuz yang membandingkan KDYMM Sultan Ahmad Shah dengan pemimpin Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir adalah perbuatan bodoh yang tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli politik berumur seperti beliau yang sepatutnya lebih faham akan sistem perundangan dan sistem beraja negara.

Meskipun kita sedia maklum bahawa pemimpin Pakatan Harapan tidak pernah berhenti bermain politik sehingga sering melibatkan sultan yang merupakan Raja Berpelembagaan di negara ini, tetapi tindakan Mahfuz yang keterlaluan sehingga memalukan dan mempolitikkan keadaan kesihatan KDYMM Sultan Ahmad Shah yang ditularkan itu sudah melampaui batas seorang ahli politik. 

Mahfuz perlu ingat meskipun beliau adalah seorang Ahli Parlimen, beliau masih tertakluk di bawah undang-undang apabila berceramah dihadapan orang awam. 

Pemuda UMNO Pahang menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menerbitkan pernyataan menghasut bagi menghina Sultan. 

Pemuda UMNO juga menggesa Mahfuz membuat permohonan ampun terhadap KDYMM Sultan Ahmad Shah secara terbuka atas tindakannya yang dangkal dan tidak boleh diterima itu.

Sesungguhnya pemimpin tidak kira dengan pegangan politik apa sekali pun di negara ini perlu sedar bahawasanya mereka wajib menghormati institusi beraja yang menunjangi kedaulatan, keutuhan, kestabilan dan kesejahteraan negara khususnya dalam menjaga kesucian agama Islam dan memelihara kepentingan orang Melayu di Malaysia.

SHAHAR ABDULLAH
Ketua Pemuda UMNO pahang

KETUA ARMADA SERTA 30 AHLI PPBM KLANG KELUAR PARTI, MASUK UMNO

SERAMAI 30 orang anak muda daripada PPBM Klang keluar parti dan menyertai UMNO pada sidang media penyerahan borang keahlian UMNO di Pejabat UMNO Bahagian Klang tengahari tadi.

Mereka yang terdiri daripada Ketua Armada PPBM Klang, Hazwan Zulkefli, Exco Politik Armada PPBM Klang, Exco Mahasiswa PPBM Klang, Exco Perhubungan NGO dan Antarabangsa Armada Klang serta 30 orang ahli PPBM yang lain.

Turut hadir menerima borang keahlian adalah Dato' Hj. Nasarrudin bin Dato' M. Zin.

Menurut Mantan Ketua Armada PPBM Klang itu, PPBM Klang tidak diurus dengan baik dan segala masalah tidak ditangani dengan telus.

Antara faktor yang menyebabkan mereka keluar dari parti adalah kerana :-

1. Isu Lokaliti- Kepimpinan bukan diterajui oleh Anak Klang.  

2. Budaya Fitnah & Budaya Fitnah- Budaya yang berleluasa dan dituduh tanpa dapat membela diri sendiri. 

3. Budaya tidak boleh menegur dan memberi pandangan - Dituduh sebagai malaun apabila memberi pandangan dan teguran di saluran yang betul. 

4. Perlantikan Tun M sebagai PM ke 7 - Laungn demokrasi hanya gimik untuk menagih perhatian rakyat serta sanggup ditunggang oleh DAP demi kelangsungan peribadi beliau. 

Persoalannya adalah PPBM ini merupakan parti kronisme dan ketandusan anak muda? 

5. UMNO masih relevan - Tidak perlu dipertikai kerana UMNO mempunyai kekuatan demi mempertahankan bangsa, agama dan tanah air. 

Perjuangan UMNO bukan perjuangan yng sempit lagi taksub tapi perjuangan sederhana dan sentiasa mengekalkan hubungan baik antara kaum. 

6. Kegagalan PH mentadbir Selangor - PH dilihat seperti carca merba dan mereka dilihat aktif dalam menghasut serta menanam ideologi membenci BN. 

Banyak isu yang tidak dapat diselesaikan walaupun sudah 2 penggal diberikan kepada mereka untuk mentadbir kerajaan negeri. 

Beliau turut menambah politik berunsur kasihan kepada rakyat dan Tun M tidak lagi relevan pada masa kini.

PH ketandusan pemimpin dari kalangan anak muda. 

Berikan kepada kuasa pemuda untuk menerajui pada kali ini. 

Dato Azmin Ali harus memahami bahawa rakyat di gombak marah kepada beliau.

Tidak menyertai mana2 parti politik tetapi hanya anak muda yang penuh dgn perasaan ingin tahu. 

BN tidak seburuk yang disangka,segala perkara buruk merupakan fitnah yang dirancang.

Ada gangguan dari pihak tertentu untuk menghalang sidang media pada harini. 

PPBM Bahagian Klang mendakwa bahawa mereka yang teramai di Bahagian Klang. Ketua Bahagian PPBM Klang Dato Dr Rais turut menawarkan 1 dinar emas dan flight ticket ke Dubai ada sesiapa yang membawa ahli paling ramai.

Ini merupakan kenyataan yang menyatakan bahawa kebanyakan ahli PPBM Bahagian Klang merupakan ahli tangkap muat. 

Beliau inginkan ahli yang ramai kerana beliau ingin bertanding di kerusi Dun Pelabuhan Klang.

Di akhir sidang akhbar, mereka turut membuat simbolik menggunting serta mematahkan kad keahlian PPBM yang diberikan kepada mereka sebelum ini.



Saturday, January 13, 2018

'AH LONG' TAK KENAL ADAM ROSLY

Seorang lelaki yang didakwa sebagai ah long yang memberi pinjaman RM555,165 kepada Datuk Adam Rosly Abdullah bagi membeli sebuah rumah di Kampung Melayu, Ampang dekat sini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa dia tidak mengenali Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang itu.

Malah, Tan Hang Yuan, 31, berkata, dia tidak pernah menjalankan perniagaan memberi pinjaman atau menjadi ejen kepada mana-mana ah long.

Hang Yuan yang merupakan pengurus pemasaran di sebuah kolej swasta berkata, dia juga tidak pernah berjumpa dengan individu yang dikenali sebagai Datuk Adam Rosly.

“Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu untuk di­pinjamkan dan saya tidak pernah menjadi pihak pemberi pinjaman kepada Datuk Adam Rosly.

“Malah, tanda tangan di dalam dokumen perjanjian yang tertera nama saya dan Datuk Adam adalah bukan tanda tangan saya,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib dalam perbicaraan hari kedua terhadap Adam Rosly.

Adam Rosly, 31, yang diwakili peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Datuk Sulaiman Ismail dibi­carakan selepas me­ngaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memberi pernya­taan palsu dan empat pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada SPRM, Februari tahun lalu.

Keenam-enam pertuduhan itu didakwa dilakukan di Ibu pejabat SPRM, Blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseku­tuan, Putrajaya, pada pukul 9 pagi dan 12.15 tengah hari, 10 Februari 2017 serta pukul 9 pagi dan 2 petang, 22 Februari tahun sama.

Pertuduhan mem­­­be­ri per­nya­taan palsu dikemukakan mengikut Seksyen 32(8)(c) Akta Pence­gahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 manakala pertuduhan mengemukakan dokumen pal­su mengikut Seksyen 89 akta sama yang masing-ma­sing membawa hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, ketika disoal balas oleh Sulaiman mengenai bagaimana salinan kad pengenalan saksi itu boleh berada dalam simpanan Adam Rosly, Hang Yuan menjawab dia tidak tahu perkara itu.

Saksi pendakwaan kelima itu juga mendakwa tidak pernah memberikan salinan kad pe­ngenalannya kepada mana-mana pihak untuk sebarang tujuan.

Yang turut dipanggil untuk memberi keterangan adalah seorang peguam, Mohammad Salahuddin Abdul Ghani, 33, yang menyediakan dokumen perjanjian persetujuan antara tertuduh dengan pemberi pinjaman.

Perbicaraan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail bersambung esok.


Wednesday, January 10, 2018

PRU14: PELUANG TERAKHIR DAP AMBIL MALAYSIA


Pertemuan tertutup LGE dgn pemimpin utama DAP merumuskan PRU14 adalah peluang keemasan dan terakhir utk menawan politik Malaysia. Faktor UMNO yg dilihat "lesu" berbanding PRU13 memberikan semangat utk DAP melaksanakan pelbagai strategi bersama parti org Melayu bagi mengalahkan BN.

Tempoh beberapa bulan sebelum PRU14 dianggap "medan perang" bagi DAP dan LGE mahukan semua pemimpinnya bekerja keras dan tetap berhati-hati dengan parti yg dikuasai org Melayu.

2. Pertemuan ini diadakan pada 7/1/2018 di Hotel Holiday Villa Subang selepas Konvensyen Pakatan Harapan (PH). Selain LGE, ahli CEC dan Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Pulau Pinang, Selangor, Perak, Johor dan Kuala Lumpur seramai 75 org tlh terlibat dlm perbincangan ini.

3. Intipati perbincangan:-

3.1 Tan Kok Wai menyatakan DAP tetap dgn slogan "Malaysia Malaysian" dan tidak akan berganjak sama sekali. DAP tetap memperjuangan hak sama rata utk semua kaum di Malaysia.

3.2 Gobind Singh menyatakan tidak berpuas hati atas perlantikan Tun M sebagai calon PM kerana bimbang akan _"back fire"_ kpd DAP nnt. LGE mengakui dan tahu akan perkara ini, tetapi DAP terpaksa ketika ini demi utk mengaburi mata kaum Melayu dan menunjukkan bahawa DAP bukan parti dominam dlm PH.

3.3 LGE turut memaklumkan Tun M telah menandatangani satu surat yg menyatakan akan memberi laluan kpd DSAI utk mengambil alih jawatan PM andaikata PH dapat menubuhkn kerajaan. Surat tersebut turut ditandatangani oleh LGE, Mat Sabu dan DSWA sebagai saksi.
3.4 LGE juga menyatakan bahawa sekiranya PH berjaya menubuhkan kerajaan, DAP mesti diberikn kementerian seperti dibawah dan telah persetujui oleh Majlis Presiden iaitu:-

- TPM 2
- KDN
- Kementerian Kewangan
- Kementerian Pendidikan
- MITI
- KPKT
- MOF

3.5 Selain itu, LGE mengarahkan 100 hari terakhir sebelum 17 Mei 2018 (Jangkaan DAP waktu PRU14), sebagai "medan perang" yg amat mencabar utk DAP. Ini merupakan satu peluang yg DAP ada dan seandainya gagal maka selepas ini tiada lagi harapan utk menawan Malaysia.

3.6 Bagi LGE, ketika ini jentera UMNO tidak bergerak seperti yg dijangka, tidak seperti sebelum PRU13 dimana ketika itu UMNO terlalu aktif membawa org tertentu (bekas ahli DAP) utk menyerang DAP, tetapi kini UMNO nampak "lesu" dan peluang ini perlu diambil oleh DAP.

3.7 Bagi LGE tidak perlu risau ttg Tun M dan TSMY kerana DAP telah _"lock"_ mereka. Selepas ini mereka akan berkempen utk DAP dikawasan luar bandar dan FELDA.

3.8 LGE juga mahu agenda DAP  berjalan seperti yg dia katakan dan ingat "inilah peluang kita yg terakhir utk rampas Malaysia" walaupun terpaksa bergabung dgn musuh- musuh kita. Harus juga diingat, walaupun DAP dlm satu gabungan dlm PH, tapi DAP harus sentiasa berwaspada dgn mrk ini kerana tidak boleh dipercayai 100 peratus.


Tuesday, January 9, 2018

DAP BERI AMARAN KEPADA PAN

Mungkin selepas ini PAN akan lebih tahu, parti yang mana mempunyai paling banyak kuasa di Pakatan Harapan.

walaupun DAP hanya mendapat 35  kerusi dari jumlah keseluruhan , namun PAN harus menerima hakikat bahawa DAP bakal bertanding di lebih 51 kerusi di PRU 14 yang akan datang.

jadi ini secara jelas arahan untuk memastikan PAN menutup mulut mereka  atau kerusi-kerusi yang diserahkan kepada mereka akan diambil alih oleh mana-mana parti yang lain di dalam Pakatan Harapan.

Sumber: Barisan Berani


Monday, January 8, 2018

PAKATAN HARAPAN: PEMBANGKANG PALING MUNAFIK DI DUNIA


Konvensyen Pakatan Harapan semalam telah membuktikan kepada dunia bahawa Pakatan Pembangkang di Malaysia merupakan pembangkang yang paling teruk di dunia.

Sejak tertubuhnya parti pembangkang utama sekitar 60-70 tahun yang lalu telah membuktikan bahawa tiada seorang pun pemimpin daripada parti-parti ini layak untuk menerajui pembangkang dan dicalonkan sebagai Perdana Menteri Malaysia daripada blok pembangkang.

Begitu juga dengan PKR, PAN dan PPBM yang merupakan serpihan daripada parti besar di negara ini yang turut tidak dapat menampilkan calon untuk memimpin negara ini yang lahir daripada kilang mereka sendiri.

Yang mereka tampilkan sebagai 'harapan' mereka adalah individu yang lahir daripada kilang UMNO iaitu Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim.

Selama mana parti-parti ini tertubuh dan menjadi pembangkang di negara ini adakah mereka tidak dapat menampilkan seorang calon yang lahir daripada kilang mereka sendiri sebagai calon Perdana Menteri sendiri.

Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa Barisan Nasional dan UMNO sahaja yang melahirkan pemimpin yang layak menjadi calon Perdana Menteri dan bukannya parti pembangkang yang lain!

Sikap dan sifat hipokrit Pakatan Harapan juga terbukti apabila meletakkan Tun Mahathir; individu yang mereka kecam selama mana beliau bersama UMNO sebagai pemimpin paling korup di Malaysia dan mengamalkan pemerintahan secara diktator sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Di mana pegangan DAP dan PKR selama mana sebelum ini meletakkan asas perjuangan mereka untuk menentang Barisan Nasional dan UMNO kerana kebencian mereka terhadap sifat, sikap dan perilaku Tun Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia ke-4 selama 22 tahun?

Perlu diingatkan berulang kali bahawa asas perjuangan PKR adalah menentang kezaliman Tun Mahathir kerana kononnya beliau telah menganiaya Anwar Ibrahim dengan memfitnah, mengasari dan memenjarakan Anwar Ibrahim sekitar era reformasi dahulu.

PKR itu sendiri ditubuhkan kerana menentang Tun Mahathir.

Dan kini, isteri kepada individu yang 'dibogelkan' oleh Tun Mahathir, kini boleh berdakapan dan berkongsi meja demi mendapatkan keuntungan politik masing-masing.

Dengan berlakunya dakapan seperti ini, secara jelas PKR sudah tidak releven lagi untuk menjadi sebuah parti politik yang terus menerus memperjuangkan keadilan kerana ketika ini, mereka sendiri sanggup mengenepikan keadilan mereka demi mendapatkan kuasa politik untuk memerintah negara.

Begitu juga dengan DAP terutamanya pemimpin de-facto mereka iaitu Lim Kit Siang yang selama ini konsisten menentang Tun Mahathir dengan pelbagai tuduhan korupsi, salah laku, dan menindas hak asasi manusia.

Lim Kit Siang sendiri yang mengepalai beberapa tuntutan terhadap salah laku Tun Mahathir terutamanya mengenai insiden Mamali, Kes Forex, Perwaja Steel, PKFZ dan pelbagai lagi salah laku Tun Mahathir yang terkenal.

Dengan keputusan Pakatan Harapan menjadikan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri daripada blok pembangkang sekaligus telah membuktikan bahawa Pakatan Harapan merupakan parti pembangkang yang paling teruk di dalam sejarah Malaysia dan barangkali di dunia!

Hipokrit, tiada integriti dan tidak mempunyai prinsip perjuangan merupakan sifat terbaik untuk menggambarkan Pakatan Harapan ketika ini.

Nukilan: Bekas Pejuang Reformasi 1998

Zuraida Sedih, Kecewa Tun M Jadi Calon PM

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengakui beliau sedih dan kecewa dengan pengumuman yang dibuat Pakatan Harapan (PH) menamakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika gabungan itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Jelas beliau, selepas 20 tahun pakatan pembangkang berjuang bersama – sama, kini, gabungan tersebut kelihatan seolah - olah tidak mampu untuk menamakan calon perdana menteri yang lain selain dari Tun Dr Mahathir.

“Sedangkan kita menang di Selangor dan Pulau Pinang tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika itu,” katanya dipetik sebuah portal berita tempatan.

Untuk rekod, Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Datuk Saifuddin Abdullah semalam mengesahkan Tun Dr Mahathir dipilih sebagai calon perdana menteri, jika gabungan empat parti pembangkang itu memenangi PRU14, manakala Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi timbalan perdana menteri.

Dalam pada itu, jelas Zuraida, pengumuman PH itu tidak akan menghentikannya untuk bekerja lebih kuat bagi memenangi pilihan raya dan beliau turut mendoakan terdapat perkara baik akan berlaku.

“Kerana apa sahaja akan berlaku kini dan PRU14… dengan izin Allah,” katanya.

Menurut  Parlimen Ampang itu beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan pengerusi PH itu namun lebih suka sekiranya Tun Dr Mahathir menjadi menteri kanan sekiranya PH memenangi PRU14, dan beliau turut mengulangi pendirian tersebut beberapa kali.

Sementara itu, bekas pengerusi Otai Reformis Saari Sungib yang mengulas isu yang sama berkata beliau bersetuju sekiranya Tun Dr Mahathir dicalonkan sebagai perdana menteri.

“Saya bersetuju kerana itu adalah keputusan parti saya dan keputusan parti saya dibuat bersama-sama dengan Pakatan Harapan,” katanya sambil mengakui pengumuman itu merupakan satu perkara yang baharu dalam perjuangan beliau walaupun seringkali menentang Dr Mahathir semasa pemerintahannya.

Jelasnya, beliau turut melihat pengerusi PPBM itu sebagai seorang yang rasional dan berobjektif dalam cita-cita menumbangkan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Apa-apa dia buat itu bagi saya mudah. Dia telah melakukan sesuatu dan menyumbang sesuatu untuk melemahkan rejim Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dengan itu dia membantu kita untuk meneruskan perjuangan ini,” katanya. - KLXpress

MAHATHIR PM KE-7: TERKUBUR KEADILAN, TERPENJARA ANWAR

LICIK permainan Tun Mahafiraun. Itu apa yang dikatakan oleh pembangkang satu masa dulu. Teringat puluhan ribu rakyat turun ke Masjid Negara untuk beri sokongan kepada bekas Timbalan Perdana Menteri yang digugurkan oleh Tun Mahathir kerana kesalahan MELIWAT!

Otai Reformasi 1998 yang dahulunya berjuang hanya untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia kini boleh lah diam kerana dahulu mereka menentang Mahathir kerana tuduhan besar terhadap pemimpin suci mereka Anwar terhadap kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Justeru itu, Parti Keadilan Rakyat atau Keadilan bolehlah dibubarkan dan ahli serta pemimpin mereka boleh lah masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hasil idea Mahathir yang mereka tentang habis-habisan.

Dengan perlantikan sebulat suara Pakatan Harapan semalam terhadap calon Perdana Menteri, Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah maka kita boleh lihat bahawa Pakatan sudah tidak punya Harapan lagi apabila bersetuju melantik Mahathir yang dikatakan zalim dan kroni satu masa dahulu.

Nampaknya 'luka kecil' Anwar ini sudah dimaafkan oleh para penyokongnya. Maka PKR sudah tidak relevan lagi di Malaysia. Dari sebuah parti yang kononnya menuntut keadilan daripada Mahathir kerana Ketua Umumnya difitnah oleh bekas Perdana Menteri ini, kini sudah bertukar mahu menukar kerajaan.

Memang pakatan sudah jadi carca marba.